Semua maklum semasa Zaman Pertengahan, ada satu w4bak p3nyakit yang mengancam penduduk Eropah ketika itu. Black D3ath atau gelombang epidemik bubonik menjadi mimpi ngeri ramai ketika itu dan mangsanya tidak mengira siapa sama ada pemerintah atau rakyat biasa. Menjelang abad ke-17, para doktor w4bak mula memakai uniform dengan tujuan memudahkan usaha merawat mangsa w4bak seperti di bawah:
Doktor w4bak merupakan watak penting dalam membantu negara-negara Eropah berdepan gelombang epidemik bubonik. Mereka merupakan doktor awam khas yang diupah oleh kampung-kampung, pekan-pekan atau bandar-bandar untuk merawat pesakit epidemik dan mengebumikan mangsa yang m4ti. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab mengira jumlah kem4tian sesebuah tempat akibat w4bak dan merekodkan permintaan terakhir pes4kit mereka.
Disebabkan itu, kadang-kadang mereka dipanggil sebagai saksi bagi memberi keterangan tentang permintaan terakhir atau wasiat si m4ti. Di samping itu, mereka juga diminta melakukan b3dah siasat ke atas m4yat-m4yat pes4kit mereka bagi mengenalpasti asal-usul sesebuah w4bak dan bagaimana merawatnya.
Berikutan mereka selalu bertemu dengan pes4kit-pes4kit ini, doktor-doktor w4bak berdepan risiko dijangkiti w4bak sama yang cuba dirawat. Justeru, mereka berusaha mengurangkan risiko jangkitan dengan memakai pelbagai sut khas yang berbeza. Menjelang abad ke-17, para doktor w4bak mula meniru sut khas yang digunakan Charles de l’Orme.
Sesiapa saja yang mendengar nama de l’Orme tahu doktor ini bukan calang-calang reputasinya. Beliau berkhidmat sebagai doktor diraja untuk tiga raja Perancis iaitu Henri IV, Louis XIII dan Louis XIV serta keluarga Medici yang berpangkalan di Florence. Justeru, ramai ingin melihat bagaimana sut khas rekaannya boleh membantu mengurangkan jangkitan w4bak bila mereka keluar berjumpa pesakit.
Sut khas de l’Orme terdiri daripada:
- Topi diperbuat daripada kulit dan dilihat menjadi identiti pengenalan doktor w4bak. Wujud spekulasi topi ini juga dikatakan melindungi pemakainya daripada jangkitan kuman.
- Topeng muka berbentuk burung dengan paruh yang panjang. Mengikut kepercayaan masyarakat Eropah ketika itu, mereka percaya w4bak disebarkan melalui burung. Justeru, mereka melihat bila si doktor memakai topeng sebegini, ia akan mengeluarkan peny4kit dari tubuh pes4kit.
- Topeng tersebut turut dilengkapi dengan bahan wangian yang kuat baunya seperti kelopak ros atau daun pudina. Mengikut kepercayaan mereka, ia dapat mencegah si doktor dari menghidu udara kotor yang membawa w4bak
- Kot luar yang panjang. Kot ini menutup bahagian leher hingga bahagian kaki dan dilumur dengan lemak. Mengikut kepercayaan ketika itu, lemak dapat menghalau w4bak dari menjangkiti doktor w4bak atau menarik keluar peny4kit dari tubuh pes4kit. Bagaimanapun, ada melihat ia sebenarnya menghalang cairan tubuh pes4kit dari melekat pada pakaian mereka. Doktor itu turut menambah bahagian bawah yang diperbuat daripada kulit di bawah kot berkenaan.
- Tongkat kayu. Ia boleh digunakan untuk banyak perkara seperti memeriksa pes4kit tanpa perlu bersentuhan, sebagai petunjuk kepada waris si m4ti/pes4kit bila dan di mana m4yat/pes4kit perlu dipindahkan atau alat mempertahankan diri daripada pes4kit yang melawan.
Tidak diketahui sama ada uniform ini digunakan semasa Black D3ath membadai Eropah pada Zaman Pertengahan. Tetapi semasa w4bak peny4kit membadai Itali pada tahun 1656, uniform ini digunakan oleh doktor-doktor w4bak di Naples dan Rome yang membvnvh 145,000 orang di Rom dan 300,000 orang (Naples).
Ramai menyangka sut khas tersebut berkesan berikutan de l’Orme hidup sehingga berusia 90-an, satu pencapaian mengagumkan pada ketika itu. Tetapi hakikatnya, ramai doktor m4ti selepas dijangkiti w4bak yang cuba dirawat mereka. Justeru, sut rekaan de l’Orme langsung tidak berkesan mengekang jangkitan w4bak. Kini, topeng burung itu hanya dipakai pada hari karnival di Venice atau watak pementasan teater komedi Itali.
RUJUKAN:
DHWTY. (2020). Secrets Behind the Creepy Plague Doctor Mask and Costume. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/artifacts-ancient-technology/secrets-behind-plague-doctor-mask-terrifying-costume-009201
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih