Pada tahun 1578, sekumpulan penanam anggur menemui sebuah katakom era Rom berhampiran Via Salaria. Katakom itu menempatkan antara 500,000 hingga 750,000 rangka, setengah daripadanya ma-ti dibu-nuh dalam kempen anti-Kristian[1] yang digerakkan pihak Rom. Bagi pihak gereja, penemuan ini dianggap durian runtuh kerana boleh mengembalikan semula imej Roman Katolik yang pudar pada ketika itu.
Ini kerana rangka-rangka pej-uang ini boleh membantu meningkatkan minat orang ramai terhadap Roman Katolik. Ini sekaligus menjejaskan sokongan mazhab Protestan yang mendapat sokongan kerana berjuang di atas landasan reformasi gereja.
Bukan satu rahsia dua mazhab ini saling bertentangan antara satu sama lain termasuk dalam kalangan negara.[2] Selain itu, dengan mendapatkan rangka-rangka ini, inilah peluang bagi negara-negara yang kaya menonjolkan aspek kedudukan mereka dalam hal ehwal keagamaan.
Untuk mendapatkan rangka-rangka pej-uang ini, gereja tempatan boleh saja membeli secara terus dengan Vatican City atau melalui derma figura-figura berstatus hartawan. Dalam sesetengah kes, ada hartawan yang membeli rangka untuk ditambah dalam koleksi peribadi mereka. Bila rangka sudah diperoleh, ia akan dipamerkan dengan tujuan melindungi kariah, komuniti atau keluarga pemilik. Begitupun, jika rangka tidak diperoleh, maka sebahagian anggota seperti tul-ang rusuk atau teng-korak sudah mencukupi.
Bagaimanapun, usaha mengenalpasti rangka yang dikatakan pej-uang Kristian bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana dalam katakom tersebut, terdapat juga rangka individu beragama pagan dan Yahudi. Satu cara yang digunakan ialah mengenalpasti tanda M pada rangka. Menurut pihak gereja, M bermaksud mar-tyr (pej-uang) tetapi ramai melihat ia berkemungkinan merujuk kepada nama rangka seperti Marcus.
Selain itu, pihak gereja percaya rangka pej-uang ini boleh dikenalpasti menerusi pancaran cahaya yang berkilat, bau wangi dan sedimen kering pada rangka sebagai bukti rangka itu rangka pej-uang. Selepas dikenalpasti, barulah gereja menentukan identitinya sebelum memberi gelaran rasmi kepada mereka.
Bagi mana-mana gereja yang mempunyai rangka pej-uang di premis mereka, ia dianggap pembawa tuah kepada mereka. Justeru, bukan rahsia banyak bayi yang dilahirkan di sesebuah kawasan diberi nama sempena santo pej-uang mereka dan menjaga keselamatan mereka. Di samping itu, sesetengah gereja turut menyimpan sebuah buku yang merekodkan peristiwa ajaib yang berlaku di premis mereka sejak rangka tersebut ditempatkan di tempat mereka.
Memandangkan rangka pej-uang dianggap relik suci kepada pihak gereja, maka ia perlu dicantikkan agar kelihatan menarik semasa dipamerkan. Kerja mencantikkan rangka memakan masa tiga tahun termasuk mengenakannya dengan pakaian yang dibuat khas oleh biarawati-biarawati sesebuah gereja.
Kain yang dipilih bukan saja besar tetapi berkualiti tinggi. Kain sebegini dipilih bagi mengelak habuk terkumpul pada bahagian kain dan pada masa sama memastikan rangka kekal bersama sepanjang proses pencantikkan dibuat. Ada teng-korak yang digantikan dengan teng-korak yang diperbuat daripada lilin dan ada juga yang dibentuk bagi menampakkan ekspresi gembira.
Selepas itu, barulah rangka dihias dengan pakaian yang indah, barang kemas dan batu permata yang mahal. Kemudian, ia diatur mengikut posisi yang sesuai sebelum dipamerkan kepada umum. Biasanya, rangka-rangka pej-uang diatur oleh kumpulan biarawan/biarawati yang berbeza tetapi identiti mereka dirahsiakan oleh pihak gereja.
Selama beberapa abad, ia menjadi tarikan pengunjung. Tetapi semua itu berakhir pada abad ke-18 apabila beberapa pemerintah Eropah yang bersifat progresif mula memandang rangka-rangka ini dari sudut negatif. Salah seorang daripada mereka ialah Maharaja Joseph II dari Austria. Joseph II melihat rangka-rangka ini sebagai perosak komuniti dan mengarahkan semua rangka dikumpul dan dimus-nahkan.[3]
Bagi ramai penduduk, mereka merasa sedih dengan tindakan baginda kerana santo-santo ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka selama beberapa generasi. Selepas semua rangka dimus-nahkan, barang kemas yang digunakan diambil oleh pihak berkuasa. Untuk menyelamatkan sesetengah relik ini, ada yang memutuskan ia disimpan dan disembunyikan agar tidak mengalami nasib sama.
Selepas tempoh tersebut, rangka-rangka yang terselamat dipamerkan semula kepada orang ramai dan terus menarik perhatian sehingga hari ini. Boleh lihat contoh rangka pej-uang Kristian ini di bawah:
Bagi penulis Paul Koudounaris, rangka-rangka ini selayaknya diletakkan di bawah sub-kategori seni unik. Ini kerana untuk menghasilkan dan membentuk rangka ke bentuk yang dilihat hari ini memerlukan kemahiran yang tinggi. Dan dia percaya identiti mereka sebagai santo akan diketepikan kerana ramai lebih mengagumi hasil kerja para biarawan/biarawati ini.
NOTA KAKI:
[1] Semasa agama Kristian muncul pada abad pertama Masihi, penganutnya digelar murtad kerana enggan menyembah dewa-dewi Rom seperti Apollo dan Venus. Akibatnya, kempen penindasan dan pembu-nuhan digerakkan bermula dari era Maharaja Nero sehingga era Maharaja Valerian. Kempen berakhir apabila pengganti Valerian, Gallienus mengarahkan semua bentuk penindasan dihentikan pada tahun 260 Masihi.
[2] Per-ang agama di Eropah ialah Per-ang Reformasi/Per-ang Anti-Reformasi membabitkan negara-negara Roman Katolik dan negara-negara Protestan. Per-ang tercetus apabila pengasas fahaman Lutheran, Martin Luther disingkirkan pihak gereja sekaligus mencetuskan konflik antara Roman Katolik dengan gereja-gereja yang dianggap menyeleweng. Per-ang ini berlangsung selama tiga abad dan hanya berakhir pada 1710-an.
[3] Maharaja Austria yang memerintah dari 1765 hingga 1790. Bertanggungjawab memperkenalkan reformasi moden di negaranya tetapi gagal dilaksanakan berikutan mendapat tentangan sengit ramai pihak baik dalam dan luar Austria. Mangkat pada usia 48 tahun.
RUJUKAN:
C, K. (2016). The Macabre, Bejeweled Skeletons of the Catacomb Saints. Ancient-Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih