Afrika Selatan hadapkan Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Afrika Selatan.

Macam mana Afrika Selatan boleh dakwa Israel?

Afrika Selatan dakwa Israel langgar Artikel II Konvensyen Genosid 1948 yang ironinya ditubuhkan selepas Holocaust.

Afrika Selatan failkan dokumen setebal 84 muka surat dengan mahkamah memperincikan tindakan yang dikatakan sebagai pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Afrika Selatan mintak kepada ICJ untuk halang Israel daripada teruskan jenayah diorang ni menggunakan langkah sementara untuk lindungi daripada kemudaratan yang lagi teruk akan jadi.

Reaksi Netanyahu?

Dia cakap yang Israel bertindak dalam cara yang paling bermoral.

Sempat lagi dia bela diri, katanya Israel tak berhasrat pun nak musnahkan atau menduduki Gazzah secara kekal.

Beberapa negara sokong dakwaan Afrika Selatan seperti Malaysia, Turki, Jordan, Bolivia, Maldives, Namibia, Pakistan, Columbia serta ahli-ahli Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).

Setakat ni, Kesatuan Eropah masih buat senyap, tetapi Israel dah nampak sokongan diorang akan datang dari pembekal senjatanya, Amerika Syarikat.

Walaupun Kesatuan Eropah buat senyap, Sepanyol, Belgium dan Ireland membela nasib rakyat Palestin.

Kes ni akan ambil masa bertahun-tahun untuk penelitian. Kata pakar, mungkin kes ni akan ambil masa sehingga 3-4 tahun.

11 dan 12 Januari ni haritu jadi sebutan pertama kes ni di ICJ.

Hari sebutan kes, Israel bela diri dengan alasan Afrika Selatan “abaikan” peristiwa 7 Oktober dan bahawa Israel ada hak untuk mempertahankan dirinya.

Selain tu, diorang tuduh Afrika Selatan ada hubungan rapat dengan Ha-Mim-Sin.

Israel menyalahkan Ha-Mim-Sin kerana jumlah orang awam yang tinggi di Gazzah dan tegaskan bahawa Israel tak bom hospital.

Israel dakwa diorang yang memudahkan bantuan kemanusiaan.

Gilad Noam, timbalan peguam negara Israel bagi hal ehwal antarabangsa, membentangkan hujah akhir Israel.

Dia berhujah yang Ha-Mim-Sin dianggap sebagai organisasi pengganas oleh Israel dan negara lain serta Ha-Mim-Sin dah buat “serangan pengganas berskala besar”.

Bagaimana dari pihak Afrika Selatan?

Kita boleh ambil beberapa point daripada kata-kata Menteri Kehakiman Afrika Selatan Ronald Lamola.

Israel gagal untuk menyangkal kes yang didakwa Afrika Selatan.

Israel pilih untuk tumpukan perhatian kepada peristiwa 7 Oktober.

Afrika Selatan tak abaikan pun peristiwa ni seperti yang didakwa Israel.

Tapi kata beliau, mempertahankan diri bukanlah jawapan kepada pembunuhan beramai-ramai. Tiada apa-apa pun boleh membenarkan pembunuhan beramai-ramai.

Oleh: Azizul Farhan

___

Nak tau krisis apa yang berlaku di seluruh dunia? Jawapannya ada dalam siri Dunia Tanpa Tembok. Dapatkan segera!

https://shope.ee/5V6BFhsNqi
https://shope.ee/509ueoOgIc
https://shope.ee/6pbYqChURS


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply