Baru-baru ini, sekumpulan pakar arkeologi Jerman membuat satu penemuan aneh di sebuah perkuburan Zaman Pertengahan di Knittlingen, Jerman. Kumpulan pakar dari Pejabat Arkeologi dan Pemuliharaan Monumen Negeri, Majlis Wilayah Stuttgart menemui rangka seekor kuda yang telah dipenggal dalam kubur seorang kesatria yang berusia 1,400 tahun.

Dengan melihat Knittlingen dan kawasan sekitarnya, kawasan itu pernah menjadi sebahagian jajahan takluk kerajaan Merovingian. Merovingian merupakan sebuah dinasti Frankish yang memerintah dari 450 hingga 751 Masihi dan menguasai sebahagian besar Perancis dan Eropah Tengah.

Pakar arkeologi Dr Folke Damminger percaya kuda yang dipenggal ini merupakan sebahagian daripada harta milik kesatria itu yang ditanam bersamanya. Selain rangka kuda yang dipenggal, pasukan pengkaji turut menemui sebilah pedang bermata dua yang dipanggil spatha dan sebilah lembing. Bagaimanapun, lokasi kepala kuda tersebut masih tidak diketahui.

Rajah 1: Rangka kesatria yang ditemui bersama spatha dan lembing. Sumber: Pejabat Arkeologi dan Pemuliharaan Monumen Negeri, Majlis Wilayah Stuttgart/Folke Damminger

Kawasan perkuburan lama yang terletak di barat Knittlingen ini ditemui pada 1920 semasa kerja-kerja pembinaan landasan keretapi dijalankan di situ. Bagaimanapun, projek tersebut dibatalkan susulan penemuan kawasan perkuburan berkenaan.

Dr Damminger percaya kesatria ini merupakan sebahagian daripada rantaian perintah Dinasti Merovingian dengan raja sebagai ketuanya. Ini bermakna sekiranya pemerintah Merovingian terlibat dalam sebarang aktiviti ketenteraan, maka kesatria itu wajib mengikutinya ke medan perang. Disebabkan statusnya sebagai kesatria dan bangsawan, kerja-kerja aktiviti pertanian yang diusahakan di tanahnya dibuat oleh para pekerja.

Dr Damminger juga percaya aturan rangka kuda dalam kubur kesatria itu dibuat atas arahan waris si kesatria. Ini bagi menonjolkan status sosialnya dan waris sebagai bangsawan. Selain itu, ia dapat memperkukuh dakwaan untuk mengekalkan gelaran bangsawan yang dikurniakan oleh pemerintah Merovingian kepada mereka.

Kubur kesatria era Merovingian bukan satu-satunya rangka yang ditemui di perkuburan Knittlingen. Daripada 110 buah kubur yang diekskavasi, sebahagian diberi upacara pengebumian ringkas, Manakala sebahagian lagi mempunyai ruang kubur yang besar dan diletakkan dalam keranda kayu.

Seperti kubur kesatria yang mereka temui, kebanyakan kubur kesatria dan tentera ditanam bersama senjata mereka seperti pedang, perisai dan kepala anak panah. Ada pula yang dikebumikan bersama barangan mewah seperti penemuan kerongsang emas dalam kubur seorang wanita. Selain barang kemas mahal, mereka turut menemui pisau, bekas seramik, sikat dan mangkuk gangsa dipercayai bagi memenuhi keperluan si mati untuk mengharungi alam barzakh.

Rajah 2: Kerongsang emas yang ditemui dalam kubur seorang wanita di perkuburan lama Knittlingen. Sumber: Pejabat Arkeologi dan Pemuliharaan Monumen Negeri, Majlis Wilayah Stuttgart/Folke Damminger

Kebanyakan kubur yang ditemui disusun mengikut barisan kubur biasa. Tetapi bagi kubur golongan elit, mereka dikebumikan dalam sebuah parit berbentuk bulatan tanpa mengikut aturan. Menurut pasukan pengkaji, pengebumian untuk mereka jauh lebih mewah daripada golongan elit era akhir abad ketujuh. Dr Damminger berspekulasi ia berlaku sama ada kerana kemakmuran wilayah yang berkurangan atau cara pengebumian berbeza untuk golongan elit ketika itu.

Selain penemuan-penemuan era Merovingian, pasukan pengkaji turut menemui serpihan-serpihan seramik Zaman Neolitik yang bertarikh 5000 hingga 4500 SM. Ini menunjukkan pada masa silam, kawasan sekitar Knittlingen ialah kawasan petempatan lama yang subur.

Ketika ini, fokus pasukan pengkaji ialah mengkaji rangka kuda tanpa kepala dan tuannya. Ini bagi membolehkan mereka mengetahui punca kematiannya, usia sebenar si kesatria semasa kematiannya dan keadaan kesihatan semasa hayatnya. Kesemua penemuan di Knittlingen akan dibawa ke Rastatt, Stuttgart untuk kajian lebih lanjut.

RUJUKAN

Randall, I. (2022, 2 Februari). A-neigh-zing find! Mysterious headless HORSE skeleton is discovered in a medieval graveyard in Germany alongside the remains of its rider. Daily Mail.

Sumber gambar: Pejabat Arkeologi dan Pemuliharaan Monumen Negeri, Majlis Wilayah Stuttgart/Folke Damminger


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply