Gurauan ‘jual buah pinggang untuk jadi kaya’ mungkin kedengaran biasa. Namun bagi sesetengah tempat, gurauan sebegitu seumpama membuka lu.ka lama. Ini kerana di sana, buah pinggang dijual bukan untuk melunasi keinginan. Tetapi lebih kepada untuk memenuhi keperluan dan membaiki kehidupan. Kehidupan yang dibelenggu kemiskinan.
Apa yang melu.kakan, kesempitan mereka ini diambil kesempatan oleh insan-insan tak berperikemanusiaan – di mana, wang jualan dilarikan sementara kesihatan jadi makin membimbangkan. Ini sekali gus melaratkan lagi kehidupan yang sudah sedia terbeban.
Situasi seperti ini terjadi di banyak negara. Tetapi yang paling tra.ge.di adalah di lapan buah desa di daerah Kavrepalanchok (Kavre) yang berjarak 38 km dari Kathmandu, ibu negara Nepal.
Kes pemer.da.ga.ngan buah pinggang di sana – Hokse, Panchkal, Jyamdi, Baluewa Kharelthok, Koshidekha, Mahadevsthan, dan Jaisithok – terlalu tinggi sampaikan ia digelar ‘Bank Buah Pinggang’. Desa Hokse yang paling rancak antara semua pula dijuluki ‘Kampung Buah Pinggang’.
Menurut anggaran, sekurang-kurangnya 321 individu daripada 4,000 orang yang menetap di situ adalah mang.sa pemer.da.ga.ngan buah pinggang (Mia, 2021). Rekod 2013-2015 pula mendapati kes keseluruhan di Nepal adalah sebanyak 399 kes; 181 kes untuk tahun 2013-2014 dan 218 kes untuk tahun 2014-2015 (Samiti, 2017).
Angka ini jauh melebihi kes kema.tian COVID-19 di Singapura (224 kes) dan mewakili hampir 5% dari kes tahunan global (7,000 kes, yakni hampir setiap jam ada seorang yang hilang buah pinggang).
Laporan daripada Global Financial Integrity (GFI) pula mendapati keuntungan yang dijana menerusi aktiviti tersebut adalah sekitar $514 juta hingga $1 billion (RM2.14 – RM41.68 billion) setahun (Pokharel, 2015).
Besar tidak besar jumlah itu, ia menyamai satu perlima daripada dana pendidikan yang dihimpunkan oleh Global Partnership for Education pada Julai lepas – melibatkan Kesatuan Eropah, United Kingdom, Norway, Kanada, dan Amerika Syarikat yang bermatlamat menubuhkan 88 juta sekolah dan menampung pembelajaran 175 juta kanak-kanak (Coughlan, 2021).
Erti kata lain, di kala dunia memerlukan lima lembaga untuk mengumpulkan wang sebanyak itu, sindiket pemer.da.gang organ hanya perlukan lima tahun sahaja untuk memperoleh jumlah sama.
Situasi ini justeru membawa kita ke daerah Kavre; meneroka desa-desanya dan membaca bagaimana je.na.yah sebegitu boleh berlaku secara berleluasa untuk tempoh yang lama – hampir 20 tahun.
Kata pengarah Forum for Protection of People’s Right, Rajendra Ghimitre, ada dua faktor utama yang menyumbang kepada kemelut tersebut iaitu kemiskinan dan kurang pendidikan.
Tanpa dapat dinafikan, Nepal memang negara yang miskin walau memiliki gunung tertinggi di dunia. Borgen Project bahkan melabelnya sebagai negara paling miskin di Asia Selatan dan 12 termiskin di dunia. KDNK per kapitanya tahun lepas sekadar $1,155. Hampir separuh berbanding India ($2,100) dan tidak sampai satu persepuluh berbanding Malaysia ($10,401). Gaji minimumnya pula cuma 8,000 rupee Nepal (RM 308). Hampir satu perempat dari gaji minimum di negara kita.
Dalam kesemua 29.14 juta rakyatnya, seramai 25% (lebih 7 juta) hidup di bawah paras kemiskinan (cuma berbekalkan RM 2 sehari). Sekitar 5 juta mengalami malnutrisi dan dalam setiap 1,000 bayi yang lahir, 35 orang daripadanya menin.ggal sebelum capai usia lima tahun – menjadikannya antara negara dengan kadar kema.tian kanak-kanak tertinggi (Merchant, 2018).
Impak paling ketara dirasai penduduk luar bandar. Justeru, walaupun statistik pendidikan Nepal relatif tinggi, kadar celik hurufnya masih di bawah purata global (60% pada tahun 2011, sementara purata global ialah 84.6%).
Gempa tahun 2015 yang mera.napkan 500,000 buah rumah dan 9,300 buah sekolah pula memburukkan lagi keadaan. Tahun 2016, seramai 70% populasi yang terkesan masih tinggal di penempatan sementara. Pelajar sekolah juga ramai yang berhenti, sekali gus menurunkan kadar kemasukan ke pendidikan menengah daripada 60.4% (2015) kepada 54.4% (2016). (WENR, 2018)
Dua faktor ini – kemiskinan dan kurang pendidikan – seterusnya menjadikan komuniti luar bandar sebagai sasaran mudah sindiket pemerda.gangan organ. Cukup dengan pancingan satu dua ribu dollar, mereka akan dibawa ke hospital-hospital di India.
Di sana, identiti mereka akan dipalsukan sebagai ahli keluarga kepada penerima buah pinggang. Ini lantaran undang-undang Nepal hanya membenarkan pemindahan organ sesama ahli keluarga sahaja. Hospital di India yang memang menjadi alternatif bagi orang Nepal justeru mematuhi perundangan tersebut.
Hal seperti ini yang terjadi kepada Nawaraj Pariyar (Pokharel, 2015). Di Kavre, dia ada dua ekor lembu, sebidang tanah, dan sebuah rumah. Kerja hariannya adalah menjual susu dan mengusahakan kebun. Kadangkala, dia akan ke Kathmandu untuk lakukan kerja pembinaan.
Suatu hari ketika mengunjungi Kathmandu pada tahun 2000, dia dihampiri oleh seorang mandor. Mandor ini datang memberinya satu tawaran. Katanya, kalau dia benarkan doktor ambil sepotong ‘daging’ dari badannya, dia akan diberi $30,000. Nawaraj bersetuju. Pertama, kerana nilai tawarannya cukup berharga. Kedua, kerana dia dipujuk kononnya ‘daging’ itu tadi akan tumbuh kembali.
Jadi, dia pun dibawa ke sebuah hospital di Chennai, India. Di sana, segala dokumen palsu sudah pun tersedia untuk membuktikan konon dia adalah ahli keluarga kepada penerima. Namun setelah pembe.dahan selesai, Pariyar dihantar pulang dengan hanya 20,000 rupee – kurang 1% dari jumlah yang dijanjikan. Dia juga dapat tahu ‘daging’ yang diambil daripadanya ialah buah pinggang, setelah kembali ke Nepal.
Semenjak itu, kesihatannya merudum. Pariyar alami masalah kencing dan sakit belakang yang teruk – membuatkan dia sentiasa risau akan nasib dua orang anaknya, jika apa-apa yang buruk terjadi.
Dalam kes lain melibatkan Sitamaya Tamang pula, dia jual buah pinggang untuk membeli sebuah kehidupan. Selepas suami pertamanya mening.gal dunia, rumah mereka diambil oleh ipar. Sitamaya lantas diu.sir keluar. Untuk mengubat hati, dia pun berkahwin lagi.
Akan tetapi, perkahwinan kali ini tidak bahagia. Suaminya kerap naik tangan. Hidupnya juga selalu tidak cukup makan. Jadi, Sitamaya pun putuskan untuk larikan diri. Destinasinya adalah Kathmandu. Setiba di sana, dia dihampiri oleh pemerda.gang organ yang menawarkannya $1,500 untuk sebelah buah pinggang.
Tawaran itu diambil oleh Sitamaya. Baginya, itu peluang untuk dia bina semula kehidupan. Justeru, wang tersebut digunakan untuk mendirikan rumah bersama suami baru – Jeet Bahadur. Perlahan-lahan, hidupnya kembali meniti landasan kebahagiaan, terutama selepas anak mereka dilahirkan. Bagaimana pun, ia tidak berpanjangan.
Gempa bumi tahun 2015 meram.pas segalanya – rumahnya ra.nap dan lembu-lembunya habis ma.ti. Sitamaya kembali hilang harap, lantaran dia dan suaminya masing-masing sudah pun melaburkan sebelah buah pinggang untuk membina kehidupan (RT Documentary, 2016).
Nasib yang hampir serupa dikongsi oleh Niroj Suruwar. Cuma bagi Niroj, harapannya tidak dira.napkan oleh ben.cana. Tetapi oleh ketidakmanusiawi pemerda.gang organ. Sejak kecil, dia tanam impian untuk menjadi penyanyi – merekod lagu dan mengeluarkan album. Sememangnya, impian Niroj itu bukan satu angan-angan. Dia ada suara emas (nanti boleh dengar sendiri dalam RT Documentary).
Jadi, atas cadangan seorang rakan, Niroj (ketika itu baru 16 tahun) pun jual sebelah buah pinggangnya sebagai modal bagi merealisasikan impian. Bayaran yang dijanjikan adalah $1,000. Namun, separuh dari jumlah itu dilarikan oleh ejen.
Niroj ditinggalkan terlantar di hospital – menanggung kesan-kesan sampingan akibat ketiadaan sebelah buah pinggang. Impiannya hilang. Kesihatannya juga kecundang.
Tiga kes di atas bagaimana pun hanyalah secebis dari apa yang boleh diceritakan. Menjual buah pinggang bukan hanya memustahilkan mereka bekerja (angkat air pun tak mampu), tetapi juga mengundang kata-kata nis.ta dari jiran tetangga.
Mereka yang pulang dari India tanpa sebelah buah pinggang biasanya akan dijadikan bahan bualan masyarakat. Justeru, mereka dipinggir dan dijauhi. Anak-anak mereka dibu.li. Justeru, bukan sedikit juga yang beralih ke tabiat minum a.rak – berbanding pergi buat dialisis berkala – akibat tertekan (Fieckner, 2015).
Ini menambahkan lagi kebimbangan. Kerajaan Nepal memang sudah lama menggubal undang-undang yang membolehkan mereka yang terlibat atau bersubahat dalam aktiviti pemerda.ga.ngan organ untuk ditang.kap dan dijatuhi hu.ku.man pen.jara 10 tahun serta denda $7,000.
Malah semenjak dekad lalu lagi banyak tang.kapan sudah dibuat. Baik pada tahun 2008 (melibatkan Amit Kumar), tahun 2011 (melibatkan pasangan suami isteri), dan tahun 2014 (melibatkan sindiket yang terdiri dari 10 anggota).
Namun masih, je.na.yah pemerda.gangan buah pinggang ini berleluasa. Lebih-lebih lagi semenjak berlakunya ben.ca.na gempa tahun 2015 (Neupane, 2011). Dan malangnya, laporan-laporan terperinci tentang aktiviti ini terhenti setakat 2017 tanpa ada lagi statistik terkini. Seumpama, ia mimpi ngeri yang enggan diingat kembali – hanya dibiar sepi sambil berdoa agar ia pergi dengan sendiri.
RUJUKAN:
Arsenault, Chris. (2011, 17 May). Organ (ditapiskan): ‘Her heart was missing’. Al-Jazeera.
Fieckner, Mads. (2015, 10 July). Nepalese village where almost everyone sold their kidneys to ‘organ (ditapiskan) to buy a house… only for them to be destroyed by devastating earthquake. Daily Mail.
Merchant, Amelia. (2018, 11 September). 10 Facts about Poverty in Nepal. The Borgen Project.
Mia, Kim. (2021, 22 February). The Shocking Village Where Everyone Has Only One Kidney. History of Yesterday.
Neupane, Sunil. (2011, 3 June). The village of the kidneys. Nepali Times.
Pokharel, Sugam. (2015, 15 July). Nepal’s Organ Trail: How (ditapiskan) (ditapiskan) kidneys. CNN.
RT Documentary. (2016, 29 July). Kidney Valley: Nepalese villagers (ditapiskan) upon by a thriving organ black market.
World Education News + Reviews. (2018, 3 April). Education in Nepal.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih