Gangguan mental adalah sejenis penyakit psikologi yang melibatkan otak dan ia tidak sekadar sembuh hanya berbekalkan ubat-ubatan. Layanan terhadap mereka yang mempunyai masalah atau gangguan mental ini berbeza mengikut zaman.
Jika kita hanya menghantar pesakit untuk bertemu kepada ahli psikriatri secara kerap untuk kesembuhan, orang zaman dahulu kala berbeza melayan pesakit sebegini. Mereka sebolehnya tidak mahu pesakit berhubung kepada dunia luar terutamanya keluarga yang mempunyai ahli yang bermasalah mental.
Mempunyai ahli keluarga yang sakit mental adalah perkara yang memalukan, tidak kira mereka berstatus buruh atau kerabat diraja. Malah, pemerintahan yang mempunyai gangguan mental adalah taboo bagi mengelak sebarang masalah seperti pengurusan istana yang tidak cekap dan perebutan takhta.
Namun begitu, pemerintah sebegini sebenarnya wujud dan ada kalangan pemerintah yang kita sendiri tidak menyangka bahawa pemerintah ini sangat terkenal.
1. Raja Nebuchadnezzar II (abad ke-7 SM, Babylon)
Raja Nebuchadnezzar II yang lahir pada 634 SM adalah antara raja Babylon yang agung pada fasa Neo-Babylonia dalam tamadun Mesopotamia. Baginda terkenal dengan mengalahkan kuasa Mesir Kuno dan Assyria bagi memastikan ibu negara-kota Babylon sebagai negara-kota yang berkuasa.
Baginda juga berjaya mengawal jalan perdagangan dari Teluk Parsi ke Laut Mediterranean dengan menundukkan kota-kota Syria dan Palestin. Walaupun Nebuchadnezzar banyak menyumbang kepada empayarnya, namun baginda sebenarnya mempunyai masalah mental.
Mengikut kitab Bible dari Daniel 4:25, Nebuchadnezzar mempunyai mimpi yang mengganggunya kemudian diterangkan oleh pentafsir mimpi baginda. Mimpi itu bermaksud:
“Tuanku (Nebuchadnezzar) akan meninggalkan orang ramai dan hidup bersama haiwan buas. Tuanku akan memakan rumput seperti lembu jantan dan dibasahi oleh embun syurga. 7 kali tuanku berbuat demikian sehingga mengaku Yang Maha Tinggi adalah pemilik seluruh kerajaan Bumi.”
Menurut kandungan Bible itu lagi, mimpi tersebut menjadi realiti:
“12 bulan dari mimpi tersebut, raja Nebuchadnezzar dipaksa tinggalkan dunianya. Baginda mulai memakan rumput dan dibasahi oleh embun. Rambut baginda memanjang seperti bulu helang dan kukunya juga memanjang seperti cakar burung. Sehingga tiba masanya, beta, Nebuchadnezzar, mendongak ke langit, dan minda berada dalam keadaan yang betul.”
Selama 7 tahun Nebuchadnezzar berbuat demikian. Sebenarnya apa raja Babylon ini hadapi adalah sejenis gangguan mental bernama Boanthropy, di mana pesakit percaya bahawa dia adalah seekor lembu.
2. Maharaja Caligula (abad pertama Masihi, Rom)
Kehidupan Maharaja Caligula yang memerintah Rom pada 37 hingga 41 Masihi penuh dengan konspirasi sehingga baginda dikatakan gila ketika pada akhir pemerintahan Caligula bertindak ekstrim.
Caligula hanya berumur 25 tahun apabila baginda dilantik menjadi maharaja Rom. Baginda dahulu adalah maharaja yang disayangi oleh rakyat. Pernah baginda memberikan bonus kepada bala tenteranya, menghapuskan cukai yang tidak bermanfaat, dan membebaskan banduan yang diadili secara tak saksama.
Baginda juga berusaha untuk memuaskan hiburan rakyat Rom dengan mengadakan perlumbaan chariot (sejenis kenderaan beroda yang ditarik oleh kuda), persembahan gladiator, dan drama pentas.
Namun, beberapa bulan selepas Caligula menjadi maharaja, baginda mengalami sakit yang serius. Setelah sembuh dari sakitnya, personaliti Caligula berubah mendadak. Baginda mula menggelar dirinya sebagai dewa dan meminta jambatan dibina menghubungkan istananya dengan kuil dewa Jupiter supaya mudah Caligula bertemu dewa tersebut.
Baginda mula turun padang dengan berpakaian sebagai dewa-dewi Rom dan demigod (manusia yang mempunyai darah dewa-dewi) seperti Hercules, Mercury, Venus, dan Apollo. Baginda juga meminta kepala patung dewa-dewi dalam kuil diganti dengan kepala patung Caligula.
Tambahan lagi, Caligula begitu taksub dengan kudanya bernama Incitatus. Seperti menyembah dewa-dewi, Caligula berikan kudanya sebuah rumah (bukan kandang) yang dihiasi dengan gading dan batu marmar. Lagi mengejutkan, baginda mahukan Incitatus dilantik sebagai ahli konsul, jawatan tertinggi dalam politik Rom!
Inilah kegilaan Caligula sehingga rakyat dan ahli konsul sendiri mempersoalkan keadaan mentalnya yang berubah dari maharaja yang penyayang kepada maharaja yang narsistik. Akibat kegilaannya, pada 24 Januari 41 Masihi, baginda dibvnuh oleh para pengawal selepas anjuran sukan festival dengan 40 t1kaman.
3. Raja Charles VI (abad ke-14 Masihi, Perancis)
Raja Charles VI memerintah kerajaan Perancis selama 42 tahun (1380-1422) sehingga kemangkatannya. Baginda dilantik pada umur 21 tahun dan mula memulihkan keadaan ekonomi dan politik sehingga Perancis mengalami perubahan. Atas tindakan ini Charles digelar sebagai “Charles yang Disayangi”. Masuk pertengahan umur 20-an, baginda mengalami masalah psikosis (tak dapat bezakan antara realiti dan illusi).
Pada umur 32 tahun, tindakan buruk Charles seterusnya menjadikan baginda terkenal lagi. Dalam rekod Perancis, Charles yang dalam keadaan ‘demam’ meracau dan memb*nuh 4 orang pahlawan, seterusnya meny3rang adiknya iaitu Louis of Orleans. Selepas pembunvhan tersebut, Charles tidak berhenti meracau sehingga baginda digelar “Charles yang Gila”, tidak lagi wujud gelaran “Disayangi” pada diri raja itu.
Sepanjang Charles ‘sakit’, baginda beranggap dirinya sebagai Saint George, pahlawan Kristian lagenda yang terkenal dengan memburu naga. Baginda sentiasa berlari sekitar laluan koridor istana dan pernah baginda tidak mahu mandi dan menukar pakaian selama 5 bulan. Baginda juga pernah percaya bahawa dirinya diperbuat dari kaca dan cuba menjahit pakaiannya dengan batang besi bagi mengelak dirinya ‘berkecai’.
Kegilaan Charles ini mengakibatkan baginda diabaikan oleh isteri dan anak-anaknya. Namun begitu, baginda tetap diteruskan khidmat sebagai maharaja sehingga mangkat. Tetapi keadaan Charles menjadikan kerajaannya berada dalam konflik yang tidak dapat dielakkan seperti pe-rang sivil, perampasan kuasa, dan penglibatan Perancis dalam Pe-rang Seratus Tahun.
4. Raja Henry VI (abad ke-15 Masihi, England)
Henry VI yang lahir pada 1421 dilantik menjadi pemerintah England dalam usia begitu muda sehingga 1461. Ketika pemerintahan baginda, England terlibat dalam Pe-rang Seratus Tahun di mana bapa saudaranya iaitu Charles VII mahu merampas takhta Perancis. Namun Henry VI mempunyai personaliti yang pemalu, pasif, dan tidak berminat tentang pepe-rangan.
Setelah England diisytiharkan kalah dalam Pe-rang Bordeaux pada 1453, meninggalkan Calais yang dahulunya jajahan England, Henry VI mengalami gangguan mental yang teruk sehingga baginda berada dalam keadaan katatonia (pergerakan tubuh dan pertuturan yang lambat) selama lebih setahun.
Berhari-hari Henry duduk di kerusi dalam biliknya seperti patung, tidak dapat bergerak ke mana-mana. Baginda juga tidak dapat bersama isteri melahirkan anak lelakinya. Tiada siapa tahu bila Henry VI boleh sembuh dari penyakitnya ini.
Kemudian, Henry sembuh dari katatonia dan sejarahwan pernah merekodkan tentang kegembiraan baginda mendengar khabar kelahiran anakandanya. Tetapi kesembuhannya hanya sementara. Kesihatan Henry semakin teruk sejak 1456 dengan mengalami keletihan yang melampau.
Pada akhir pemerintahannya, Henry digulingkan oleh pemb3rontak York dan dipenjarakan dalam Tower of London pada 1471. Setibanya Edward IV for York tiba ke London untuk mengisytiharkan kemenangannya, Henry didapati dibvnuh dalam penjara.
5. Ratu Joanna of Castile (abad ke-15 Masihi, Sepanyol)
Kisah Joanna bermula sebagai anak perempuan kepada pasangan Ratu Isabella I dari Castile dan Raja Ferdinand II dari Aragon yang terkenal dengan peristiwa Reconquista, iaitu usaha kembalikan kuasa pemerintahan Kristian di Sepanyol dari kerajaan Umayyah Al-Andalusia.
Setelah bondanya mangkat pada 1504, Joanna mengambil takhta sebagai Ratu kota Castile. Namun baginda diisytiharkan gila setelah baru beberapa tahun Joanna memerintah.
Pada tahun 1506, suami Joanna bernama Philip the Handsome telah meninggal dunia. Peristiwa ini menjadi penyebab Joanna mengalami gangguan mental. Dalam rekod sejarah, Joanna yang dipanggil sebagai ‘Juana la Loca’ (bermaksud Joanna yang Gila) pergi ke Granada selama 8 bulan membawa keranda suaminya. Dikatakan Joanna mencium dan membelai mayat tersebut.
Akibat kegilaan Joanna ini, baginda dipenjarakan atas arahan ayahandanya. Sesetengah sejarahwan beranggapan bahawa Joanna mengalami melancholia, psikosis, atau schizophrenia.
Terdapat juga teori bahawa kegilaan Joanna hanyalah propaganda semasa-mata bagi menjatuhkannya, kemudian ayahandanya berkuasa memerintah kedua-dua kota Sepanyol. Namun sehingga sekarang tiada jawapannya, sama ada Joanna benar-benar gila atau menjadi mangsa perebutan kuasa. Joanna meninggal dunia pada 1555, berusia 75 tahun dalam penjara.
6. Maharaja Jiajing (abad ke-16 Masihi, China)
Pada tahun 1521, Zhu Houcong mengambil takhta dari sepupunya, Maharaja Zhegde dan menjadi maharaja ke-12 Dinasti Ming. Zhu kemudian mengambil nama ‘Jiajing’ yang bermaksud ketenangan yang luar biasa. Tapi sebenarnya personaliti baginda berbeza dari maksud gelaran itu.
Maharaja Jiajing adalah pengamal ajaran Taoisme dan menjadi taksub untuk memiliki posyen hidup abadi yang lagenda itu. Jiajing percaya bahawa dengan mengumpul darah haid dari anak dara, baginda mempunyai kuasa yang membenarkannya hidup abadi.
Gadis berusia 13-14 tahun akan dikurung bagi menghasilkan ramuan posyen itu. Gadis-gadis ini hanya diberi makan daun pokok mulberi dan meminum air hujan, di mana Jiajing percaya ia boleh menyucikan darah haid itu. Bukan saja diberi makan sedemikian sehingga kelaparan, gadis-gadis ini juga dib3lasah teruk. Kalau ada antara gadis dikurung ini sakit, dia segera dibuang.
Tidak sekadar k3jam terhadap gadis-gadis untuk penghasilan posyen, para gundik juga menjadi mangsa kek3jaman dengan membelasah sehingga mereka rela melayan s3ksual Jiajing. Pada tahun 1542, 16 orang gundik Jiajing bersepakat membunvh maharaja yang k3jam itu. Mereka mencuba bvnuh Jiajing dengan mencekik lehernya menggunakan reben di dalam biliknya. Namun percubaan itu gagal kerana salah satu gundik salah mengikat reben mencekik Jiajing.
Percubaan membun*h Maharaja Jiajing telah didengari oleh maharani. Dengan keadaan Jiajing yang tidak sedar akibat tekanan dari cekikan itu, maharani mengambil keputusan untuk menghvkum para gundik yang bersubahat dengan hukuman mat1 dengan hirisan tajam.
Maharaja dinasti Ming yang berhalusinasi dengan kehidupan abadi ini menjadikan baginda begitu k3jam dengan manusia bergender wanita. Walaupun percaya bahawa baginda mampu mencapai kehidupan abadi, ketaksuban itu memakannya sendiri. Jiajing mangkat pada tahun 1567 akibat keracunan merkuri dari penghadaman posyen buatan sendiri.
7. Sultan Ibrahim (abad ke-17 Masihi, Turki Uthmaniyah)
Ibrahim adalah Sultan Uthmaniyah yang memerintah pada 1640 hingga 1648. Baginda adalah antara sultan-sultan Uthmaniyah yang mempunyai sejarah masalah mental. Namun kisah Sultan Ibrahim diambil kerana baginda terkenal dengan pembu-nuhan akibat gangguan mentalnya.
Dari zaman Ibrahim muda lagi baginda bersama 4 orang adik-beradik lelaki dikurung dalam kurungan bernama Kafes. Kafes adalah kurungan atau kandang dalam istana yang mengurungkan para pewaris takhta bagi mengelakkan sebarang perampasan kuasa dari pemerintah yang sedia ada.
Amalan Kafes yang bermula pada 1617 ini Sultan Murad IV (1623-1640) praktikkan kepada adik-beradiknya (termasuk Ibrahim) dan pada akhirnya 4 orang adik-beradik telah dib*nuh oleh Murad sendiri.
Setelah Murad IV mangkat, Ibrahim menjadi pewaris terakhir untuk memiliki takhta sebagai sultan baharu namun Ibrahim percaya bahawa tawawa nimi hanyalah umpan untuk memerangkap dirinya. Setelah Ibrahim melihat sendiri may*t Murad barulah baginda mengambil takhta tersebut.
Sepanjang Ibrahim memerintah, baginda sentiasa dise-rang oleh sakit kepala dan trauma dari kecederaan tubuh dan kelemahan mentalnya. Ini mungkin disebabkan oleh trauma dari zaman mudanya itu. Maka, ibunya bernama Kosem Sultan yang membantu Ibrahim menguruskan urusan istana selama 8 tahun.
Bagi menghilangkan rasa sakit Ibrahim, Kosem memberikan cadangan iaitu berseronok dengan gadis-gadis dari harem. Ibrahim bersetuju dan mula menghanyutkan dirinya bersoronok dengan para gadis harem. Baginda sanggup membelanjakan dengan hartanya demi memiliki permaidani bulu yang menutupi seluruh lantai istana! Tambahan lagi, setiap hari para gadis harem harus memenuhi ruang istana bagi mengadakan keramaian untuk Ibrahim.
Namun, keseronokan bersama gadis harem tidak dapat memulihkan keadaan mental Ibrahim. Ibrahim kemudian digelar ‘Ibrahim yang Gila’ setelah tindakannya mengejutkan dunia. Akibat paranoia oleh trauma masa lalu, baginda mel3maskan 280 orang gadis harem di Selat Bosphorus kerana percaya kesemua gadis harem akan melawannya.
Pad akhir pemerintahan, Ibrahim melaksanakan cukai yang melampau bagi menampung kehidupannya yang penuh hiburan dan ia mengakibatkan baginda diturunkan takhta dan dipenjarakan pada 1648. Pada hari ke-10 Ibrahim dipenjara, baginda telah dibvnuh.
RUJUKAN:
Gillan, J. (3 January 2021). Mad Monarchs & Outrageous Emperors: 7 Crazy Rulers of the Ancient World. Ancient Origins. Retrieved from 5 January 2021. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/mad-monarchs-0014751
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih