Migrain adalah masalah sakit kepala yang disifatkan sebagai sakit kepala berulang yang dengan skala sederhana hingga teruk.  Biasanya, sakit kepala memberi kesan kepada separuh bahagian kepala, bersifat berdenyut, dan berlangsung dari beberapa jam hingga boleh mencapai 3 hari.  Gejala yang berkaitan mungkin termasuk loya, muntah, dan sensitif terhadap cahaya, bunyi, atau bau.

Kesakitan biasanya menjadi lebih teruk apabila melakukan aktiviti fizikal.  Sebahagian orang mengalami aura migrain: iaitu gangguan visual pada suatu masa yang singkat yang memberi isyarat bahawa sakit kepala akan segera berlaku. (Wikipedia, 2019) Sejak dari dahulu lagi, pelbagai rawatan dipraktikkan bagi menghilangkan sakit kepala ini.

Pada tahun 1660, proses tebukan  ke dalam kepala dikenalpasti sebagai rawatan bagi pesakit migrain. Seawal tahun 7000 Sebelum Masihi, proses tebukan kepala ini juga dilakukan kepada orang yang berkelakuan tidak normal untuk membebaskan apa yang dipercayai sebagai roh jahat. Proses ini dikenali sebagai proses trepanasi. Bukti berlakunya trepanasi ini telah ditemui dalam sisa manusia prasejarah dari zaman Neolitik.

Tulang yang telah ditrepanasi itu disimpan oleh orang-orang prasejarah dan mungkin dipakai sebagai pelindung dari roh-roh jahat. Hasil kajian menunjukkan bahawa proses tebukan ini merupakan proses pembedahan kecemasan bagi golongan primitif selepas mengalami luka di kepala untuk mengeluarkan tulang-tulang yang hancur dari tengkorak yang retak dan membersihkan darah yang tersumbat di bawah tengkorak kepala. (Wikipedia, Trepanning, 2019)

Rawatan Trepanasi (Museum, 2019) Rawatan Trepanasi (Wikipedia, Trepanning, 2019)

Pada abad pertama Masihi, Aretaeus Cappadocia, seorang doktor Yunani purba, mengesyorkan satu jenis rawatan sakit kepala dengan ‘membakar kulit kepala’. Teknik ini digunakan  dengan membakar sebahagian daripada anggota yang sakit. Ia memusnahkan beberapa sel tisu untuk mengurangkan pendarahan dan kerosakan, menghapuskan pertumbuhan yang tidak diingini, atau meminimumkan potensi kecederaan perubatan lain, seperti jangkitan apabila antibiotik tidak didapati.

Musa Maimonides adalah seorang doktor dan ahli astronomi abad ke-12 yang lahir di Cordoba. Dan kerana sakit kepala telah berlaku sejak zaman dahulu, maka ketika itu orang datang ke Maimonides mengadu sakit kepala. Rawatannya adalah dengan memandikan diri pesakit di dalam air yang suam dan manis (seperti madu), yang bertindak mengeluarkan wap yang membawa rasa sakit kepada kepala seseorang. (Stokel-Walker, 2013)

Rawatan Pembakaran Kulit Kepala (Medievalists.net, 2017)

Di samping itu, belut elektrik dan ikan juga digunakan oleh orang-orang pada zaman purba untuk merawat sakit kepala dan penyakit mental. Rawatan ini dimulakan pada tahun 1937 apabila Ugo Cerletti (1877-1963) dan Lucino Bini (1908) merawat pesakit Skizofrenia dengan aplikasi elektrik. (Service, 2019).

Di Rom kuno, pesakit yang mengalami sakit kepala yang tidak tertahan kadang-kadang dirawat dengan renjatan elektrik dari ikan “black torpedo” yang menghasilkan elektrik. Scribonius Largus, doktor kepada Maharaja Claudius, adalah orang yang menyokong kuat rawatan itu. “Untuk segera menyingkirkan dan menyembuhkan sakit kepala selama-lamanya, “black torpedo” yang hidup diletakkan di tempat yang sakit, sehingga rasa sakit berhenti.” Tulisnya pada abad pertama.

Pada masa kini, rawatan tradisional untuk sakit kepala masih diamalkan secara meluas di seluruh dunia terutamanya di benua Afrika, Asia, dan Amerika Selatan. Di China, akupunktur dan herba menjadi rawatan utama manakala di India, homeopati, yoga, urutan kepala, dan herba  biasa digunakan.

Di Afrika dan Ethiopia khususnya, ubatan herba, pembakaran kulit kepala, dan amalan bekam mengeluarkan darah atau tidak, sering digunakan sebagai rawatan tradisional  sakit kepala.

Di Amerika Selatan, tumbuh-tumbuhan perubatan amat luas digunakan walaupun terapi spiritual juga diamalkan.Di Brazil,Kambo, bahan yang terhasil dari rembesan katak dipercayai sebagai rawatan yang berupaya merawat sakit kepala. (Yu, Ravishankar, Fernando, Peres, & Quieroz, 2019)

Artikel dikirimkan oleh Syaqiq Al-Azdi bin Abd Razakuntuk The Patriots. 

RUJUKAN:

Medievalists.net. (2017, August). Military Surgical Practice and the Advent of Gunpowder Weaponry. Retrieved from Medievalists.net: https://www.medievalists.net/2017/08/military-surgical-practice-advent-gunpowder-weaponry/

Museum, S. (2019). Trephination. Retrieved from Science Museum: http://broughttolife.sciencemuseum.org.uk/broughttolife/techniques/trephination

Service, P. B. (2019). Electroshock Therapy Introduced. Retrieved from Public Broadcasting Service: https://www.pbs.org/wgbh/aso/databank/entries/dh38el.html

Stokel-Walker, C. (2013, September 13). 5 Bizarre and Scary Historical Headache Cures. Retrieved from Mental Floss: https://www.mentalfloss.com/article/52689/5-bizarre-and-scary-historical-headache-cures

Wikipedia. (2019, December 11). Migraine. Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Migraine#History

Wikipedia. (2019, November 24). Trepanning. Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Trepanning

Yu, S.-Y., Ravishankar, K., Fernando, M., Peres, P., & Quieroz, L. P. (2019). Traditional Treatments of Headache. Retrieved from Spinger Link: https://link.springer.com/referenceworkentry/10.1007%2F978-88-470-1700-9_54


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadith) dari Universiti Sultan Azlan Shah. Sangat berminat dalam penulisan isu-isu semasa.

Comments are closed.