Jarang kita dengar buaya jadi mangsa penghuni dasar laut. Tetapi itulah yang terjadi apabila penyelidik-penyelidik dari Konsortium Marin Universiti-Universiti Louisiana (LUMCON) menjatuhkan bangkai tiga ekor buaya ke dasar laut Teluk Mexico. Ini bagi menguji sama ada haiwan-haiwan dasar laut bertindak balas terhadap bangkai ini atau tidak. Dan hasilnya amat mengejutkan menerusi video di bawah:

Jadi, mengapa LUMCON memilih buaya sebagai bahan eksperimen? Terdapat puluhan spesies buaya yang ditemui di seluruh dunia dengan sebahagiannya dikesan berada di kawasan pesisir pantai. Ia boleh saja muncul akibat banjir, migrasi normal atau mencari makanan. Jika buaya ini mati di kawasan berkenaan, maka ia akan tenggelam ke dasar laut sebagai santapan penghuni kawasan berkenaan.

Promosi pra-tempah kami dah dilanjutkan sampai 7.2.2022. Ayuh dapatkan segera di: https://bit.ly/PraTempah

Jika ini berlaku dalam era pra-sejarah, ia sememangnya sesuatu yang normal. Perlu diingat, pada ketika itu, pemangsa-pemangsa utama laut ialah ichthyosaur, mosasaur dan plesiosaur. Seperti mana bangkai ikan paus hari ini, bangkai pemangsa-pemangsa ini akan tenggelam ke dasar laut dan menyumbang kepada kandungan karbon dasar laut.

Mungkin ada menganggap ini sebagai sesuatu yang aneh dan di luar kebiasaan. Tetapi penemuan bangkai buaya di tepi pantai bukan perkara baru. Misalnya, pada 2014, bangkai seekor buaya yang berukuran 3 meter panjang ditemui di Folly Beach, South Carolina. Tiga tahun sebelumnya, beberapa bangkai buaya ditemui di muara Sungai Atchafalaya semasa banjir melanda beberapa kawasan di Mississippi.

Jadi, apa yang berlaku kepada ketiga-tiga bangkai buaya LUMCON itu? Untuk buaya pertama, ia dikerumuni oleh isopod gergasi merah jambu, spesies pembangkai yang gemar makan dengan pantas. Dalam tempoh 24 jam, isopod berjaya menembusi kulit buaya yang tebal dan makan semua daging bangkai berkenaan.

Rajah 1: Isopod menembusi kulit buaya sebelum memakan daging bangkai berkenaan. Sumber: McClain et al., 2019

Untuk bangkai buaya kedua pula, dalam tempoh 51 hari, yang tinggal cuma tengkorak dan tulang belakang. Isopod sudah pasti mengerumuni bangkai kedua. Tetapi saintis mendapati wujud spesies baru cacing pemakan tulang dari keluarga Osedax yang turut dikenali sebagai cacing zombi. Ini merupakan kali pertama spesies cacing sebegini ditemui di Teluk Mexico.

Rajah 2: Sisa tulang yang ditinggalkan cacing pemakan tulang. Sumber: McClain et al., 2019

Sementara untuk bangkai ketiga pula, tidak diketahui apa yang berlaku. Apabila ia diperhatikan semula lapan hari kemudian, bangkai tersebut hilang dibawa oleh pembangkai yang enggan mendedahkan identitinya. Para saintis dari LUMCON hanya tahu tali yang mengikat beban dan belenggu pada bangkai telah putus sama sekali. Dengan mengira berat bangkai dan kekuatan gigitan diperlukan untuk memutuskan tali-tali pada bangkai, ia dilakukan sama ada oleh jerung Greenland atau sixgill.

Setiap buku pra-tempah yang lewat sampai ke tangan anda akan menerima face-mask ini. Tempah sekarang di: https://bit.ly/PraTempah

RUJUKAN

Evans, K. (2020, 16 Januari). Scientist Dropped Dead Alligators Onto The Seafloor, And Discovered A New Bone-Eating Creature. IFLScience.

Dixon, R. (2020, 8 Januari). Alligators in the Abyss: Part 2. Deep Sea News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply