Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pepatah ini menunjukkan betapa budaya Melayu kenal ancaman buaya, sampai boleh membawa konsep pemikiran untuk menghadapi hidup. Buaya sememangnya menakutkan. Nampak saja gemuk dan pemalas. Tetapi sekali kena tangkap, habis jawabnya. Namun bukan semua buaya adalah buaya.

Menurut klasifikasi sains, buaya terdiri daripada keluarga Crocodylidae yang diisytihar “true crocodiles”. Keluarga ini sudah berpisah daripada keluarga-keluarga seakan-akan buaya yang lain, dipercayai sekitar 55 juta tahun lalu (Buchanan, 2009).

Setakat ini ada tiga spesis buaya yang hidup di Malaysia:

  • buaya tembaga (C. porosus)
  • buaya Borneo (C. raninus) dan
  • buaya Siam (C. siamensis)

Tetapi mungkin ada yang pernah dengar pasal buaya jejulong. Buaya ini ada krisis identiti sebenarnya. Ikut klasifikasi sains, buaya ini tiada kena mengena dengan Crocodylidae. Jadi ia bukan buaya. Sebagai spesis Tomistoma schlegelii, buaya jejulong adalah Malayan gharial.

Buaya jejulong. (Fritz Geller-Grimm/CC BY-SA 2.5.)

Jika dibandingkan, memanglah buaya tembaga nampak lebih sasa dan dominan. Buaya jejulong kelihatan macam orang kena tinggal pasangan. Walau bagaimanapun, jangan buat main – buaya jejulong besar sebenarnya. Katanya ada buaya jejulong ditangkap bersaiz lima meter panjang dan dalam perutnya pula masih ada rangka seorang lelaki yang dibaham.

Buaya jejulong yang sangat besar.

Penemuan ini tidak mengejut sebenarnya. Tidak ramai tahu fitrah yang membara dalam jiwa buaya jejulong. Tidak ramai sedar apa sebenarnya buaya jejulong. Dan tidak ramai tahu rahsia disimpan dalam DNA buaya jejulong.

Rahsia Sang Buaya Diselongkar

Untuk faham pasal buaya jejulong, kena tengok balik sejarah keluarganya. Saintis pada tahun lalu menemui sesuatu yang baharu pasal keluarga tomistoma. Walaupun penemuan ini dibuat di Australia, asasnya masih boleh digunakan dalam perbincangan ini. Hampir 300 kilometer daripada bandar raya Brisbane, ada sebuah kota bernama Darling Downs. Sekitar zaman 1870-an, sebuah ekspedisi menemui tempurung kepala buaya yang kemudian disimpan dalam Muzium Queensland sebagai “old collection”.

Berzaman tempurung in dipelihara, tanpa sebuah kajian berstruktur sampailah tahun 1995. Waktu itu, mereka sedar kemungkinan tempurung ini adalah asal gharial. Perkembangan teknologi akhirnya bantu menemui jawapan. Saintis mengkaji lapisan batu Darling Downs, dimana buaya ini ditemui.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dan usia lapisan batu tersebut mengesahkan buaya ini berasal daripada zaman 5 juta tahun yang lalu. Buaya ini kemudian diberikan nama – Gunggamarandu maunala, seekor gharial yang bukan main besar sampai mereka sendiri isytihar “raja buaya”.

Bayangkan tempurung kepala saja sudah mencecah 80 sentimeter. Jadi seluruh badan pasti sekurang-kurangnya 7 meter (Ristevski, et al., 2021). Memang betul. Saiz ini tidak seberapa mana kalau ganding dengan Lolong. Namun kena faham juga – “Raja Buaya” adalah gharial; Lolong pula buaya tembaga. Lain spesis. Lain keluarga. Lain haiwan.

Tempurung kepala yang ditemui. (Ristevski et al., doi: 10.1038/s41598-021-91717-y.)

Kerana gharial biasanya tidak sampai enam meter. Maka bayangkan – “Raja Buaya” dan Malayan gharial sebenarnya berkaitan. Walaupun evolusi sudah cambah-bercambah, mereka masih lagi gharial.

G. maunala sudah pupus. Tetapi T. schlegelli masih ada. Keluarga sama. Mungkin buaya jejulong nampak sedih senantiasa kerana bukan lagi “raja buaya”. Sudah lama menikmati darjat, tiba-tiba kena downgrade. Siapa tidak murung?


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Buchanan, L. (2009). Kambara taraina sp. Nov., a new Eocene mekosuchine from Queensland, Australia, and a revision of the genus. Journal of the Vertebrate Paleontology. 29 (2): 473-486.

Ristevski, J., et al. (2021). First record of a tomistomine crocodilian from Australia. Scientific Reports. 11 (1): 12158.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply