Di dalam filem Titanic, sebuah rantai yang diberi nama Heart Of The Ocean menjadi subjek di dalam filem tersebut. Menurut cerita, rantai itu dimiliki oleh Raja Louis XVI dan terb3lah dua. Rantai itu kemudian dibeli oleh Hockley untuk dibuat sebagai hadiah untuk tunangnya, Rose. Rantai ini kemudian bersemadi di dasar laut Atlantik buat selamanya.
Tapi, sebenarnya rantai Heart Of The Ocean ini sebenarnya fiksyen sahaja dan diinspirasikan dari sebuah rantai yang bernama Hope Diamond. Hope Diamond merupakan rantai bertatah berlian yang paling mahal pada ketika itu dan khabarnya rantai ini disumpah dan sesiapa yang memilikinya akan menerima nasib kurang baik.
Oh ya, walaupun rantai berlian Hope Diamond ini menginspirasikan rantai Heart Of The Ocean, kesemua pemilik rantai Hope Diamond ini tidak pernah meminta untuk dilukis seperti gadis Perancis. (Draw me like one of your french girls)
Rantai berlian biru Hope Diamond ini berasal dari tapak perlombongan Kollur di India. Pemilik pertama rantai ini ialah Jean Baptiste Tavernier, seorang pedagang berlian yang sering berulang-alik dari Perancis ke India.
Legenda mengatakan Tavernier mencuri batu berlian ini dari sebuah kuil yang mana batu itu merupakan salah satu mata dewa kuil tersebut. Penjaga kuil itu mengatakan sesiapa yang memiliki rantai ini, hidupnya takkan pernah aman.
Tavernier pulang semula ke Perancis dan berjaya menjual rantai itu. Dari sinilah sumpahan itu bermula.
Ketika pemerintahan Raja Louis XVI juga, seorang teman rapatnya, Nicols Fouquet sering memakai rantai ini ketika majlis-majlis rasmi.
Namun, tidak lama kemudian, beliau mula tidak disenangi oleh raja dan diperintahkan untuk dibuang negara. Raja Louis kemudian mengubah fikiran kepada hukuman p3nj4r4 selama 15 tahun di Kubu Pignerol.
Rantai ini kemudian diwariskan kepada Raja Louis XIV dan isterinya Marie Antoinette dan seperti yang tercatat di dalam sejarah, raja ini digulingkan dan dipengg4l kepalanya dan rantai ini dirampas. Rantai ini disimpan di dalam sebuah gudang namun dicuri kerana kawalan yang lemah
Tidak lama sebelum Marie Antoinette dihvkvm mati, salah seorang temannya, Puteri Maire-Louise dari Lamballe juga sering memakai rantai ini. Malangnya, beliau dibvnuh oleh perusuh dan kepalanya dihent4k menggunakan tukul.
Pada 1839, seorang pegawai bank, Henry Phillip Hope memiliki rantai ini dan dari sinilah rantai Hope Diamond mendapat nama. Beliau kemudian meninggal dunia pada tahun yang sama dan diwariskan kepada ahli keluarganya sehinggalah ke cicitnya, Francis Thomas Hope.
Francis Thomas kemudian berkahwin dengan seorang penyanyi, Mae Yohe. Namun, perkahwinan mereka tidak bahagia. Tabiat Francis yang suka berfoya membuatkan ekonomi mereka hampir bankrap. Pada tahun 1900, isterinya meninggalkannya dan menjalinkan hubungan dengan seorang kapten, Kapten Putnam Bradlee.
Pada 1901, Francis menjual rantainya Adolph Weil dan setahun selepas itu, beliau diisytihar bankrap dan kehilangan kakinya semasa memburv. Francis akhirnya m4t1 dalam kemiskinan pada 1941.
Adolph Weil dikatakan menjual rantai tersebut kepada Salomon Habib, seorang pedagang dari Turki dan akhirnya dijual kepada Putera Ivan Kanitowsky untuk diberikan kepada kekasihnya, Lorens Ladue.
Ketika kali pertama Lorens memakai rantai tersebut semasa persembahan, beliau telah dit3mb4k oleh salah seorang penonton yang berada di situ. Beberapa minggu kemudian, Putera Ivan dibvnvh oleh puak revolusioner Russia di Paris.
Sejak itu, rantai Hope Diamond ini mula dikatakan berpuaka dan terpampang di media-media cetak di Amerika. Rantai Hope Diamond juga dikatakan pernah dimiliki oleh Sultan Abdul Hamid beberapa tahun sebelum beliau dijatvhkan.
Sultan Abdul Hamid memberikan rantai ini kepada Salma Zubayaba dan dijaga oleh Kulub Bey, penjaga harta baginda sendiri. Beberapa bulan kemudian, Salma dit1kam sehingga m4t1 oleh seorang pencuri yang cuba mencuri rantai ini.
Pencuri itu kemudian berjaya dit4ngk4p oleh Kulub Bey dan diseks4 perlah4n-lah4n sehingga m4t1. Kulub Bey juga menerima nasib yang sama. Tidak lama selepas Sultan Abdul Hamid dijatuhkan, beliau dc3kik oleh puak revolusioner sehingga m4t1
Rantai Hope Diamond akhirnya dijual kepada oleh Phillipe Cartier,seorang peniaga permata yang memiliki firma di New York, London dan Paris. Phillip menjual rantai tersebut kepada seorang hartawan bernama Evalyn Mclean.
Pada mulanya, Evalyn tidak mempercayai mengenai sumpahan Hope Diamond ini. Namun, tidak lama selepas beliau memilikinya, beliau ditimpa pelbagai kesusahan. Pada mulanya, ibu mertuanya men1nggal dunia. Kemudian, anaknya m4t1 dilangg4r kereta dan suaminya, Edward menceraikannya dan hidup bersama wanita lain.
Evalyn menyimpan rantai ini hinggalah pada tahun 1949 dan dijual kepada Harry Winston. Dalam tempoh 10 tahun, Hope Diamond ini telah dipamerkan di dalam pelbagai pertunjukan sebelum didermakan kepada Smithsonian Institution.
Semasa dalam proses penghantaran ke Washington, James Todd bertanggungjawab untuk melakukan proses penghantaran tersebut dan beliau juga menjadi m4ngs4 sumpahan rantai ini.
Selepas sahaja selesai menghantar rantai ini ke Washington, Todd telah mengalami k3m4langan dan kakinya terbelah. Tidak lama kemudian, beliau terlibat lagi di dalam sebuah kem4l4ngan yang meragut ny4w4 isteri dan anaknya dan selepas itu, sebahagian besar rumahnya terbakar.
Walaupun rantai Hope Diamond ini dikatakan berpuaka, sejak ia diletakkan sebagai bahan pameran di Smithsonian Instituition, rantai ini telah menarik perhatian jutaan pelawat untuk datang ke tempat tersebut. Kini, rantai Hope Diamond ini diletakkan sebagai pameran di Muzium Alam Semulajadi, Washington DC dan dianggarkan rantai ini berharga 250 Juta US Dollar.
RUJUKAN:
(n.d.). Retrieved December 30, 2020, from https://www.legendsofamerica.com/hope-diamond-curse/3/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih