Pada 16 Oktober 2016, agensi angkasalepas China telah melancarkan roket Chang Zheng 2FG (Long March-2FG) bersama kapal angkasa Shenzou-11 yang membawa 2 orang angkasawasan – Jing Haipeng dan Chen Dong ke stesen angkasa Tiangong-2.

Republik Rakyat China sedang bertungkus lumus dalam menjayakan program angkasa lepas mereka, dan mensasarkan untuk mengendalikan stesen angkasa lepas dengan kru mereka sendiri menjelang tahun 2020.

Program Shenzou bukanlah program baharu, ia telah bermula sejak tahun 1999 dengan beberapa siri ujian pelancaran dan penerbangan tanpa manusia sebelum memasuki fasa penerbangan dengan manusia pada tahun 2005 yang mana Yang Liwei menjadi angkasawan pertama republik komunis tersebut, dan meletakkan Chinas didalam kelompok negara yang mempunyai keupayaan teknologi dan kemampuan kejuruteraan angkasa lepas.

Shenzou adalah kapal angkasa yang dibina sendiri sepenuhnya oleh para jurutera dan saintis Republik Rakyat China, dengan mengambil asas dari Soyuz buatan Russia, tetapi saiznya yang lebih besar dan lebih panjang serta ruangan dalaman yang lebih luas berbanding Soyuz, dan secara asasnya walaupun mirip Soyuz, Shenzou adalah kapal angkasa dalam kelasnya yang tersendiri.

Misi Shenzou-11 akan melibatkan 2 angkasawan republik komunis tersebut mendiami stesen angkasa Tiangong-2 selama 30 hari dan mereka bakal melaksanakan eksperimentasi berkaitan kesan kardiopulmonari pada keadaan nir-graviti, eksperimentasi baikpulih di angkasalepas, pensampelan tanaman dan juga pemeriksaan keatas stesen angkasa tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, selain Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Tiangong-2 adalah stesen angkasa yang turut mengorbit bumi dan China menjadi negara ketiga yang mengoperasikan stesen angkasa selain Russia (dengan stesen angkasa Salyut dan Mir) dan Amerika Syarikat (Skylab) yang kemudian digantikan dengan ISS.

Program Tiangong adalah siri makmal angkasalepas China dalam menuju kearah pembinaan stesen angkasa skala besar dan bakal menggantikan ISS dimana Tiangong-3 akan beroperasi menjelang tahun 2020 selepas Tiangong-2 ditamatkan operasinya.

Secara asasnya, program Tiangong adalah sama seperti program ISS, dimana ia akan melibatkan percantuman modul-modul yang bakal membentuk satu stesen angkasa besar. Prinsip ini digunapakai oleh Russia sewaktu pembinaan stesen angkasa Mir dahulu dan kemudian pada ISS menjadikan ia stesen angkasa generasi ketiga.

Percantuman modul-modul stesen yang bersifat modular ini bakal membolehkan aktiviti ujikaji di orbit dilaksanakan – dan ia memberikan peluang yang sangat menarik kepada negara-negara membangun untuk turut terlibat dalam program sains angkasalepas dengan kos yang lebih rendah berbanding masa sekarang. Sudah kedengaran dari agensi angkasa China sendiri yang kini membuka peluang kepada syarikat swasta dan negara-negara yang berminat untuk turut serta dalam program Tiangong – dan pihak agensi angkasa seperti ESA yang berpangkalan di Eropah sudah menyatakan kesediaan untuk turut sama terlibat dalam program tersebut.

Buat masa sekarang – Tiangong-2 menjadi asas kepada pembentukan dan kemajuan Tiangong-3 dimana ekperimen dan penentuan standard pengoperasian dilaksanakan.

Namun, melihatkan China mencapai kemajuan yang sangat pantas dalam pembangunan teknologi angkasalepas – dari pembangunan teknologi roket hingga kepada penempatan habitat di orbit menunjukkan yang penerokaan angkasa lepas bukanlah sesuatu yang mustahil dan apa yang perlu dikuasai adalah kuasa.

Semoga program angkasa China ini mendapat perhatian agensi angkasa negara kita dalam membentuk kerjasama dan perkongsian teknologi bagi kebaikan masa hadapan.

FJ

p/s – Foto menunjukkan roket LongMarch-2FG yang membawa Shenzou-11 dan dua angkasawan dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply