6 bulan masyarakat dunia menghadapi wabak COVID-19 dengan kes positif sebanyak 8 juta, para saintis telah menemui sejenis d4dah yang mampu melawan penyakit tersebut, di samping berusaha mencari vaksin sebaik mungkin.
Kumpulan penyelidikan dari Universiti Oxford telah menemui sejenis d4dah yang mudah ditemui iaitu Dexamethasone yang mampu memperlahankan serangan jangkitan COVID-19.
Dexamethasone sebenarnya telah lama ditemui pada awal tahun 1960-an. Ia sejenis steroid yang berfungsi sebagai anti-keradangan. D4dah ini digunakan secara meluas untuk melegakan asma, alergik, dan bengkak. D4dah ini juga berkesan terhadap penyakit auto-imun (sistem imun yang menyerang tubuh badan) seperti penyakit kulit Lupus Erythematosus.
Namun, bagaimana d4dah ini mampu melawan penyakit virus ini yang mampu mewujudkan sebuah wabak yang berbahaya?
Majoriti pesakit COVID-19 tidak menunjukkan sebarang simptom-simptom awal yang ketara seperti batuk kering, demam, atau kehilangan deria rasa dan hidu.
Namun bagi golongan pesakit minoriti, simptom sebegini sangat ketara malah lebih teruk sehingga sesetengah pesakit perlukan terapi oksigen untuk memastikan paru-paru bernafas berterusan. Golongan inilah yang menjadi sasaran Dexamethasone untuk memperlihatkan kesan yang utuh melawan COVID-19.
Dalam sesetengah kes, sistem imun badan akan bereaksi lebih terhadap virus, kemudian menyerang sel-sel yang terjangkit. Serangan ini dikenali sebagai serangan cytokine (cytokine storm), di mana bahan kimia bernama cytokine dilepaskan oleh sel dari sistem imun, sekaligus menyebabkan berlaku keradangan melampau.
Di sini, Dexamethasone mengambil peranannya. D4dah ini apabila diserap memasuki tubuh, ia memperlahankan respon sistem imun dan melemahkan serangan cytokine itu. Seterusnya, d4dah ini menghalang serangan keradangan terhadap paru-paru dan jantung.
Dengan keupayaan Dexamethasone, ia diuji oleh para saintis dalam ujian d4dah COVID-19 terbesar bernama Randomised Evaluation of COVID-19 Therapy (RECOVERY).
Dalam ujian tersebut, para saintis mengkaji kesan d4dah tersebut kepada 2,000 orang pesakit dan bandingkan kepada 4,000 orang pesakit yang tidak mengambil d4dah.
Keputusan menunjukkan pesakit yang mengambil Dexamethasone mendapat perubahan sehingga kadar kematian berkurang sehingga 28 peratus dari kadar kematian biasa iaitu 40 peratus. Manakala pesakit kronik yang memerlukan oksigen, kadar kematian berkurang sebanyak 5 peratus (dari 25% hingga 20%).
Namun, Dexamethasone juga mempunyai kesan sampingan seperti d4dah lain. Keresahan, kesukaran tidur, dan berat berlebihan adalah kesan sampingan tersebut. Namun bagi pesakit yang berada dalam rawatan intensif, kesan sampingan ini dapat diatasi dengan bantuan doktor.
D4dah terdahulu sebelum Dexamethasone yang berpotensi sebagai ‘penawar’ kepada jangkitan COVID-19 tidak melalui ujian perbandingan klinikal ini sebelum dilabelkan sebagai d4dah yang berkesan. Seperti d4dah yang melawan penyakit Malaria iaitu Hydroxychloroquine. D4dah ini diuarkan oleh pengkaji Perancis bernama Didier Raoult namun ia dilabelkan sebagai d4dah penawar oleh President AS.
Walaupun d4dah ini menjadi saranan utama, dan Presiden Donald Trump mengambilnya, namun d4dah ini mampu meningkatkan risiko kematian pesakit COVID-19 jika diamalkan secara salah.
Walau bagaimanapun, Dexamethasone diisytiharkan oleh pengkaji Oxford sebagai d4dah penawar, kemudian d4dah ini diambil oleh Pentadbiran Makanan dan D4dah AS untuk mengurus kes-kes pesakit COVID-19.
Dexamethasone mudah didapati, kosnya murah sekitar US$6 (RM25.68). Jika pesakit dirawat selama 7 hingga 10 hari menggunakan d4dah tersebut, nyawa dapat diselamatkan dengan pengurangan kos rawatan sebanyak US$44 (RM188.32). Jika d4dah tersebut awal digunakan oleh UK, pengurangan 5,000 orang pesakit COVID-19 akan terjadi.
Apa yang penting adalah d4dah ini bersifat umum dan mempunyai stok global yang besar. Ini bermaksud pesakit yang mempunyai latar belakang marhaen tanpa rawatan rapi mampu mendapatkan Dexamethasone, berbanding d4dah lain yang bersifat esklusif kerana harga yang mahal.
Maka, d4dah yang berusia 60 tahun ini berupaya melawan jangkitan COVID-19, sementara mencari vaksin sebenar. Namun penggunaannya harus mendapat nasihat dari doktor berkenaan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih