Tragedi yang menimpa Faisal Halim dan Akhyar Rashid semestinya menjadi satu titik hitam bagi peminat bola sepak tanah air. Semestinya pelaku tragedi ini tidak boleh dimaafkan.

 

Bergenang airmata mengenangkan nasib mereka yang hanya bermain bola sepak demi negara dan sesuap nasi bagi keluarga mereka.

 

“APA SALAH SAYA?”, kata Faisal Halim kepada Presiden FAM yang melawatnya semalam.

 

Hal sebegini juga mengingatkan saya kepada pengaruh “bookie” dalam bola sepak negara satu ketika dahulu.

 

Banyak cerita yang pernah kita dengar. Antaranya, pemain diancam oleh samseng, ada yang terpaksa melarikan diri kerana gangguan yang berterusan, kena bantai dan dapat call terus menerus daripada samseng.

 

Tapi semuanya terbongkar apabila bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad yang juga menjabat sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) masa tu buat laporan polis mengenai rasuah dalam dunia bola sepak Malaysia sekitar tahun 1994 dan 1995.

 

Sebenarnya, beliau hairan ada beberapa penyokong di Stadium Bandaraya bagi isyarat berkait dengan keputusan perlawanan.

 

Selain tu, beliau juga dengar penyokong menjerit menyebut nama pemain yang akan dihukum dengan kad kuning dan merah. Setelah itu, beliau lakukan siasatan sendiri sebelum laporkannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk siasatan lanjut.

 

Bila disiasat, rupanya kes mengatur perlawanan ni melibatkan pemain, jurulatih, dan pengurusan pasukan dari pelbagai pasukan, bermula dari Pulau Pinang hingga terbongkar semua rahsia mengenai keputusan perlawanan yang dah diatur sebelum perlawanan bermula.

 

Pengurus pasukan Perak dan Selangor mengakui situasi ini, mereka pun hairan selepas kehilangan beberapa pemain utama yang dilarang bermain semasa siasatan.

 

Setiap pasukan dari setiap negeri mempunyai pemain dan staf pengurusan yang terlibat dalam skandal rasuah ini.

 

Gejala rasuah ni memang merosakkan prestasi pasukan bola sepak negara. Pasukan kehilangan ramai pemain utama dan terpaksa bergantung pada pemain muda yang takde pengalaman atau bahkan ada pasukan yang hampir lumpuh.

 

Lebih daripada 100 pemain dan jurulatih yang disyaki terlibat dalam pengaturan keputusan perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana telah ditangkap oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat.

 

Sebanyak 58 daripada mereka dikenakan hukuman gantung antara satu hingga empat tahun oleh FAM. Seramai 21 pemain dan jurulatih diberhentikan, manakala beberapa pemain lagi dibuang daerah dan dihalang daripada menyertai pertandingan bola sepak di bawah pengurusan FAM sepanjang hayat.

 

Antara nama pemain-pemain yang menerima hukuman itu termasuklah Matlan Marjan, Faridzuan Che Hamid, P. Ravindran, Karim Pin dan ramai lagi.

 

Punca gejala ini berlaku menurut bekas Naib Presiden FAM, Allahyarham Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, bukanlah disebabkan oleh masalah gaji atau taraf hidup para pemain, tetapi oleh keinginan untuk kemewahan, sikap tamak dan faktor-faktor lain yang mendorong pemain seperti pengaruh rakan sepasukan dan tawaran kewangan.

 

Walaupun FAM memberi pengampunan kepada pemain yang pernah dihukum pada tahun 2016, persoalan tentang rasuah dalam bola sepak masih relevan hari ini.

 

Kes-kes rasuah yang berlaku selepas tahun 1994, seperti pada tahun 2014 di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa kesedaran tentang masalah ini masih penting untuk dikekalkan.

 

Bukannya saya nak menyatakan bahawa Faisal Halim dan Akhyar Rashid terlibat dengan kes sebegini. Tetapi insiden yang menimpanya ini sedikit sebanyak mengimbau sebuah lagi detik hitam sejarah bola sepak Malaysia SATU KETIKA DAHULU.

 

Pihak polis juga menafikan dakwaan kes serangan ini berkaitan dengan bookie yang mengatur keputusan perlawanan.

 

Saya berharap pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan berharap akan memberkas dalang disebalik kekacauan ini.

 

Ikon bola sepak Malaysia inilah yang menjadi sinar harapan kepada rakyat untuk kembali berharap semula kepada industri bola sepak kita.

 

Mickey & Mat Yat, kami rakyat Malaysia doakan anda cepat sembuh!

 

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply