Bergurau itu lumrah dalam kehidupan manusiawi. Gurauan bisa membuatkan sesiapa menjadi ceria tanpa mengira lapisan masyarakat. Tetapi ada ketikanya, gurauan boleh saja bikin orang naik angin seperti yang dibuat oleh rancangan televisyen bercorak gurauan Iraq, Tanneb Rislan
Menerusi rancangan ini, selebriti-selebriti jemputan akan ‘dicu.li.k’ oleh ahli-ahli Daish palsu dan diberitahu mereka akan dibu.n.uh. Tatkala mereka akan dihukum, pasukan ‘ten.te.ra’ datang menyelamatkan mereka dan mendedahkan semua ini merupakan satu gurauan. Begitupun, rancangan ini mencetuskan kemarahan umat Islam di Iraq kerana disiarkan pada bulan Ramadan dan dianggap bahan promosi percuma oleh kumpulan-kumpulan ra.di.kal termasuk Daish.
Dalam setiap episod, tetamu dijemput menghadiri sebuah program kebajikan membabitkan keluarga mangsa yang terlepas daripada cengkaman Daish. Apabila mereka berada dalam rumah, pelakon-pelakon yang menyamar sebagai ‘pengg.an.as’ muncul dan menahan mereka. Tetamu kemudiannya diikat, ditutup mata mereka dan dipakaikan ves bahan le.tu.pan palsu.
Tetamu kemudiannya dibawa ke satu kawasan lapang dalam keadaan mereka merayu agar diberi belas kasihan dan dibebaskan oleh kumpulan tersebut. Tatkala itu, pasukan keselamatan muncul dan ‘menyelamatkan’ tetamu. Pada akhir rancangan, seorang pengacara akan membuka penutup mata tetamu dan menunjukkan kepada mereka bahawa ini merupakan satu gurauan.
Rancangan ini diterbitkan oleh kumpulan separa ten.te.ra terkenal di Iraq, Hashed al-Shaabi. Kumpulan ini merupakan kumpulan separa ten.te.ra yang bertanggungjawab menghalau kumpulan Daish dari banyak bandar di Iraq pada pertengahan 2017. Malah, menerusi rancangan Tanneb Rislan, mereka tampil sebagai pasukan penyelamat tetamu rancangan tersebut.
Antara selebriti terkenal yang tampil dalam rancangan tersebut ialah bek kanan pasukan kebangsaan Iraq, Alaa Mhawi. Mhawi yang ditahan merayu agar diberi belas kasihan dan menjerit bahawa beliau juga warga Iraq seperti mereka. Pengacara kemudiannya memberitahu tatkala beliau mewakili mereka di atas padang, pasukan keselamatan termasuk Hashed mengangkat Iraq dengan berjuang menentang pengg.an.as Daish.
Rancangan bercorak sebegini sentiasa dipilih menjadi program arus perdana saluran-saluran satelit Arab pada bulan Ramadan. Bagi warga Mosul, Bilal al-Mosuli, dia menyifatkan rancangan tersebut sebagai ejekan kepada hiburan. Manakala Ahmed Abderradi pula menulis di Facebook dengan menyindir rancangan tersebut akan mengangkat perihal Saddam Hussein atau mangsa Kem Speicher pada 2014.
Begitupun, ramai juga yang menyokong Tanneb Rislan kerana mengetengahkan tema anti-Daish. Tetapi menurut Noor Ghazi, seorang warga Iraq yang menetap di Amerika Syarikat, masih ada cara untuk menyokong pasukan keselamatan tanpa perlu menggunakan rancangan sebegini. Bagi penulis rancangan Dargham Abu Rghif, rancangan sebegini dilihat sebagai satu peringatan tentang an.ca.man Daish dan potensi ba.ha.ya yang dibawa mereka sekiranya mereka kembali.
Bagi penulis, rancangan sebegini perlu dihentikan tidak kira sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Walaupun dibuat dengan niat bergurau, tidak ramai sedar ia sebenarnya disenaraikan sebagai antara perbuatan yang mengundang kecaman keras Rasulullah s.a.w.
Dalam satu hadis, baginda bersabda, “Celakalah bagi orang yang berdusta untuk berbicara untuk membuat satu kaum ketawa, celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya.” (Riwayat Abu Daud) Dalam satu hadis lain, seorang sahabat menyembunyikan sebilah pe.da.ng milik seorang sahabat lain semasa dia sedang bersolat di masjid kerana mahu bergurau. Apabila perkara itu diketahui Nabi s.a.w, baginda meminta sahabat berkenaan memulangkan pe.da.ng tersebut kepada pemiliknya sambil bersabda, “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” (Riwayat Abu Daud)
RUJUKAN:
Shukri Yusoff, A. (2016). Batasan bergurau dalam Islam. Berita Harian.
Tanno, S. (2021). Smile – you’re on Ji.ha.di Camera! Outcry in Iraq over prank TV show that has fake ‘CENSORED’ fig.hte.rs ‘ki.dn.ap’ celebs, strap ‘CENSORED vests’ to them and tell them they’ll be ex.ec.uted. Daily Mail.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih