لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُوْلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ اْلآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيْرًا
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari Akhir serta banyak berzikir kepada Allah”.
(Al-Ahzab: 21).
• Imam As Sa’di mengatakan di dalam kitab tafsirnya, (Metodical Interpretation of the Nobel Quran):
“Sesungguhnya telah ada pada diri kalian peribadi Rasulullah saw sebagai suri teladan (ikutan) yang baik iaitu dari sisi di mana beliau sendiri menghadiri suara hiruk pikuk dan langsung terjun ke medan perang. Baginda adalah orang yang mulia dan pahlawan yang gagah berani. Lalu bagaimana kalian menjauhkan diri kalian daripada perkara yang Rasulullah saw bersungguh-sungguh melaluinya seorang diri? Maka jadikanlah dia sebagai panutan kalian dalam perkara ini dan sebagainya.”
• Tambahan, Imam As Sa’di berkata:
“Suri teladan itu ada dua bentuk iaitu yang baik dan yang buruk. Suri teladan yang baik itu ada dalam diri Rasulullah saw dan orang yang menjadikannya sebagai suri teladan (ikutan), maka dia telah menempuh perjalanan yang akan membawanya kepada kemuliaan yang ada di sisi Allah swt. Itulah yang dimaksudkan ‘jalan yang lurus’.
• Apa yang mendorong manusia untuk menjadikan Rasulullah saw sebagai ikutan yang baik?
Dengan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan yang baik adalah dengan IMAN, TAKUT KEPADA ALLAH SWT, BERHARAP PAHALA DARI ALLAH SWT, dan TAKUT KE ATAS AZAB ALLAH SWT.
• Ibnu Katsir, dalam kitab tafsirnya mengatakan:
“Ayat tersebut (al-Ahzab ayat 21) merupakan sebuah landasan utama/dasar untuk menjadikan Rasulullah sebagai ikutan yang baik seperti melalui ucapan, perbuatan dan semua peribadi yang ada pada diri baginda.”
• Bagaimana akhlak Rasulullah saw?
Aisyah r.a ketika ditanya bagaimana akhlak Rasulullah? Beliau menjawab:
“Akhlaknya adalah Al Qur’an.”
(HR. Muslim)
• Keindahan akhlak baginda terlihat melalui diri baginda yang baik dengan para isterinya dalam urusan rumah tangga, menjaga hubungan dengan sanak-saudara, para sahabat (berukhuwah), memimpin masyarakat bahkan negara. Tidak lupa juga, baginda amat menghormati dengan para musuhnya juga.
• Bukan benda yang luar biasa, apabila sebelum baginda diutuskan Allah swt sebagai Rasul, kita boleh melihat bagaimana masyarakat Quraisy yang terkenal dengan sifat kasarnya dan penyembah berhala, sudah memberikan gelaran kepada baginda dengan gelaran al-Amin kerana pada diri baginda sendiri sudah wujud empat sifat terpuji:
1. Shiddiq (Melakukan segala hal dengan benar).
2. Amanah (Dipercayai).
3. Fathanah (Bijak).
4. Tabligh (Menyampaikan).
Saya menyelitkan salah satu kisah peribadi ulung Rasulullah saw.
FAKTA TAMBAHAN : ERTI SEBUAH CINTA KEPADA MUSUH.
• KISAH SEORANG LELAKI YANG MASIH LAGI TERSENYUM WALAUPUN DIHINA •
Pagi itu, suasana di sebuah pasar yang terkenal di Madinah kelihatan sibuk dengan kegiatan jual-beli di antara pedagang dan pembeli. Seorang lelaki melangkah kaki berjalan dengan laju menuju ke sebuah tempat di hujung pasar tersebut. Kelihatan seorang perempuan tua berbangsa Yahudi yang buta sedang duduk bersimpuh seperti menunggu seseorang. Sapaan lelaki itu disambut dengan senyuman perempuan tua itu.
Lelaki itu membongkok sedikit dan mengeluarkan beberapa isi makanan yang masih segar. Dihalusi isi makanan menggunakan tapak tangannya sebelum disuapkannya ke dalam mulut perempuan tua tersebut. Sambil lelaki itu menyuapkan isi makanan dengan lembut, perempuan tua itu tidak berhenti-henti menghina dan mengutuk seseorang yang mungkin dikenali lelaki itu. Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman dan tergelak kecil sambil meneruskan suapan demi suapan ke dalam mulut perempuan tua itu sehingga habis kesemua isi makanan yang dibawanya.
Itulah rutin harian lelaki tersebut setiap hari kepada perempuan tua itu sehinggalah tiba pada suatu hari, lelaki itu telah dijemput menghadap Illahi.
Keesokan harinya, tersebar berita mengenai kewafatan seorang lelaki yang dibenci oleh perempuan tua itu. Perempuan tua itu sangat bergembira dengan berita itu.
Setelah berlalunya tiga hari kemudian, perempuan tua itu berasa pelik. Kenapa lelaki yang selalu menyuapkan makanan kepadanya tidak datang selama tiga hari ini? Adakah lelaki tersebut sakit atau benci kepadanya kerana dia selalu mengutuk seseorang yang mungkin dikenali lelaki itu?
Tiba-tiba datang seseorang menghampirinya dan mengeluarkan isi makanan. Sambil mengeluarkan isi makanan, orang itu tersentak apabila mendengar perempuan tua itu tidak berhenti-henti mengutuk lelaki yang dikenalinya. Orang yang tidak dikenali ini terus mengeluarkan isi makanan dan menyuapkan terus ke dalam mulut perempuan tua itu dengan suapan lembut. Perempuan tua itu mengunyah sambil bertanya :
“Siapakah engkau?”.
Orang itu menjawab dengan nada lembut : “Akulah orang yang selalu menyuapimu ini”.
Perempuan tua itu berkata lagi dengan nada menegur : “Tidak, kau bukan seperti lelaki yang selalu datang kepadaku. Lelaki sebelum ini selalu memperhaluskan isi makanan sebelum menyuapkannya ke mulut aku. Tetapi kau tidak melakukannya. Kau bukanlah dia. Ah, betapa aku merinduinya..”.
Orang tersebut terus menitiskan air mata setelah mendengar kata-kata perempuan tua itu. Orang itu pun mengelap air matanya dan terus berkata dalam nada perlahan tetapi menusuk kalbu :
” Aku adalah Abu Bakar as-Siddiq, sahabat kepada lelaki yang selalu menyuapimu sebelum ini. Ketahuilah, sesungguhnya lelaki yang engkau selalu menghina itulah yang selalu datang kepadamu dan menyuapimu makanan. Lelaki tersebut ialah Muhammad Rasulullah saw. Baginda telah meninggal dunia tiga hari lepas…”.
Perempuan tua itu terdiam setelah menelan makanan yang dikunyahnya. Dia menangis sambil berkata :
” Sesungguhnya celakalah ke atas diriku. Lelaki yang selalu menolongku itulah lelaki yang aku paling benci dahulu. Tetapi sekarang aku sudah sangat mencintainya. Sungguh, aku merindui akhlaknya. Wahai Abu Bakar, ajarkanlah kepadaku tentang agama Islam, kenalkan aku pada Tuhanmu, Tuhan Muhammad..”.
Akhir kisah, perempuan tua Yahudi itu pun memeluk agama Islam dan inilah bukti yang menunjukkan bagaimana sifat Rasulullah saw mencurahkan akhlak kasih sayang Islam di dalam hati para musuh yang membencinya.
_________________________________________
Jadinya, tidak susah mana pun untuk mengikuti keperibadian yang ada diri Rasulullah saw. Hanya bergantung kepada kita sahajalah yang boleh menentukan, apakah kita mahu memilih jalan yang lurus ataupun jalan yang dimurkaiNya?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih