Apabila sebuah negara mencatatkan sifar j4ngkitan, sujud syukur memang boleh dibuat. Namun jika negara tersebut mempunyai hubungan begitu rapat dengan punca penularan, angka sifar semestinya perlu diragui.
Penyebaran koronavirus (2019-nCoV) telah menggemparkan satu demi satu negara. Singapura yang memiliki industri perubatan dan teknologi kesihatan bersifatkan serba serbi canggih pun sedang menggelabah. Di tempat ketiga belakang China, Singapura telah menaikkan kadar kesedaran dalam sistem berjaga-jaga DORSCON.
Dan Indonesia masih lagi sifar. Secara dasarnya Indonesia telah pantas bertindak. Dari awal lagi kerajaan Joko Widodo telah melarang kedatangan pelancong bagi tujuan kawalan (Rahadiana, 2020). Dari bulan Januari lagi 10,000 pelancong China membatalkan penerbangan ke Bali untuk mencegah 2019-nCoV, suatu logik yang begitu pelik (Roidila, 2020). Perintah Joko Widodo juga menyebabkan sekitar 5,000 pelancong sedia ada terkandas di Bali (Straits Times, 2020).
Ada yang begitu gembira melanjutkan cuti mereka pun untuk menikmati keindahan di Bali.
Jadi keakraban antara Indonesia dan China menimbulkan sedikit sebanyak tanda tanya. Apakah sifar itu benar-benar sifar? Tidak mustahil bagi seorang berjubah berserban untuk mempunyai rekod dosa melampau. Itulah kiasannya untuk menjelaskan dilema yang dihadapi Indonesia. Hanya kerana tidak nampak, tidak semestinya benar-benar tiada.
Apa yang dirisaukan ialah keupayaan Indonesia untuk mengesan 2019-nCoV. Jika kes tidak boleh dikesan, terdapat risiko j4ngkitan yang boleh mencetuskan penularan baharu. Jadi keluarga, sahabat dan rakan niaga merupakan sasaran utama bagi sebarang penyebaran peny4kit yang tidak dikesan.
Mereka kemudian boleh panjangkan kepada rangkaian keluarga mereka pula dalam suatu kitaran tanpa henti. Itulah apa yang berlaku di Malaysia apabila seorang warganegara tempatan dij4ngkiti 2019-nCoV semasa menghadiri persidangan di Singapura. Selepas itu beliau menjadi perantara yang menj4ngkiti kakak dan ibu mertuanya pula.
Masalah dengan 2019-nCoV ialah tempoh masa antara j4ngkitan dan simtom pertama yang boleh memakan berminggu. Orang hanya akan berjumpa doktor selepas mula berasa kurang sihat. Dan keupayaan Indonesia masih dipertikaikan meskipun Kementerian Kesihatan Republik telah mengatakan sebaliknya (Rayda, 2020). Dan pada masa yang sama, Indonesia sekarang terkejar-kejar untuk melengkapkan makmal demi berdepan dengan virus (Manafe, 2020).
Penyelidikan di Universiti Harvard pula mengatakan bahawa Indonesia bakal merakamkan kes pertama pada bila-bila masa oleh kerana hubungan pendaratan pesawat-pesawat sebelum perintah Joko Widodo (The Star Online, 2020). Malah Bali juga mempunyai laluan udara untuk penerbangan terus pergi dan balik bersama Wuhan.
Jadi antara iklim atau imuniti, kecekalan Indonesia sedang menjadi perbualan. Semestinya yang paling dirisaukan ialah kegagalan pengurusan kesihatan. Dan Indonesia sendiri telah bersedia untuk sebarang kecelakaan dengan kes-kes bertambahan di sekitar Asia Tenggara (News Desk, 2020).
RUJUKAN:
Manafe, D. (2020, February 7). Indonesian Health Ministry rushes to equip local labs with coronavirus detector. Jakarta Globe. Retrieved from https://jakartaglobe.id/news/indonesian-health-ministry-rushes-to-equip-local-labs-with-coronavirus-detector
News Desk. (2020, February 8). Indonesia prepares for the worst in coronavirus outbreak. The Jakarta Post. Retrieved from https://www.thejakartapost.com/news/2020/02/08/indonesia-prepares-for-the-worst-in-coronavirus-outbreak.html
Rahadiana, R. (2020, February 5). Thousands of Chinese stranded in Bali after flight ban. Bloomberg. Retrieved from https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-02-05/thousands-of-chinese-tourists-stranded-in-bali-after-flight-ban
Rayda, N. (2020, February 5). Indonesian health ministry says lab has all needed equipment to detect novel coronavirus. Channel News Asia. Retrieved from https://www.channelnewsasia.com/news/asia/wuhan-coronavirus-indonesia-testing-kits-laboratory-12389198
Roidila, M. (2020, January 31). 10,000 Chinese tourists cancel trips to Bali over coronavirus fears travel group. The Jakarta Post. Retrieved from https://www.thejakartapost.com/news/2020/01/31/10000-chinese-tourists-cancel-trips-to-bali-over-coronavirus-fears-travel-group.html
The Star Online. (2020, February 8). Indonesia’s zero recorded coronavirus cases raise questions. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/02/08/indonesia039s-zero-recorded-coronavirus-cases-raise-questions
Straits Times. (2020, February 6). Coronavirus: 5,000 Chinese tourists stuck in Bali with no flights. The Straits Times. Retrieved from https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/5000-chinese-tourists-stuck-in-bali-with-no-flights
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih