Walaupun kaya dengan sejarah, Iran masih lagi muda dalam pentas politik. Sistem kepimpinannya hari ini sangat baru, untuk dibandingkan dengan kuasa monarki silam yang telah memegang Iran selama 2,700 tahun.

Mohammed Reza Pahlavi menempa nama dalam lembaran sejarah sebagai maharaja terakhir dalam zaman monarki ini. Ruhollah Khomeini meninggalkan Iran sebagai warga buangan Pahlavi.

Namun beliau kembali, untuk menjadi penguasa dalam sebuah bidangkuasa kerajaan tidak pernah diasaskan sesiapa. Pada 3 Disember 1979, Iran telah meluluskan sebuah perlembagaan yang baru.

Perlembagaan ini tidak mengiktiraf jawatan maharaja. Kuasa seorang maharaja diberikan kepada Kuasa Kepimpinan Tertinggi, atau lebih dikenali sebagai Pemimpin Agung. Semua urusan negara adalah dibawah tanggungjawab Pemimpin Agung yang tiada had tempoh.

Selepas Khomeini meninggal dunia, jawatan ini diwarisi Ali Khamenei.

Ali Khamenei

Namun Pemimpin Agung tidak perlu runsing memikirkan masalah rakyat. Kerana jawatan Presiden Iran telah diasaskan untuk mengetuai kerajaan, diundi empat tahun sekali. Hassan Rouhani sedang memimpin Iran hingga 18 Jun 2021.

Inilah sistem diamalkan Iran, yang sebenarnya tiada beza pun dengan konsep monarki. Kerana Pemimpin Agung masih lagi berkuasa seperti seorang raja.

Sahabat Yang Menjadi Mµsµh Ketat

Tiada siapa menjangka yang Empayar Iran akan jatuh sebegitu rupa. Sekitar 1970-an, pertumbuhan ekonominya sangat baik seolah-olah mampu mengecapi status negara maju dalam masa 20 tahun.

Ramai dalam kalangan anak bangsa yang belajar di luar negara telah kembali untuk membangunkan perniagaan. Malah Reza Pahlavi juga mempunyai hubungan akrab dengan Eropah.

Reza Pahlavi

Pada ketika Dunia Barat sangat sibuk dengan perkembangan melibatkan Gamal Abdel Nasser dan Anwar Sadat, mereka seolah-olah terlepas pandang tentang Tehran.

Pertumbuhan ekonomi tidak membawa sebarang makna, jika dibolot puak kayangan. Imbangan sosioekonomi merupakan kunci segalanya, kalau mahu kekal stabil. Akibat rakyat marhaen terlalu miskin, kerajaan Pahlavi pun jatuh.

Dan Iran mendapat sebuah kerajaan yang menentang pihak Barat.

Populariti Semakin Lemah

Tanggungjawab Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran sangat terhad dalam bab antarabangsa. Kerana hal ehwal diplomasi tertakluk pada kata putus Ali Khamenei.

Hassan Rouhani

Dan Rouhani memastikan rakyat Iran tahu tentang kuasa mutlak Khamenei dalam dasar luar negara.

Semasa berkempen dalam Pilihan Raya 2017, Rouhani berterus terang yang Khamenei menolak sebarang normalisasi dengan Amerika Syarikat (Erdbrink, 2017). Jadi apabila Iran masuk campur dalam urusan Iraq dan Syria, rakyat pun marah terhadap Khamenei (dan Rouhani).

Iran sebenarnya tidak mahu kalah dalam pergel.utan dominasi pengaruh Timur Tengah (Sharafedin, 2018). Tetapi rakyat lagi pening kerana ekonomi dalam kegawatan.

Jadi pada 18 Disember 2017, mereka turun membantah. Kerajaan Iran menggerakkan 10,000+ anggota terdiri daripada polis dan ten.tera untuk menyuraikan mereka.

Hampir 5,000 orang ditang.kap pihak berkuasa, hanya kerana menyatakan curhat hati. Ini memang kali pertama Khamenei berdepan dengan arus rint.angan yang besar (Gast, et al., 2018).

Khamenei boleh menghela nafas lega kerana bantahan ini akhirnya bersurai pada 7 Januari 2018.

Namun beberapa bulan kemudian, orang ramai kembali berhimpun. Dan mereka membantah selama setahun, dengan desakan dan permintaan agar masalah rakyat diselesaikan. Hashem Khastar mewakili kelompok guru. Kesatuan kerja pula diketuai Esmail Bakshi.

Dua individu tidak berkuasa ini berani menentang kerajaan Khamenei. Dan desakan mereka bukanlah melampau pun: gaji setimpal dan persekitaran kerja selamat.

Khameini pula mendapati yang retorik lama sudah tidak laku. Dulu kalau ada yang tidak berpuas hati, mereka perlu petik nama Israel.

Tetapi sekarang, bantahan Iran membawa sepanduk dan slogan “Palestin Mam.pµs! Palestin Mam.pµs! Palestin Mam.pµs!” (Katz, 2018).

Bantahan Yang Mengejutkan

Dan Khamenei pula meminta supaya pihak kehakiman hµkµm “golongan yang menjejaskan jaminan ekonomi” (Deghanpisheh, 2018).

Sebenarnya ekonomi Iran tidak terjamin langsung. Kalau benar ada jaminan, takkan mungkin rakyat akan membuang masa turun padang.

Masalah ekonomi terus menghantui rakyat Iran, hingga 15 November 2019 apabila 200,000 berkumpul untuk menyatakan suara mereka terhadap Khamenei. Kali ini slogan mereka jauh lebih dah.syat:

“WAHAI SHAH IRAN! KEMBALILAH!” (Ensor, 2018).

“IRAN BIN.ASA TANPA SHAH!”

“ULAMA BERAM.BUS!”

“BUKAN UNTUK GAZA! BUKAN UNTUK LUBNAN! KAMI HANYA AKAN BERKOR.BAN DEMI IRAN!”

“MAM.PUS DIK.TATOR!”

“MAM.PUS REPUBLIK ISLAM!”

“WAHAI ANGGOTA TEN.TERA, KENAPA BUN.UH SAUDARA SEAGAMA!”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


“SEMOGA ALLAH MERAHMATI REZA SHAH!”

“DUIT MINYAK SEMUANYA HANG.US DIBAZIRKAN UNTUK PALESTIN!”

“MEREKA NAIKKAN ISLAM… TAPI PIJAK RAKYAT!”

“PEMIMPIN AGUNG HIDUP MACAM TUHAN! KAMI RAKYAT SENGSARA MACAM PENGEMIS!”

“KAMI TIADA DUIT. MINYAK PUN TIADA! CELA.KALAH PALESTIN!”

“WAHAI PUTERA MAHKOTA, SELAMATKAN KAMI!”

“MAM.PUS KHAMENEI!”

Bank Pusat Iran Diba.kar

Slogan-slogan ini menunjukkan dengan jelas populariti Khamenei dalam kalangan rakyat generasi sekarang (Sidman, 2019). Ironi benar. Kerana sejarah nampaknya semakin berulang.

RUJUKAN:

Deghanpisheh, B. (2018, Jun 27). After protests, Iran’s Khamenei demands (ditapiskan) for those who (ditapiskan) economy. Reuters.

Ensor, J. (2018, Januari 14). Why are Iranian protestors calling for the return of the Shah. Telegraph UK.

Erdbrink, T. (2017, Mei 11). At Rouhani Rally, Daring Slogans and Reminders of Iran’s Political (ditapiskan). The New York Times.

Gast, P., et al. (2018, Januari 3). Here’s why the Iran protests are significant. CNN.

Katz, E. (2018, Julai 13). Iranians Are Now Chanting ‘(ditapiskan To Palestine’. The Wall Street Journal.

Sharafedin, B. (2018, Januari 8). In jab at rivals, Rouhani says Iran protests about more than economy. Reuters.

Sidman, D. (2019, November 17). Mass protests (ditapiskan) throughout Iran, Central Bank (ditapiskan) down (Watch). Israel 365 News.

Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.