Siapa yang tidak pernah menonton filem The Matrix arahan Lana Wachowski dan Andy Wachowski yang pernah popular pada suatu ketika dahulu? Filem yang mempunyai tiga buah francais yang dimulai dengan sekuel The Matrix (1999), The Matrix Reloaded (2003) dan The Matrix Revolutions (2003) ini terkenal dengan adegan aksi ‘slow-motion’ dan adakalanya dipanggil dengan nama gaya ‘Matrix’ ini menjadi sebuah fenomenal manusia di dunia pada masa itu. Tambahan pula adegan pembukaan filem ini disertai dengan sebuah kod-kod rahsia berwarna hijau yang bergerak secara ‘random’ berlatar belakangkan skrin warna hitam.
Ramai yang mula membuka teori masing-masing mengenai makna kod itu. Mungkinkah tersembunyi hal misteri makhluk asing atau agenda yang besar melibatkan konspirasi untuk memusnahkan umat manusia sejagat?
Ataupun, ianya sebuah kod-kod rahsia untuk para penggodam komputer melakukan aksi mereka tanpa diketahui?
Tidak. Itu semua salah. Kod-kod rahsia itu sememangnya mempunyai makna tersendiri. Ianya bukan semata-mata sebuah kod yang biasa, kod Illuminati mahupun Freemason, tetapi ia hanyalah sebuah carta-carta resepi membuat sushi sahaja.
Yup. Sushi. Makanan masyarakat Jepun tu, yang makan celup dengan kicap soya ataupun wasabi pedas manis.
Dalam sebuah wawancara diantara pihak CNET dengan salah seorang kru produksi pereka bentuk yang bertanggungjawab mencipta adegan kod-kod rahsia warna hijau ini, Simon Whiteley mengatakan, beliau menyalin resepi-resepi daripada sebuah buku resepi sushi dalam bahasa Jepun milik isterinya. Tulisan yang terdiri daripada karakter Hiragana, Katakana dan Kanji dimanipulasikan ke dalam bentuk digital lalu ianya menjadi seakan-akan sebuah salinan kod-kod yang ganjil.
Simon Whiteley menambahkan lagi, tanpa kod-kod itu, maka tiadalah filem Matrix.
Kesimpulannya, Yahudi tak ada kena mengena dengan makanan sushi yang sedap dan berimej Asia ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih