Fiksyen walaupun suatu rekaan kadangkala boleh meminjam aspek sejarah sebenar. Dalam siri A Song of Ice and Fire dan juga adaptasinya Game of Thrones, ada seorang watak yang benar-benar meninggalkan sebuah legasi besar.

Tywin Lannister sentiasa memikirkan legasi keluarganya dan ingin meninggalkan sebuah dinasti yang boleh mendominasi selama 1,000 tahun.

Dalam jiwanya, matlamat sentiasa menghalalkan cara dalam semua aspek dan maruah mengatasi segalanya.

Bagi Tywin, terlalu baik hati hanya mengundang masalah. Beliau menggunakan bapanya sebagai contoh.

Tytos Lannister berkelakuan terlalu baik dan mesra sehingga dihina orang-orang bawahan sendiri. Reputasi Keluarga Lannister dipijak teruk ketika itu, hanya terubat dengan sentuhan Tywin yang menamatkan riwayat Keluarga Reyne dan Tarbeck.

Jadi ini menunjukkan bahawa individu berkuasa tidak boleh terlalu berlembut. Diplomasi ialah batu atas kegemilangan negara, tetapi mesti dihadkan dengan batasan tertentu.

Raja tidak boleh melayan anak bawahannya seperti sahabat. Dan landskap politik Westeros sebenarnya menetapkan yang Tywin pun seorang Raja Westerlands (cuma dinamakan Warden of the West) berpusat di Casterly Rock.

Nasib Tywin dirasai seorang raja di England. Edward I dilahirkan di Istana Westminster pada 17 Jun 1239 sebagai putera sulung Raja Henry III.

Sama seperti Tytos Lannister, Henry III pun terlalu jujur, lurus dan beremosi. Dikhabarkan yang Henry III tidak kisah pun untuk menangis ketika khutbah agama (Carpenter, 1996).

Kelembutan Henry III menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang-orang bawahannya.

Padahnya, Simon de Montfort dari Leicester mengisytiharkan pep3r4ngan. Ketika itu memang England teruk berpecah kerana kemelut dalaman.

Dan Simon de Montfort mahu melunturkan kuasa raja (sama seperti Reyne dan Tarbeck melunturkan kuasa Lannister).

Tetapi Henry III dipelihara anaknya, Edward yang memperjuangkan hak diraja ayahandanya dan akhirnya membvnvh Simon de Montfort.

Edward juga disebut seorang yang tinggi dan berwajah tajam seperti Tywin. Tingginya mencecah 188 sentimeter, yang mudah mencetuskan kegerunan dalam kalangan pemb3r0ntak.

Dan persamaan antara Edward dan Tywin tidak terhenti di sini.

Secara peribadi, mereka masih sama. Mereka terlalu sayangkan isteri. Tywin dikatakan hanya manusia biasa apabila bersama isterinya, Joanna Lannister.

Hari kem4ngk4tan Joanna sebenarnya ialah hari Tywin (dalam buku) berhenti senyum. Malah Tywin tidak kelihatan tersenyum sehinggalah kem4ngk4tan sendiri, apabila bibirnya reput dan melengkung dengan senyuman begitu menakutkan.

Berkemungkinan Edward tiada anak luar nikah pun, cukup berbeza untuk dibandingkan dengan raja-raja lain ketika itu. Eleanor ialah segala-galanya untuk Edward.

Cuma kelainannya, Edward berkahwin semula selepas pemergian Eleanor. Tetapi kali ini perkahwinannya lebih kepada tujuan diplomasi. Baginda perlu berdamai dengan Perancis untuk berp3r4ng di Scotland.

Jadi Margaret yang merupakan adik Philip IV dipilih untuk menjadi peneman takhtanya. Masih sama seperti Joanna, ratu ini mampu mempengaruhi rajanya dalam pelan tindakan.

Dan lucunya, Edward pun mempunyai masalah dengan pewarisnya (pun nama Edward). Pada awalnya, Tyrion Lannister bukanlah pewaris Tywin di Casterly Rock.

Apabila diminta, Tywin menghina Tyrion sehabis-habisnya dan takkan sesekali memberikan kota Casterly Rock kepada Tyrion. Tetapi akhirnya, Tyrion mengganti bapanya sebagai Warden of the West dan Lord Paramount of the Westerlands.

Dari segi kepimpinan, Tywin mempunyai perwatakan Edward kerana suka mengambil tahu tentang politik semasa

Tywin tidak suka dengan perangai Robert Baratheon yang menghadiri tiga mesyuarat diraja dalam tempoh 17 tahun (membiarkan Jon Arryn uruskan segalanya). Edward juga kemudian pergi berp3r4ng di Scotland, yang dipimpin William Wallace.

Menariknya, William juga dibvnvh orang sendiri iaitu John de Meredith. Jelas sekali sama seperti pembvnvhan Robb Stark yang dilakukan Roose Bolton. Kedua-dua peristiwa ini menamatkan riwayat King In The North (Scotland di utara England.

RUJUKAN:

Carpenter, D.A. (1996). The Reign of Henry III. The Hambledon Press. Halaman 97.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.