Peluang untuk anda terkena dan m4ti akibat hentaman meteorit amat rendah iaitu satu daripada 250,000 kemungkinan. Walaupun banyak cerita sepanjang lipatan sejarah kisah manusia terkena batu dari angkasa lepas ini, ramai pengkaji dan sejarawan menggelar peristiwa-peristiwa sebegini sebagai satu pembohongan.
Bagaimanapun, siapa sangka satu rekod dari era Turki Uthmaniyyah mendedahkan kisah beberapa individu yang menemui ajal atau cedera akibat peristiwa ini. Peristiwa hujan meteor ini dikatakan berlaku pada era Sultan Abdul Hamid II iaitu pada 22 Ogos 1888.
Berdasarkan satu laporan yang dihantar kepada baginda, sebuah perkampungan di Sulaymaniyah, Iraq menyaksikan bola api muncul di langit sebelum meteor menghujani perkampungan berkenaan. Peristiwa itu berlaku pada jam 8.30 malam.
Laporan tersebut turut mendedahkan seorang lelaki m4ti selepas terkena hujan meteor manakala seorang lagi individu lumpuh. Pasukan penyelidik yang diketuai Ozan Unsalan itu menambah selepas menyelidik rekod berkenaan, maka ini jelas membuktikan perkara tersebut bukan satu pembohongan dan bukti pertama kejadian meteor boleh membvnvh manusia.
Jika kertas penyelidikan ini disahkan, kejadian di Sulaymaniyah pada 22 Ogos 1888 bakal diklasifikasikan sebagai insiden meteor mengenai manusia yang paling awal direkodkan dalam sejarah. Sebelum itu, dakwaan insiden meteor terawal yang direkodkan dipegang oleh insiden meteor ke atas Ann Elizabeth Fowler Hodges di Alabama, Amerika Syarikat pada November 1954.
Ann Elizabeth mendakwa semasa meteor mengenai dirinya, dia sedang tidur di atas sofa di rumah ladangnya. Akibat peristiwa itu, dia mengalami lebam pada bahagian kaki selepas meteor itu mengenai set radio sebelum mengenai kakinya.
Bukan sekali komuniti saintifik menolak kewujudan insiden sebegini. Misalnya pada tahun lepas, NASA menolak dakwaaan seorang pemandu bas mati akibat dihentam meteor di selatan India dan menyifatkan punca kem4tian berpunca daripada letupan yang berlaku di darat.
RUJUKAN:
Bolton, Doug. (2020). First credible evidence emerges of person being killed by meteor. The Independent. https://www.independent.co.uk/news/science/meteor-man-death-first-person-killed-iraq-turkey-ottoman-empire-a9484231.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih