Okay, saya tahu tajuk ni buatkan korang teringin tahu, macam nak layan drama suami curang belakang isteri. Tapi pertama sekali, kita kenal dulu siapa raja yang curang, isterinya dan perempuan simpanannya.
Raja England yang saya maksudkan ialah Raja Henry VIII yang memerintah kerajaan England pada 22 April 1509 sehingga baginda mangkat pada tahun 1547.
Baginda ialah raja England yang popular kerana sejarahnya berkahwin dengan 6 orang isterinya, termasuklah isteri pertama bernama Catherine of Aragon yang merupakan puteri kepada Ratu Isabella I dan Raja Ferdinand II yang pernah menyatukan Sepanyol dan menghalau tentera muslim Maghribi dari Sepanyol.
Tapi perkahwinan Raja Henry dengan ratu pertama tak berapa baik. Baginda inginkan seorang putera hasil hubungan mereka tapi Ratu Catherine mampu memberikan seorang puteri bernama Mary. Ratu ini begitu sayangkan puterinya tapi tidak bagi Raja Henry.
Pada tahun 1522, Anne Boleyn iaitu peneman ratu (ladies-in-waiting) kepada Ratu Catherine datang berkhidmat. Kedatangan Anne membuatkan Raja Henry jatuh cinta dan berskandal dengan Anne. Ratu Catherine tahu tapi terpaksa berdiam diri je.
Sampailah Raja Henry membuat keputusan untuk bercerai kepada Ratu Catherine. Tapi penceraian diharamkan mengikut ajaran Kristian di England. Sekali bercerai, kedua-dua bekas pasangan tidak boleh berkahwin semula.
Jadi Raja Henry meminta bantuan Pope untuk ‘memghalalkan’ penceraian atas sebab kes Ratu Catherine berkahwin dengan mendiang suaminya dan juga abang kandungnya, Arthur dan mendakwa perkahwinan ini ada hubungan ‘incest’ yang diharamkan dalam ajaran Kristian.
Siasatan demi siasatan (termasuk pembelaan dari Ratu Catherine), akhirnya Pope mengambil keputusan untuk membatalkan penceraian. Raja Henry begitu murka dan membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pope dan gereja di Rom, bagi memastikan penceraiannya menjadi.
Akhirnya, pada tahun 1531 Ratu Catherine dibuang dari kerajaan dan tidak membenarkan mengambil puterinya bersama. Di sinilah Raja Henry dapat kahwinkan isteri keduanya, Anne Boleyn.
Tapi, perkahwinan kedua ini pun ada masalah yang sama juga. Ratu Anne hanya mampu berikan seorang puteri bernama Elizabeth, dan banyak kali keguguran. Raja Henry tak puas hati dan bermula mencari pasangan lain di belakang Ratu Anne.
Baginda kemudian jumpa ‘calon’ baru, iaitu Jane Seymour yang merupakan sepupu dan peneman ratu kepada Ratu Anne. Mereka berdua memulakan skandal pada tahun 1536.
Ratu Anne tahu akan skandal sepupunya dengan suaminya kerana baginda perasan Jane dapat rantai dari Raja Henry, manakala Ratu Anne hanya diberikan hadiah berupa gelang tangan. Maka, Ratu Anne amat murka dan menarik rantai dari Jane, menandakan ‘perang’ tercetus antara mereka berdua.
Raja Henry yang tahu pasal ‘perang’ ini mencari jalan untuk menghalau Ratu Anne selamanya dengan bantuan kerabat diraja sendiri yang tak menyukai ratu itu. Ratu Anne ditangkap dan dibawa ke penjara bernama Tower of London.
Ratu Anne dituduh curang, berhubungan ‘incest’ dengan abang sendiri, dan melaksanakan khianat ke atas raja England. Ratu Anne didapati bersalah atas semua kesalahan dan dihukum pancung pada 15 Mei 1536.
Raja Henry yang berpuas hati dapat ‘halau’ Ratu Anne terus berkahwin dengan Jane dua minggu kemudian. Isteri ketiga baginda ini adalah isteri kesayangan kerana Jane berjaya melahirkan putera baru bernama Edward VI.
Inilah kisah rumahtangga raja England yang penuh dengan liku, semata-mata nak dapatkan pewaris takhta. Memang drama suami curang belakang isteri dah melekat dalam kehidupan kita, kan?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih