Bila sebut pasal bandaraya, ramai terus bayangkan kota moden. Bangunan pencakar langit, jalan raya sibuk dan lampu-lampu neon yang berkilau. Tapi tahu tak, sebelum semua itu, orang Melayu sudah pun membina sebuah bandaraya agung yang diiktiraf dunia? Bandaraya itu adalah Kota Melaka.
Melaka adalah bandaraya pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Catatan sejarah menunjukkan pada November 1405, pihak China mengiktiraf Melaka sebagai sebuah bandaraya. Bayangkan, kuasa besar dunia ketika itu sudah pun mengiktiraf Melaka. Ini membuktikan betapa gahnya Melaka di mata dunia.
Melaka dibangunkan dengan ciri bandaraya moden pada zamannya. Ada kawasan petempatan, pusat perniagaan, pelabuhan, sistem pertahanan, tempat ibadat, malah sistem pentadbiran yang tersusun.
Bandar ini dibahagi kepada beberapa zon: petempatan penduduk, pusat dagangan, pelabuhan dan juga kota pertahanan. Lihatlah, perancangan sebegini rupa bukan kerja sembarangan. Pengalaman dan kebijaksanaan diguna pakai untuk membina Kota Melaka.
Pasarnya pula unik. Premis dimiliki penduduk tempatan, separuh digunakan sendiri, separuh lagi disewakan kepada pedagang asing. Konsep ini memudahkan urusan perniagaan dan juga memberi keuntungan berganda kepada pemilik.
Kalau ikut keadaan asal, kawasan Melaka hanyalah paya bakau. Tapi pemerintah Melayu ketika itu bijak manfaatkan bentuk muka bumi. Dengan lokasi strategik di bukit Melaka dan bukit Cina, mereka membina kota pertahanan, istana diraja dan petempatan rakyat.
Bukit-bukit itu juga menara kawalan semula jadi. Dari atas bukit, setiap kapal yang datang dari laut boleh dilihat jelas. Tidak hairanlah pedagang asing menggunakan bukit Melaka sebagai panduan untuk masuk ke pelabuhan.
Melaka juga memiliki kelebihan semula jadi dari segi laut dan sungai. Pantainya menjadi benteng semula jadi daripada serangan, terutama dari arah selatan. Tentera Johor Lama dan Bugis pernah cuba menawan Melaka, tapi tewas kerana halangan paya bakau yang melambatkan pergerakan mereka.
Selain itu, ada empat aliran sungai utama di Kota Melaka. Termasuk Sungai Melaka yang dalam dan sesuai untuk kapal dagang besar berlabuh. Ada juga sungai buatan yang dibina Belanda mengelilingi kota di Bukit Melaka (A Famosa) sebagai kubu pertahanan tambahan. Semua ini menunjukkan betapa terancangnya infrastruktur bandaraya ini.
Selepas kejatuhan Melaka, memang tiada lagi pelabuhan di rantau ini yang mampu menyaingi kehebatan dan reputasi bandaraya Melaka. Walaupun ada potensi untuk terus berkembang, penjajahan kuasa lain akhirnya menyekat kemajuan kota ini.
Tapi apapun, nama Melaka kekal sebagai simbol kegemilangan Melayu membina sebuah bandaraya agung di Asia Tenggara.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





