Bumi Malaysia memang kaya dengan sejarah yang boleh dikaji secara arkeologi. Suatu masa dahulu, tanah ini pernah dibakti manusia prasejarah yang hidup dengan nilai dan seni tersendiri. Kehidupan mereka diteliti melalui fosil atau tinggalan tertentu. Dan pada tahun 2017, saintis menemui fosil seorang wanita yang lama tersembunyi di Guar Kepah. Kalau tengok peta, boleh kata logik juga Guar Kepah ada manusia prasejarah. Kawasan ini terletak berhampiran dengan Sungai Muda, yang mengalir membawa rahmat bagi golongan dahaga dan lapar.
Wanita Penang ini ditemui dalam tanah di bawah timbunan cangkerang. Menarik kalau tengok balik, ‘guar’ adalah sebuah bukit atau gundukan (timbunan). Manakala ‘kepah’ pula semua tahu adalah haiwan bercangkerang. Dan Guar Kepah pula ada tiga tapak arkeologi timbunan cangkerang dilabel Guar Kepah A, Guar Kepah B dan Guar Kepah C. Dari zaman penjajahan British lagi, Guar Kepah sudah menjadi kiblat arkeologi di Tanah Melayu (Mokhtar, 2008).
Timbunan cangkerang ini berpunca barangkali daripada orang-orang kampung Cina yang membakar limau bersama kerang seperti diperhati penjelajah George W. Earl pada tahun 1860. Semua cangkerang dihimpun tanpa isi. Namun ada juga pendapat menyatakan cangkerang ini dihimpun secara semulajadi, yakni tempat terakhir kerang dalam laluan air. Mana satu yang betul – itu tidak penting. Yang penting sekarang adalah Wanita Penang, satu-satunya manusia prasejarah daripada Zaman Neolitik ditemui pula berhampiran timbunan cangkerang… selepas berzaman saintis menemui peralatan batu, tembikar, perhiasan dan sebagainya.
Penemuan ini membolehkan semua orang imbau balik zaman keagungan Melayu, bangsa yang tinggi nilai ketamadunannya. Maka kami menyediakan kalian buku KITAB TAMADUN MELAYU, yang menjadi jendela merentasi masa untuk kalian baca nilai-nilai ketamadunan sebuah bangsa bernama Melayu. Link pembelian: https://bit.ly/3AhueXE
Umur Wanita Penang barangkali 40 tahun sebelum menemui ajal pada zaman 5,700 tahun yang lalu. Dia diberi pengebumian yang berlandaskan budaya pada masa itu (Shahidan, et al., 2018). Kerana rangkanya berada dalam keadaan cangkung. Kecuali beberapa tulang kecil yang hilang barangkali ditelan zaman. Ketika penemuan, nama saintifiknya adalah GKph2017.
Gandingan Bersama Universiti Tempatan
Tengkorak Wanita Penang dibawa ke Kota Bharu untuk imbasan tomografi (CT scan). Situ ada Universiti Sains Malaysia yang memiliki sebuah hospital berjabatan radiologi. Imbasan ini senang kata untuk membina model 3D. Jadi dengan adanya model 3D, mereka sudah tidak perlu guna tengkorak sebenar untuk kajian. Rujuk 3D saja, sekali gus selamatnya sumber asli sejarah ini.
Asal dapat saja model 3D, saintis tidak tunggu lagi. Mereka membawa maklumat tomografi daripada 34 orang Melayu. Kemudian mereka mula mencipta wajah Wanita Penang, berdasarkan maklumat 34 orang Melayu ini. Nampak bentuk tulang pipi sama saja, terus dapat pipi macam salah seorang daripada 34 yang dirujuk. Tulang rahang sama macam orang lain, terus mereka letak bentuk rahang daripada orang tersebut.
Melalui kaedah ini, mereka berjaya mencipta wajah Wanita Penang. Hasil kerja ini memang rumit. Macam-macam benda kena buat. Bukan setakat ‘copy paste’ semata-mata, kerana rupa paras manusia tidak bergantung pada tulang semata-mata. Tetapi saintis yakin, mereka berjaya membuat lakaran paling tepat sebagai wajah Wanita Penang.
Kena ulang semula – ini adalah lakaran paling tepat, maksudnya memang ada ‘room for error’ yang sangat minimum. Jelas sekali dunia sains menghubungkan semua bidangnya dalam suatu tautan ilmu, yang bersangkut paut dengan sejarah. Dan penemuan ini sekurang-kurangnya membolehkan semua orang lihat rupa paras manusia prasejarah yang pernah mendiami bumi Guar Kepah.
RUJUKAN:
Mokhtar, S. (2008). Arkeologi: Penempatan Awal di Seberang Perai dan Pulau Pinang. University Sains Malaysia. Halaman 1-18.
Shahidan, S., et al. (2018). Guar Kepah: Evidence of Neolithic Burial in Shell Mound (In Malay). Melayu J. Antarabangsa Dunia Melayu. 11: 231-251.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih