Bangun pagi ~~ Gosok gigi ~~ Cuci muka ~~ Pakai baju ~~ Makan roti ~~ Minum susu ~~ Pergi sekolah ~~ Senang hati ~~

Ramai dalam kalangan kita membesar bersama lagu ini semenjak zaman kanak-kanak. Lagu ini secara ringkas menceritakan tentang persiapan asas bagi murid-murid sekolah dalam memulakan hari, meliputi kebersihan diri dan perbekalan tenaga nutrisi. Antara perkara pertama dalam rutin ini sudah tentunya memberus gigi.

Rutin memberus atau membersihkan gigi turut dilakukan oleh masyarakat Mesir Purba sejak lebih 5000 tahun dahulu. Sama seperti kita, masyarakat di zaman purba turut menjaga kebersihan gigi dan gusi. Mereka juga ambil peduli untuk memutihkan gigi dan menyegarkan bau nafas. Hal ini berlaku baik dalam masyarakat Yunani, Rom, Cina mahupun India. Namun, yang terawal sudah semestinya masyarakat Mesir Purba. Bahkan di dalam Kitab Kematian mereka (Egyptian Book of the Dead) yang masyhur, ada disebutkan bahawa sebuah rangkap puisi atau mantera di dalam kitab tersebut tidak boleh dituturkan oleh orang yang tidak berada dalam keadaan yang bersih.

Oleh kerana itu, kita dapat melihat masyarakat Mesir Purba sangat menjaga penampilan, kebersihan dan kesihatan diri. Joshua J. Mark di dalam Ancient History Encyclopedia membahaskan tentang rutin pembersihan dan barangan kosmetik (serta perubatan) yang diamalkan oleh mereka secara terperinci. Bermula dari rutin mandian, sapuan krim untuk awet muda, wangian, dan berbagai lagi amalan lain. 

Antara yang mencuri tumpuan sudah tentu penjagaan gigi dan mulut dengan menggunakan ubat dan berus gigi. Masyarakat Mesir Purba dipercayai mula menggunakan ub4t gigi semenjak Zaman Pra-Dinasti lagi (6000-3150SM), lebih awal berbanding kewujudan berus gigi yang juga berasal dari kebudayaan mereka. Berkenaan berus gigi, disebutkan bahawa bentuk awalnya adalah berupa sebatang kayu dengan salah satu hujungnya berjumbai seperti berus. Kemudian, ia berkembang menjadi batang kayu yang mempunyai takuk dan mempunyai jalur-jalur nipis potongan tumbuhan (lazimnya papyrus) yang diikat.

Sementara itu, sejarahwan masih belum mengetahui bentuk atau resepi bagi ub4t gigi awal. Apa yang terkandung dalam arkib hanyalah dokumen yang merincikan tentang resepi ub4t gigi masyarakat Mesir Purba di zaman terkemudian. Dokumen ini merupakan salah satu dokumen yang melengkapkan penemuan artifak Mesir Purba antara yang paling besar di dunia – meliputi 180 000 barang berusia 3500 tahun, melibatkan batu-batuan, tablet tanah liat dan lain-lain.

Dokumen papyrus yang dimaksudkan ini tertulis di dalam bahasa Yunani – bahasa yang digunakan secara meluas oleh golongan elit Mesir sejak zaman pemerintahan Dinasti Ptolemaic (305-30SM) dan di zaman lewat pemerintahan Rom (30SM-641M). Diperkirakan bahawa usianya mencecah 1500 tahun (ditulis pada abad ke-4M).

Menerusi dokumen yang disimpan di Perpustakaan Negara Austria ini, para penyelidik menemukan resepi penghasilan ub4t gigi yang digunakan oleh masyarakat Mesir Purba. Bahan-bahannya adalah satu drachma garam batu, dua drachma pudina, satu drachma bunga iris kering dan 20 butir lada hitam. Kesemua bahan ini ditumbuk (dihancurkan) dan digaul sehingga membentuk serbuk. Tambah catatan dokumen itu lagi, bahan ini akan memiliki tekstur seakan-akan pes (seperti ub4t gigi moden) sebaik sahaja ia bertindak balas dengan air liur ketika disapukan pada gigi.

Resepi ini cuba dihasilkan oleh para penyelidik moden dan didedahkan dalam kongres pergigian yang diadakan di Vienna pada tahun 2003. Antara pakar pergigian yang cuba menguji ub4t gigi tersebut adalah seorang doktor gigi dari Austria yang bernama Dr. Heinz Neuman. Katanya semasa memberikan ulasan, “Saya dapati ub4t gigi ini tidaklah begitu teruk (perasanya). Sememangnya, ia membuatkan gusi saya terasa s4kit dan malah berd4rah pada mulanya. Namun, ianya tidaklah teruk sangat kerana tidak lama kemudian, mulut saya terasa segar dan bersih.”

Beliau malah menyatakan bahawa ub4t gigi tersebut lebih efektif berbanding mana-mana produk ub4t gigi yang dihasilkan pada abad ke-19. Ternyata, ribuan tahun sebelum William Colgate dan anaknya memperkenalkan ub4t gigi yang dijual dalam tiub pada tahun 1896, masyarakat Mesir Purba telah pun mencipta ub4t gigi mereka yang tersendiri.

Begitu juga dengan masyarakat Yunani dan Rom yang menggunakan tulang hancur dan cengkerang tiram. Rom secara khusus menambahkan perasa untuk mewangikan bau nafas, di samping arang dan kulit pokok yang dihancurkan menjadi serbuk. Masyarakat Cina dan India pula mula mencipta ub4t gigi mereka sejak 500SM di mana ub4t gigi Cina diperbuat daripada ginseng, herba pudina dan juga garam. Panjang dan luas bukan sejarah dan budaya penggunaan ub4t gigi ini?

Mengakhiri artikel, sesuai kiranya untuk penulis memetik kata-kata Anne Sexton dan Anthony Liccione, “Alam ini penuh dengan ‘gigi’ yang tumbuh satu demi satu, kemudian mer3put dan terc4but (hilang).” Jika kita tidak berupaya membersihkan gigi sendiri, tiada pakar gigi yang boleh membantu kita. Dan “gigi yang seputih apa pun, ia tidak akan bersinar melainkan kita mengukirkan senyuman”. Jadi, senyumlah macam gambar ni.

RUJUKAN

Ancient Pages. (26 Disember 2015). Ancient Egyptians Invented Toothpaste.
http://www.ancientpages.com/2015/12/26/ancient-egyptians-invented-toothpaste/

Dattatreya Mandal. (9 April 2018). The Oldest Known Recipe for a Toothpaste Possibly Comes from Ancient Egypt. Realm of History.
https://www.realmofhistory.com/2018/04/09/oldest-recipe-toothpaste-ancient-egypt/

Irene Zoech. (19 Januari 2003). The ancient Egyptian recipe for toothpaste. The Telegraph.
https://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/austria/1419375/The-ancient-Egyptian-recipe-for-toothpaste.html

Joshua J. Mark. (4 Mei 2017). Cosmetics, Perfume & Hygiene in Ancient Egypt. Ancient History Encyclopedia.
https://www.ancient.eu/article/1061/cosmetics-perfume–hygiene-in-ancient-egypt/

Thomas P. Connelly. (17 November 2011). The History of Toothpaste: From 5000 BC to the Present. Huff Post.
https://www.huffpost.com/entry/mouth-health-the-history_b_702332


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.