Empayar Siam Rattanakosin merupakan antara empayar terkuat dan terbesar di Asia Tenggara, kemuncaknya adalah ketika pemerintahan Raja Nangklao (juga dikenali sebagai Rama III) yang memerintah antara tahun 1824-1851, saiz Empayar Siam merangkumi Thailand, Kemboja, Laos, Segenting Kra dan Negeri-Negeri Melayu Utara seperti Patani, Kedah, Perlis, Setul, Kelantan dan Terengganu yang tunduk dibawah pengaruh Siam. Namun begitu, tahukah anda Raja Nangklao yang hebat itu sebenarnya berketurunan Melayu!. Ini bukan claim sebarangan, ini adalah fakta sejarah yang diakui oleh sejarawan Siam sendiri.
Raja Nangklao dilahirkan pada tahun 1788 dengan nama asalnya adalah Putera Thap dan diberi gelaran diraja Chetsadabodin, ayahandanya adalah Raja Rama II (1809-1824) dari keturunan Dinasti Chakri yang memerintah Siam dari tahun 1782, dinasti tersebut berketurunan daripada suku kaum Mon. Manakala ibundanya bernama Riam dengan gelaran diraja Sri Sulalai.
Nama asalnya adalah Riam, dipercayai singkatan daripada nama Mariam, baginda dilahirkan pada tahun 1770 di Nonthaburi, utara Bangkok, baginda pada asalnya dipercayai beragama Islam, kemudian memilih menganut Buddha disebabkan bersuamikan Raja Siam. Ayahandanya bernama Phraya Bunchan, merupakan Gabenor Mueang Nonthaburi, dipercayai berbangsa Siam tetapi tidak diketahui agamanya, manakala ibundanya bernama Khunying Pheng berketurunan Melayu beragama Islam Sunni dan berasal dari selatan Siam.
Pheng adalah anak kepada Panglima Tentera Laut Diraja Siam bernama Phraya Ratchabangsan Wang merangkap Gabenor Chonburi. Gelaran “Phraya Ratchabangsan” merupakan gelaran yang diberikan kepada mereka yang memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Siam. Wang merupakan anak kedua kepada bekas Perdana Menteri Siam bernama Chao Phraya Chakri Mahmud yang menjawat jawatan tersebut ketika era Raja Taksin Agung (1767-1782). “Chao Phraya Chakri” pula merupakan gelaran kepada Perdana Menteri Siam Utara.
Mahmud adalah anak kepada Khun Laksamana Bunyang, dan datuknya bernama Phraya Ratchabangsan Hassan dan Hassan pula merupakan anak kepada Sultan Singora yang terkenal bernama Sultan Sulaiman Shah, Kesultanan Singora (1600-1680) yang merupakan sebuah kesultanan Melayu-Parsi yang pernah menjadi kerajaan yang digeruni oleh Siam Ayutthaya di Segenting Kra pada abad ke-17.
Secara ringkasnya, Raja Nangklao, pembina Empayar Siam yang terbesar dalam sejarah Siam merupakan Raja Siam berketurunan Melayu disebelah ibundanya yang dijejak keturunannya sampai kepada Sultan Sulaiman Shah, Sultan Singora yang pernah menggoncangkan dunia Siam pada abad ke-17 dahulu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih