Pada tahun 1945, seorang lelaki Yahudi mengunjungi pekan Paneriai. Pekan ini bertempat di bandar Vilnius, Lithuania. Semasa Pe.rang Dunia kedua, ia dikenali sebagai lokasi pemban.taian 70,000 orang Yahudi di tangan Na.zi.
Lihat sepintas lalu, 70,000 memang satu jumlah yang besar. Tetapi jika kita pertimbangkan tempoh tiga tahun kejadian (1941-1944), ia membuatkannya tidak lebih dahsyat berbanding insiden di Rumbula dan Babi Yar. Di mana, masing-masing mera.gut lebih 25,000 nyawa dalam masa hanya dua hingga sepuluh hari.
Apapun, ini tidaklah bermaksud tra.gedi di Paneriari itu kecil. Kesannya cukup signifikan. Terutama di mata Abba Kovner, pemuisi besar di Eropah Timur. Sebab pertama, dia sendiri adalah orang Yahudi. Kedua, peristiwa itu berlaku tidak jauh dari tempat kelahirannya. Dan ketiga, dia memang seorang pembela yang lantas peristiwa ini membuakkan keinginannya untuk menuntut bela.
Sebagai kepilan, Kovner merupakan antara pengasas United Partisan Organisation. Yakni, pasukan penen.tang yang dianggotai oleh Yahudi-Lithuania. Mereka ini pernah mengundurkan ten.tera Jerman di Vilnius pada September 1943. Sebab itu dahulu ketika ralit berpe.rang, Kovner lantang dengan satu kata keramat, “Lebih baik ma.ti setelah berperih daripada ma.ti seperti kambing yang disem.belih.”
Namun sekarang, segalanya berubah. Di hadapan lubang tempat saudara sebangsanya dibu.nuh, Kovner bersumpah, “Enam juta nyawa dibalas enam juta nyawa.” Makna kata, dia mahukan pembalasan. Jika orang Yahudi boleh menjadi mang.sa tidak berdosa, mengapa tidak rakyat Jerman juga? Soalan itu memenuhi fikirannya.
Lantas, Kovner pun mulakan perancangan. Pertama-tama, dia menemu ramah beberapa orang mang.sa yang terselamat di Auschwitz. Tujuannya satu. Dia mahu dengar sendiri keke.jaman Jerman. Supaya nanti mudah dia menggembleng pasukan.
Kemudian dengan berbekalkan pengalaman, bakat kepimpinan dan sentimen pembalasan, Kovner berhasil mengumpulkan kira-kira 50 orang Yahudi bagi membantunya melaksanakan misi. Mereka ini dinamakan sebagai Nakam, bermaksud ‘den.dam’. Ia merupakan variasi bagi nama kumpulan gerila yang dipimpinnya dahulu, iaitu Nokmim (‘avengers’ atau ‘penuntut bela’).
Ikutkan, rancangan Nakam agak ringkas. Dalam banyak-banyak kaedah yang boleh diambil untuk melakukan pembu.nuhan massa, mereka memilih untuk mera.cun bekalan air di bandar-bandar Jerman. Sasaran paling utama ialah Nuremberg – bandar kelahiran Na.zi.
Di atas kertas, memang jalan inilah yang paling mudah. Ia tidak memerlukan kekuatan ten.tera. Sumber yang ditagih pun tidak banyak. Memadai hanya tiga elemen utama; bahan kimia yang cukup bera.cun, ejen yang mampu menyelu.dup bahan tersebut, dan rangkaian sokongan yang lengkap.
Jadi sebagai langkah pertama, Kovner mengutus beberapa orang ahli Nakam untuk mengumpulkan maklumat. Terutama maklumat yang bakal memudahkan kerja-kerja menyelinap.
Sambil itu, sementara menantikan maklumat, Kovner sendiri pergi ke Palestin yang ketika itu berada di bawah pentadbiran British. Tujuannya ke sana adalah untuk mendapatkan bekalan bahan kimia yang diperlukan.
Ketika sampai di pintu masuk sempadan, dia sempat dita.han sebelum dibebaskan. Sejurus bebas, Kovner cuba mengadakan rundingan dengan dua kumpulan – Yishuv (komuniti Yahudi di Palestin) dan pasukan ten.tera tempatan seperti Notrim (polis Yahudi) dan Haganah (ten.tera Zionis). Menerusi kedua-duanya, Kovner jelas mahu dapatkan bekalan dan masa sama lindungan keselamatan.
Sepanjang berada di Palestin itu juga, dia berusaha mendapatkan beberapa orang sukarelawan bagi menambah bilangan ahli. Kalau hendak diikutkan, perjuangannya memang mendapat sokongan oleh Yahudi di Palestin. Tetapi, tidak ramai pun yang menghulurkan bantuan.
Sebab itu, pembalasan den.dam oleh Nakam ini boleh dikatakan tidak mewakili aspirasi seluruh umat Yahudi – khususnya mereka yang sudah berada di bumi Palestin.
Lagipula, bahan kimia yang diperlukan oleh Kovner hampir gagal didapatkan kalau bukan dengan bantuan Hebrew University pada Disember 1945. Institusi itu turut membekalkannya sejumlah dana dalam bentuk emas.
Lantas, Kovner bergegas menaiki sebuah kapal yang dijadualkan menuju ke Perancis (dan dari Perancis dia bakal kembali ke Vilnius). Segala barang dimuatkan ke dalam beg sandang. Kejayaan pun mula terbayang. Namun bak kata pepatah, “Panas disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.”
Gerak-geri Kovner rupa-rupanya sudah lama diperhatikan oleh pihak berautoriti. Justeru di situ dan pada saat itu juga, namanya dipanggil menerusi sistem pembesar suara kapal. Demi menjaga rahsia, Kovner terpaksa membuang segala isi begnya sebelum menyahut panggilan tersebut.
Tindakan itu memang berjaya menyelamatkan rancangan Nakam dari terbongkar. Namun, Kovner masih tetap ditang.kap dan dipen.jara selama dua bulan. Ini lantaran dia disyaki membantu pergerakan Haganah yang justeru membangkitkan syak-wasangka British.
Pena.hanan Kovner bermaksud rancangan asal Nakam terpaksa dibatalkan. Kovner sendiri menghantar pesanan kepada pasukannya supaya menjalankan pelan B. Pelan B tidaklah sebesar pelan A.
Ini kerana ia cuma menyasarkan pegawai dan ten.tera Jerman yang berkawal di kem-kem ta.hanan – langsung tidak menje.jaskan rakyat awam Jerman. Erti kata lain, tiada lagi “enam juta dibalas enam juta.”
Sa.saran utama mereka bagaimana pun masih sama. Modus operandi pun relatif sama. Idea mera.cun sumber air memang ditinggalkan. Tetapi kaedah mera.cun masih dikekalkan.
Kali ini, mereka menumpu kepada kedai-kedai roti yang membekalkan secara terus kepada kem-kem ta.hanan yang menempatkan ramai pegawai tinggi Jerman. Berminggu-minggu juga Nakam menyelinap ke dalam kedai roti Jerman bagi memasukkan ra.cun yang dihasilkan oleh makmal kelolaan Yahudi ke dalam roti.
Mulanya, mereka ingin mera.cun 14,000 bungkus roti sekali gus. Namun dek kerana kekangan sumber, mereka hanya dapat berpuas hati dengan 3,000 bungkus yang disiapkan pada April 1946.
Kira-kira 2,300 orang pegawai Jerman jatuh sa.kit akibat roti-roti tersebut, dengan 200 daripadanya mengalami kera.cunan serius. Namun, tiada satu pun kema.tian dilaporkan lantaran ra.cun yang dibubuh tidak cukup mema.tikan. Ini sekali gus bermaksud Nakam gagal dalam kedua-dua rancangannya, yang lantas ia pun dibubarkan.
Kemudian, berikutan penubuhan negara (ha.ram) Israel pada 1948, ramai orang Yahudi di Eropah yang dahulu menyimpan impian mahu membalas den.dam terhadap Jerman mula berubah fikiran.
Mereka lebih menumpu pada usaha melindungi negara baru mereka. Antaranya termasuklah Abba Kovner sendiri, yang menyertai Israeli Defence Forces (IDF) dan terlibat dalam Pe.rang Arab-Israel 1948 sebelum mening.gal dunia pada tahun 1987.
RUJUKAN:
Piper, Grant. (2021, 15 September). The Jewish Plot to (ditapiskan) Millions of Germans as (ditapiskan) for the (ditapiskan). History of Yesterday.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih