Kalau ditanya tentang negara Korea, anak gadis kita, hanya tahu menyebut tentang Lee Min-Ho, Big Bang, Super Junior dan Running Man. Semuanya tentang budaya hendonisme yang melampau yang membelenggu tentang Korea. Agaknya kita ini hanya tahu ambil benda buruk sahaja tentang negara orang, tanpa kita ambil positif.

Maka di sini saya terpanggil menukilkan tentang sisi positif negara mereka. Dan salah satu sisi positif yang kita boleh ambil iktibar ialah mempelajar tentang seorang tokoh hebat dalam sejarah negara mereka bernama Raja Sejong. Ikuti point-point penting tentang Raja Sejong.

1. Raja Sejong dilahirkan pada 15 Mei 1397 dan memerintah Dinasti Joseon yang memerintah Semenanjung Korea pada tahun 1418 Masihi sehingga mangkat pada tahun 1450. Baginda ditabalkan menjadi raja pada umur yang muda iatu sekitar usia 21 tahun. Pada maa pemerintahan baginda, Korea mencapai zaman puncak kegemilangannya.

2. Raja Sejong terkenal kerana ketika pemerintahannya, baginda berusaha untuk menerapkan falsafah Confucius dalam pemerintahan, Bahkan sepanjang hidup baginda, baginda pernah menghasilkan sebuah buku mengenai falsafah Confucius. Sepanjang pemerintahan baginda, baginda adalah antara dua raja Korea yang digelar sebagai Yang Agung atau The Great.

3. Raja Sejong juga terkenal sebagai pakar diplomatik apabila ketika zamannya, baginda memulakan hubungan diplomatik dengan Dinasti Ming di China dan sehingga pada zaman terkemudiannya didapati bahawa hubungan ini sangatlah memberi manfaat kepada Dinasti Joseon,Korea. Dan di bawah pemerintahannya juga, Korea menjalankan hubungan dengan Jepun apabila membuka tiga pelabuhan Korea untuk pedagang Jepun berdagang dengan mereka.

4. Raja Sejeong terkenal apabila apabila membangunkan dasar ketenteraan Korea ke tahap yang lebih baik. Antaranya dasar membangunkan meriam, mortar dan pengunaan panah berapi serta senjata api. Impak dari pembangunan militari dan ketenteraan ini, Korea berjaya menang pertempuran dengan orang Manchu di utara serta mengalahkan lanun-lanun Jepun yang sebelum ini bermaharajalela di perairan Korea sesuka hati.

5. Raja Sejeong juga terkenal dalam sumbangan baginda dalam bidang sains dan teknologi. Antaranya ialah penciptaaan sebuah buku pertanian yang di mana para saintis Korea ketika itu disuruh mewujudkan sebuah manual untuk para petani Korea meningkatkan hasil tani mereka menggunakan ilmu sains dan teknologi.

6. Seorang lelaki genius di bawah pemerintahan Raja Sejong diangkat dan dibantu dalam penyelidikannya dalam bidang sains walaupun datang dari kasta terendah masyarakat Korea ketika itu. Hasilnya lelaki tersebut,Jang Yeong-sil berjaya mencipta beberapa ciptaan yang hebat seperti jam air, sfera cakerawala dan jam matahari. Baginda juga bertanggungjawab menukarkan sistem kalendar Korea yang dahulunya berasaskan kalendar China kepada kalendar baru.

7. Baginda bertanggungjawab dalam memperkenalkan sistem tulisan baru untuk masyarakat Korea yang dipanggil sebagai tulisan Hangul. Abjad Korea ini mempunyai 28 huruf yang berasaskan sebutan lidah bangsa Korea. Sistem tulisan menyerupai bentuk mulut, gigi dan lidah yang digabungkan untuk menyebut huruf-huruf tertentu bagi tulisan bangsa Korea.

8. King Sejong the Great ini diabadikan namanya pada sebuah kapal penjajap peluru berpandu angkatan laut Korea Selatan iaitu ROKS Sejong The Great DDG 991.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply