Baru-baru ini, protes anti-perkauman berlaku di seluruh dunia termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat sebagai bantahan terhadap kem4tian mendiang George Floyd. Dan dalam sesetengah protes, ada yang bertindak menanggalkan atau merosakkan patung-patung tokoh yang ada kaitan dengan perkauman atau perhambaan.
Salah satu patung yang mahu dirosakkan atau ditanggalkan peserta protes ialah patung negarawan British, Winston Churchill. Tindakan mereka ini mengundang kemarahan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menerusi ciapan-ciapan Twitternya:
Ya, Churchill bertanggungjawab menyelamatkan Eropah dari musibah tirani N4z1 Jerman. Tetapi tidak ramai tahu, Churchill juga sebenarnya mempunyai pandangan perkauman tegar membabitkan banyak isu dari isu India dan Mahatma Gandhi sehinggalah isu Palestin sendiri.
Balfour
Contoh paling mudah, Deklarasi Balfour 1917. Semasa menandatangani perjanjian tersebut, Perdana Menteri Britain ketika itu David Lloyd George menyifatkan sokongan Zionis penting bagi meraih sokongan Amerika Syarikat menyertai P3rang Dunia Pertama (WWI).
Semasa disoal Suruhanjaya Peel pada tahun 1937, Lloyd George berkata, “Pemimpin-pemimpin Zionis berjanji mereka akan melakukan yang terbaik untuk meningkatkan sentimen orang Yahudi dan menyokong perjuangan pihak Bersekutu dengan syarat Britain bersimpati dengan usaha mereka menubuhkan pentadbiran Yahudi di Palestin.”
Lloyd George menambah, “Amat penting meraih sokongan Yahudi kerana pada tahun 1917, tiada divisyen-divisyen t3ntera Amerika di barisan hadapan, di parit-parit dan kami percaya pada ketika itu kedua-dua negara percaya sebarang bentuk kerjasama atau permusuhan terhadap orang Yahudi boleh menghasilkan perbezaan yang signifikan.”
Dalam sesi yang sama, Churchill menambah, “Zionisme menjadi pilihan kerana ia boleh menukar terus sokongan orang ramai di Amerika dan dari situ, meraih kelebihan besar dalam p3p3rangan itu.”
‘Kami berhak bertindak keras’
Namun, jawapan dua negarawan British itu terhadap Suruhanjaya Peel mengundang rasa kurang senang ahli suruhanjaya Horace Rumbold. Rumbold pernah berkhidmat sebagai duta Britain ke Jerman selama lima tahun dan pernah memberi amaran bahaya yang bakal dibawa Parti Sosialis Kebangsaan (N4z1) dan pemimpin mereka, 4d0lf H1tl3r.
Rumbold mempersoalkan logik Lloyd George dan Churchill berkenaan polisi Zionis dan melihat patutkah Palestin diberi hak kemerdekaan mengikut lunas undang-undang British. Namun, Churchill dengan tegas menjawab apabila Palestin jatuh ke tangan British pada tahun 1917, maka kerajaan harus memenuhi komitmen yang digariskan dalam Balfour 1907.
Walau bagaimanapun, jawapan Perdana Menteri Britain semasa P3rang Dunia Kedua (WWII) itu mengundang skeptisme dalam diri ketua suruhanjaya, William Peel. Peel menyifatkan keputusan memberi hak negara kepada orang Yahudi sebagai sesuatu yang aneh apatah lagi orang Yahudi bukan kaum majoriti di Palestin.
Churchill menambah, mereka (kerajaan) mempunyai hak untuk bertindak keras untuk menyokong kekuasaan mereka. Tetapi kesabaran beliau semakin tercabar apabila lebih ramai saksi dipanggil memberi keterangan di hadapan suruhanjaya.
Pertama, sejarawan Reginald Coupland. Coupland memberitahu suruhanjaya warga-warga British pasti tertanya-tanya mengapa orang Arab Palestin dinafikan hak menubuhkan negara dan mengapa Britain beria-ia menentang mereka hanya kerana mahu memenuhi janji dengan orang Yahudi. Sentimen ini dikongsi oleh Peel terhadap Churchill.
Kedua, bekas pegawai koloni British Raj (nama jajahan Britain kepada India), Laurie Hammond. Hammond memberitahu suruhanjaya walaupun taktik British tidaklah sek3jam taktik Benito Mussolini di Ethiopia pada tahun sama, tetapi ia masih membawa kepada kemusnahan perkampungan dan bandar. Antara contoh yang dikemukakan beliau ialah kemusnahan Pelabuhan Jaffa pada Februari 1937 oleh Britain.
Churchill yang semakin hilang sabar diasak suruhanjaya akhirnya dengan lantang berkata, “Saya takkan mengakui orang yang busuk hati mempunyai hak terhadap tanahnya walaupun dia telah berada di situ selama bertahun-tahun.” Beliau juga turut menafikan ketidakadilan yang menimpa warga asli India di Amerika atau Aboriginal di Australia sambil menyifatkan mereka digantikan oleh bangsa lebih berkualiti tinggi.
Sedekad kemudian, negara haram Israel ditubuhkan pada tahun 1948 dan bermulalah semua bentuk kek3jaman terhadap warga Palestin sehingga hari ini. Tetapi bila perkara ini dibangkitkan di Parlimen pada Januari 1949, Churchill menyifatkan golongan Arab Palestin yang dibantai rejim Zionis sebagai Arab yang baru datang semasa tempoh pemerintahan Britain selama 25 tahun dan bekerja mengikut syarat-syarat mereka ketika itu.
Senang cerita, kenyataan biadab Churchill itu seolah-olah menggambarkan beliau mencuci tangan dari apa yang berlaku ketika itu. Namun, kenyataan beliau dibidas Setiausaha Luar British, Ernest Bevin.
“Menghalau orang-orang miskin dan tak berdosa keluar dari kediaman mereka tidak kira sama ada di Jerman oleh H1tl3r atau mana-mana pihak ialah satu jenayah dan kita harus bersatu menghentikannya sekiranya mampu.”
RUJUKAN:
Suarez, Thomas. (2020). Winston Churchill’s racist legacy in Palestine. The Electronic Intifada. https://electronicintifada.net/content/winston-churchills-racist-legacy-palestine/30481
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih