Kalau berbicara tentang pembvnvhan beramai-ramai berkaitan Jerman, semestinya nama Yahudi sahaja yang bermain di minda.
Dalam peristiwa Shoah, dianggarkan 5.75 juta hingga 6 juta orang dibvnvh yang mana dua-pertiga daripadanya ialah Yahudi (Berenbaum, 2006).
Tetapi ini hanyalah sepotong daripada bulatan kek penuh yang dirancang seorang penguasa begitu tebal kebenciannya. Jika nasib pep3rangan tidak beralih ke tangan Soviet, nescaya lebih besar dosa Jerman pada bumi ini.
Heinrich Himmler telah diamanahkan pucuk kepimpinan Jerman untuk mengimarahkan satu pendekatan bagi wilayah-wilayah baru ditaklvki.
Kerajaan Berlin menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menguasai wilayah sedemikian.
Dan suruhanjaya ini mempunyai beberapa tanggungjawab seperti infrastruktur awam, perancangan ruang dan paling utama sekali pembersihan etnik.
Jerman berjaya membentuk suruhanjayanya di Belarus dan Ukraine.
Sebahagian daripada Rusia pula berada di tangannya, iaitu daripada sempadan Belarus ke Leningrad dan sekitar 30 kilometer daripada Moscow. Kawasan taklvkan Rusia ini dinamakan Ingria.
Bagi kawasan-kawasan ini, Himmler mempunyai satu solusi yang dinamakan Generalplan Ost iaitu Rancangan Besar Bagi Timur.
Himmler berusaha untuk melaksanakannya antara 1941 hingga 1945 dalam kehangatan pep3r4ngan di timur dan barat Jerman.
Tetapi penguatkuasaan penuh tidak dapat dilaksanakan, hanya secebis dan sebahagian sahaja. Selepas empat tahun tersebut, jutaan etnik Slavik telah dibvnvh melalui temb4kan, kebuluran, peny4kit dan buruh paksa.
Kalau bukan kerana pep3r4ngan, tentu sekali Generalplan Ost ini akan dilaksanakan secara sepenuhnya (Fernández, 2020).
Malah etnik lain pun tidak terkecuali. Barangsiapa yang bukan Jerman tentu sekali dihumban bersama, seolah-olah hanya Jerman sahaja yang berhak untuk hidup.
Rasionalisasi bagi Generalplan Ost berputik daripada dasar Lebensraum yang ditulis kerajaan Jerman.
Dasar tersebut memutihkan pengani4yaan besar-besaran atas alasan hvkvman terhadap golongan imperialis yang mengambil kesempatan atas kejatuhan Empayar Jerman (1871-1918).
Malah Generalplan Ost ialah satu langkah ke timur untuk mengembangkan ideology Jerman. Tetapi kekalahan Jerman di Stalingrad dibawah kepimpinan Georgy Zhukov telah mengubahkan segalanya.
Stalingrad ialah titik permulaan yang mengubah nasib Jerman. Pengunduran Jerman yang bermula daripada 2 Februari 1943 turut memberikan kesan di Leningrad yang operasi pengepvngan dibatalkan pada 27 Januari 1944. Dalam tempoh setahun ini Amerika Syarikat pula mendarat di Perancis. Dan Jerman tertangkap bagaikan tikus terperangkap.
Ini bermakna Generalplan Ost tidak dapat dilaksanakan secara sepenuhnya. Dan apabila rahang kiri dan kanan semakin menghampiri ke Berlin, rancangan ini dibatalkan terus.
Pertama sekali, Generalplan Ost memerlukan kos yang sangat besar. Dipercayai sebanyak 67 bilion marks diperlukan untuk menjayakannya, bersamaan ekonomi Jerman sendiri.
Berdasarkan draf di Berlin, Generalplan Ost terbahagi kepada dua fasa:
- Kleine Planung (Rancangan Kecil) yang akan diaturkan sepanjang tempoh pep3r4ngan.
- Grosse Planung (Rancangan Besar) yang diteruskan sehingga 30 tahun selepas kemenangan dalam pep3r4ngan.
Kedua-dua planung ini mewajibkan pembersihan etnik yang berjumlah ratusan jutaan orang di Eropah serta pengusiran 31 juta rakyat ke Siberia. Terdapat peratusan yang dikongsikan berkenaan berapa peratus etnik yang harus dihapuskan sekiranya Russia dan kawasan sekitarnya ditakluk.
80 peratus bangsa Poland akan dibersihkan, bangsa Russia pula dalam sekadar 60 peratus manakala sebahagiannya akan dihantar ke Siberia Barat. Etnik Belarus (75 peratus), Czeh (50 peratus), Ukranian (65 peratus) adalah angka-angka lain etnik yang akan dibvnuh oleh Nazi Jerman. Yang mana dipilih untuk kekal di kawasan tertentu, diwajibkan mengikuti proses Germanifikasi.
Sepertimana yang berlaku di Belarus dan Ukraine, maruah bangsa dipijak-pijak dengan kedatangan bahasa asing dibuat rasmi. Seberapa ramai dalam dua republik tersebut fasih berbahasa Jerman – tetapi perkara tersebut tidak dihiraukan.
Bahasa-bahasa tempatan hanya berfungsi pada lidah warga tempatan sahaja. Di atas kertas sepanjang 1941-1945, Jerman yang menguasai segalanya. Kesudahannya ialah kebencian yang membuak-buak terhadap Jerman. Dan akhirnya Zhukov memburaikan keutuhan Jerman.
RUJUKAN:
Berenbaum, M. (2006). The World Must Know: The History of the (ditapiskan) as Told in the United States (ditapiskan) Memorial Museum (2nd ed.). Washington, D.C.: United States (ditapiskan) Memorial Museum. ISBN 978-9-8018-8358-3.
Fernández, U. (2020). The N4zi anti-urban utopia: “Generalplan Ost”. doi: 10.7203/metode.10.13009.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih