Hatshepsut adalah puteri Firaun Thutmose I, dilantik menjadi ratu setelah mengahwini adik lelaki bernama Thutmose II, putera Thutmose I dan isteri kedua pada umur 12 tahun. Sehingga kematian suaminya, Hatshepsut menjadi pengganti bagi menunggu putera tiri mencapai akil baligh, iaitu Thutmose III.  7 tahun kemudian Hatshepsut diserap menjadi firaun pada 1473 SM.

Di zaman pemerintahan firaun wanita pertama dunia, ratu itu mengembangkan aktiviti perdagangan serta melancarkan beberapa projek pembinaan, termasuk pembinaan kuil Deir el-Bahri yang berada di barat Thebes, tempat ratu Hatshepsut dikebumikan. Walaupun ratu Hatshepsut mempunyai karisma sebagai firaun, namun majoriti para Egyptologist (pengkaji tamadun Mesir Purba) berpendapat sebab ratu itu diangkat kerana krisis dalaman diraja yang melibatkan rampasan kuasa oleh kerabat diraja lain, maka ratu Hatshepsut harus melantik dirinya sebagai firaun.

Sepanjang 21 tahun Hatshepsut memerintah (1479 – 1458 SM), baginda berusaha menyembunyikan imej sebenar dengan mengarahkan pengukir patung dan pelukis melakar atau mengukir dirinya sebagai firaun lelaki: meletakkan janggut dan menambah otot-otot tegap. Namun dalam karya lain ada imej baginda berpakaian pakaian wanita tradisional. Ratu Hatshepsut dibantu oleh para penyokong yang mengambil jawatan dalam badan kerajaan seperti Senenmut yang berjawatan sebagai ketua menteri. Ada pendapat menyatakan Senenmut adalah kekasih gelap ratu Hatshepsut namun sedikit bukti untuk mengaitkan hubungan mereka berdua.

Patung Ratu Hatshepsut

Ada dua pencapaian gemilang yang ratu Hatshepsut jayakan iaitu aktiviti perdagangan dan projek pembinaan. Dalam dunia perdagangan, ratu Hatshepsut meluaskan jaringan tersebut selepas penjarahan kaum gasar Hyksos pada 1650 SM, kemudian mengembalikan kekayaan Mesir pada zaman pemerintahnya. Pada tahun kesembilan pemerintahan, baginda mengetuai penjelajahan ke tanah Punt bagi menjalankan perhubungan perdagangan dengan orang Punt. Sebanyak 5 buah kapal pelayaran dibawa dengan 21 meter panjangnya dan sebanyak 210 orang kelasi berlayar mewakili ratu Hatshepsut. Hasil dari hubungan dagangan itu, wakil ratu tersebut membawa kemenyan beserta 31 batang pokok kemenyan atau myrrh.

Keberadaan Tanah Punt yang Ratu Hatshepsut telah menjelajah sehingga sekarang menjadi misteri. Ada dua pendapat tentang keberadaan tanah tersebut. Yang pertama adalah di kawasan Ethiopia dan Eritrea. Namun kawasan tersebut pada zaman pemerintahan Ratu Hatshepsut tidak ada sebarang kerajaan terbentuk malah hanya perkampungan saja. Manakala pendapat kedua adalah Tanah Punt berada di  bahagian timur Mesir. Pendapat ini lebih relevan kerana terdapat rekod-rekod Mesir Purba menyatakan beradaan tanah yang sama.

Dalam The Egyptian Book of the Death iaitu buku sihir Mesir Purba, ia menyatakan bahawa Tanah Punt adalah sekumpulan beberapa buah negeri atau kawasan di sebelah timur. Namun tiada penjelasan dimana keberadaan sebenar Punt itu. Sebuah lagi karya Mesir Purba iaitu The Shipwrecked Sailor menyatakan raja Punt adalah pemerintah kawasan pulau, bukannya pemerintah sebuah daratan besar seperti Afrika. Bukti lagi kukuh adalah ukiran di dinding kuil Hatshepsut iaitu Djeser-Djeseru. Ia menunjukkan bahawa Punt terletak di kawasan persimpangan jalan perdagangan beberapa tamadun besar dunia. Jika tamadun besar itu dimaksudkan adalah tamadun China dan India, tidak mustahil tanah Punt berada di Asia Tenggara. Ini mengukuhkan teori bahawa Nusantara adalah Tanah Punt itu.

Tambahan pula, para pelayar Ratu Hatshepsut pernah menemui Ratu Ati, ratu Punt. Kenyataan ini sukar dibuktikan jika kawasan Ethiopia yang tiada kerajaan menjadi lokasi sebenar Punt. Yang menarik, dari jurnal-jurnal sejarah kuno dari tamadun luar seperti Yunani Purba atau China, nama Brunei yang bertempat di pulau Borneo mempunyai banyak gelaran mengikut lidah pedagang asing seperti Poni, Pome, Poli, Boni dan sebagainya. Kita terfikir juga, bagaimana orang Mesir Purba memanggil Brunei itu adala Punt? Kalau benar, adakah pulau Borneo pernah mempunya sebuah kerajaan purba di zaman ratu Hatshepsut sekaligus membuktikan Tanah Punt itu adalah Borneo?

Kita ketepikan persoalan-persoalan yang tidak pernah habis ini. Selain menyumbang dalam aktiviti perdagangan. Ratu Hatshepsut juga pernah menyumbang dalam perlaksanaan projek-projek pembinaan bangunan yang baginda banggakan. Baginda adalah firaun prolifik dalam hal pembinaan. Beratus-ratus projek pembinaan dilaksanakan di Mesir Utara (Upper Egypt) dan Mesir Selatan (Lower Egypt). Berbanding dengan projek pembangunan yang pernah firaun lepas laksanakan, bangunan ratu Hatshepsut lebih gah dan lebih banyak sehingga firaun seterusnya menuntut bangunan-bangunan tersebut adalah miliknya. Sebab utama ratu Hatshepsut menjadi prolific sebegitu adalah baginda mempunyai arkitek tersohor bernama Ineni yang dulu pernah berkhidmat di bawah pemerintahan ayahanda dan suaminya.

Pembinaan paling masyhur adalah pembinaan kuil agung milik ratu Hatshepsut sendiri iaitu Djeser-Djeseru yang bertempat di kawasan Deir el-Bahri berdekatan dengan Thebes. Seni bina kuil tersebut diinsipirasikan oleh ketua menteri kepercayaan baginda, Senenmut.

Djese-Djeseru. Kuil agung Hatshepsut.

Tahun 1458 SM, ratu Hatshepsut mangkat pada usia pertengahan 40-an. Baginda dikebumikan di lembah bernama Valley of the Kings, berdekatan kawasan Deir el-Bahri. Bagi memastikan pemerintahan baginda kekal dikenali masyarakat, kubur ayahanda dibuka dan dikubur bersama-sama baginda. Kemudian Thutmose III menjadi firaun seterusnya selama 30 tahun, mengikut jejak ibu tirinya sebagai Pembina prolific dan menjadi seorang pahlawan.

Pada akhir pemerintahan, firaun Thutmose III berusaha menghapuskan sebarang jejak ibu tirinya seperti patung berukir wajah ratu itu dan projek pembinaan di bawah namanya. Sebabnya masih kabur, sama ada baginda tidak mahu sebarang kewujudan firaun wanita atau mendekatkan jurang masa pemerintahan setiap firaun lelaki. Akibatnya, masyarakat Mesir tidak tahu banyak tentang ratu Hatshepsut sehingga tahun 1822 di mana para ahli Egyptologist berjaya membaca tulisan Hieroglyph pada kuil Djeser-Djeseru.

Di situlah lagenda ratu Hatshepsut kembali dikenali ramai, sebagai firaun wanita pertama dunia.

RUJUKAN:

  1. Clayton, Peter (1994). Chronicle of the Pharaohs. Thames & Hudson. p. 104.
  2. History Channel. https://www.history.com/topics/ancient-history/hatshepsut
  3. JJ Shirley: The Power of the Elite: The Officials of Hatshepsut’s Regency and Coregency, in: J. Galán, B. M. Bryan, P. F. Dorman (eds.): Creativity and Innovation in the Reign of Hatshepsut, Studies in Ancient Oriental Civilization 69, Chicago 2014
  4. Joyce Tyldesley, Hatchepsut: The Female Pharaoh, Penguin Books, 1998 paperback, pp. 137–144.
  5. Kitab Tamadun Melayu, The Patriots, 2016, pp. 371–373 .
  6. Roehig, Catherine; Dreyfus, Renee; Keller, Cathleen (2015). Hatshepsut: from Queen to Pharaoh. New York: Metropolitan Museum of Art.
  7. Wilford, John Noble (June 27, 2007). “Tooth May Have Solved Mummy Mystery”New York Times. Retrieved June 29,2007

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.