Rainbow merujuk kepada pelangi iaitu fenomena pemecahan cahaya putih kepada spektrum-spektrum warna yang menjadi komponen kepada warna putih. Dalam dunia penulisan moden, khususnya dalam media liberal, rainbow atau pelangi itu sendiri kerap dikaitkan dengan sifat gay atau nafsu batin luar tabii. Warrior pula membawa maksud pahlawan. Jadi adakah Rainbow Warrior itu bermaksud Pahlawan Gay?

Jauh tidak sama sekali. Rainbow Warrior itu sebenarnya merujuk kepada nama sebuah kapal layar yang dimiliki oleh pergerakan aktivis alam sekitar iaitu Greenpeace. Mesti korang dah tahu sebab saya letak gambar kapal layar Rainbow Warrior itu sebagai gambar kepada rencana kali ini.

Hmmm… apa kaitan sebuah kapal layar aktivis alam sekitar dengan dunia pertahanan? Macam takde kaitan je, kan? Nak tahu, kan? Mari kita soroti kisah yang berlaku 35 tahun lepas.

Terlebih dahulu, Greenpeace adalah pergerakan aktivis alam sekitar yang tersohor di dunia ketika itu. Kumpulan aktivis ini sering melakukan tunjuk perasan dan berani melaksanakan aktiviti berani untuk menghalang tindakan-tindakan yang pada mereka boleh merosakkan alam sekitar. Ini termasuklah aktiviti ujian berkaitan ketenteraan.

Tahun 1980-an, dunia masih lagi di kemuncak P3rang Dingin. Rusia telah menceroboh Afghanistan, Amerika Syarikat menceroboh Grenada dan campur tangan dalam p3rang saudara Nicaragua. China pula berp3rang dengan Vietnam. Dunia ketika itu amatlah genting.

Kemuncak P3rang Dingin bermakna dunia negara-negara kuasa besar masih lagi bersyak wasangka sesama sendiri. Bagi negara-negara berkuasa nuklear, pilihan cegah rintang bagi mereka adalah membina senjata nuklear yang lebih ampuh daripada lawan mereka.

Laluan membina senjata nuklear ini menjadi pilihan kepada Perancis. Perancis ketika itu baru sahaja terpaksa menelan rasa pahit kerana terpaksa mendedahkan rahsia sistem peluru berpandu anti-kapal Exocet Mk38 yang dibeli oleh Argentina kepada Britain akibat ugutan Perdana Menteri Britain ketika itu, Margaret Thatcher terhadap President Francois Mitterand. ‘

Sekiranya Perancis tidak mendedahkan data telemetri sistem peluru berpandu itu, maka Britain akan menjatuhkan b0m nuklear ke atas Buenos Aires. Margaret Thatcher telah belajar dari pakar ugutan terbaik, yakni Rusia yang pernah mengugut meletupkan b0m nuklear di kota London sekiranya negara tersebut tidak menghentikan serangan mereka ke atas Mesir dalam P3rang Terusan Suez.

Mungkin akibat peristiwa ini, Perancis bertindak membuat ujian senjata nuklearnya. Tapi itu adalah lebih kepada jangkaan kerana Perancis telah lama menjalankan ujian senjata nuklear. Salah satu tapak ujian nuklearnya adalah di kepulauan Polynesia, khususnya di Pulau Mururoa.

Tahun 80-an juga menyaksikan dunia mula bangkit menentang penghasilan senjata nuklear. Kesedaran berterusan atas kesan senjata nuklear dan di sebalik keadaan genting P3rang Dingin menyebabkan banyak negara bangkit menentang penggunaan senjata nuklear. Malaysia sendiri antara negara yang turut berdiri bersama-sama negara anti-senjata nuklear itu dalam Zone Of Peace, Freedom And Neutrality (ZOPFAN).

Di Polynesia, negara-negara Micronesia dan New Zealand bertindak menandatangani perjanjian bahawa wilayah tersebut adalah zon bebas nuklear. Ini memberi peluang kepada kumpulan Greenpeace untuk menjadikan Auckland sebagai pusat untuk mengganggu aktiviti ujian b0m nuklear Perancis.

Tindakan kumpulan Greenpeace itu dianggap sebagai gangguan yang perlu dihalang. Maka satu operasi khas oleh agensi perisikan asing Perancis, Direction générale de la sécurité extérieure (DGSE) bernama Opération Satanique telah dilancarkan.

Pada malam 10 Julai 1985, beberapa butir b0m telah dipasang pada kapal Rainbow Warrior yang berlabuh di Pelabuhan Auckland. Letupan itu menenggelamkan kapal tersebut, dan telah mengorbankan seorang jurugambar Belanda berketurunan Portugis, Fernando Pereira, yang mati lemas di atas kapal tersebut.

Disebabkan aktiviti kapal tersebut mengganggu aktiviti ujian senjata nuklear, Perancis telah disyaki terlibat dalam serangan tersebut. Perancis telah menidakkan tuduhan tersebut sebagai tuduhan fitnah.

Namun, malang bagi DGSE, dua orang ejen DGSE yang terlibat memasang b0m pada badan kapal tersebut, Kapt Dominique Prieur (wanita) dan Komander Alain Mafart berjaya dikenalpasti dan telah ditahan oleh Polis New Zealand.

Pendedahan bahawa Perancis terlibat dalam aktiviti keganasan bagi menghapuskan lawan mereka telah merosakkan hubungan diplomatik antara Perancis dan New Zealand. Dan sehingga ke hari ini, Rainbow Warrior menjadi simbol risiko yang dihadapi aktivis alam sekitar dalam menentang ujian senjata nuklear.

Seperti mana-mana kisah di dunia, adakalanya ada plot twist yang sukar dijangka. Setelah menjalani hukuman penjara dan bersara dari perkhidmatan, Komander Alain Mafart telah menjadi seorang jurugambar. Ironi apabila gambar-gambar beliau yang berlatarkan alam sekitar telah dipilih oleh Greenpeace Amerika untuk dipaparkan pada kalendar mereka bagi tahun 2014.

Gambar-gambar yang diambil beliau itu diletakkan di bawah nama Alain Mafart-Ronedier. Apabila mereka menyedari kesilapan mereka, mereka segera memusnahkan lebih 14 ribu kalendar yang masih dalam pegangan mereka tetapi ada antaranya telah dijual dan diedar.

Apabila kita memikirkan kesanggupan Perancis dalam memusnahkan musuh mereka tidak kira di mana dengan menggunakan apa cara sekalipun demi menjaga rahsia mereka, mungkin juga ada operasi-operasi lain yang kita tidak pernah dengar yang melibatkan Malaysia? Kita hanya boleh membuat spekulasi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pemalas dari Sarawak. Royalist, Federalis, pemerhati dunia pertahanan, ekonomi dan geopolitik. Seorang pengumpul buku. Memiliki PHD (permanent head damage) selepas kepalanya jatuh terhantuk di atas jalan raya. Memegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Sains Malaysia serta merupakan seorang Akauntan Bertauliah dari Institut Perakaunan Malaysia.

Comments are closed.