Jika diamati sejarah penjajah-penjajah Eropah, Britain dianggap paling berjaya. Walaupun hanyalah sebuah pulau kecil di benua Eropah, ia berupaya menguasai 25% wilayah dan negara dunia dari Malaysia dan Brunei hinggalah Kanada dan Jamaica. Dan ia banyak disumbang oleh pelbagai faktor.

Salah satu penyumbang utama kemunculan Empayar Britain (British Empire) ialah pertelagahan England dengan Belanda pada abad ke-17. Pada separuh kedua abad berkenaan, takhta England diduduki oleh William of Orange (kemudian bergelar William III) selepas satu revolusi dilancarkan bagi menyingkirkan ayahanda mertuanya, Raja James II/James VII (Raja Scotland). Ini selepas pemerintahan James II tidak popular dalam kalangan rakyat.

Raja William III (England)

Langkah menabalkan William III sebagai raja baru England memberi kesan yang bukan sedikit terhadap Belanda. Belanda yang mendominasi perdagangan benua Eropah kini tidak lagi menjadi pilihan para pedagang negara itu. Sebaliknya, mereka lebih suka membuka perniagaan di London sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi Belanda. William III turut mengarahkan semua kapal tentera laut Anglo-Belanda diketuai kapten berbangsa Inggeris sekaligus mengurangkan kekuatan tentera laut Belanda sebanyak 60%.

Sedikit demi sedikit, kekayaan yang dinikmati Belanda sebelum ini mula berkurangan. Di sebalik persaingan antara kedua-dua kuasa Eropah itu, Belanda masih mengawal pusat-pusat perdagangan penting seperti Melaka (Asia Tenggara) dan Ceylon (kini Sri Lanka/Asia Selatan). Tetapi keupayaan tentera laut Belanda diatasi dengan bilangan kapal-kapal laut Inggeris yang banyak. Tempoh ini dianggap signifikan kerana ia merupakan permulaan Empayar Britain.

Tetapi sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan trilogi DUNIA TANPA TEMBOK. Walaupun Empayar British telah tiada, sesetengah orang politik di sana masih meninggi diri dan berilusi Britain masih berpengaruh. Dan itu cuba ditunjukkan menerusi perilaku mereka di pentas antarabangsa kebelakangan ini. Nak tahu kenapa mereka berperangai sebegini, dapatkan buku ini sekarang! Beli di Shopee:

DTT 1: https://bit.ly/duniatanpatembok1
DTT 2: https://bit.ly/duniatanpatembok2
DTT 3: https://bit.ly/duniatanpatembok3

Kedua, penyatuan Scotland dan England (termasuk Ireland dan Wales) di bawah satu panji pemerintahan dengan nama barunya, Great Britain. Ini tercapai menerusi pemeteraian Perjanjian Penyatuan (Treaty of Union) yang dimeterai pada 22 Julai 1706 sebelum ia dikuatkuasakan pada 1 Mei 1707. Menerusi perjanjian tersebut, Ratu Anne menjadi pemerintah pertama kerajaan baru itu.

Penyatuan ini dibuat terima kasih kepada kegagalan koloni-koloni baru yang dibuka Scotland sekitar abad ke-17. Salah satu daripadanya ialah satu kawasan segenting di Panama yang diharap dapat diusahakan sebagai terusan baru. Jika berjaya, ia mampu memendekkan jarak perjalanan kapal dari Lautan Atlantik ke Lautan Pasifik.

Malangnya, koloni ini gagal kerana ia sentiasa diasak oleh koloni New Granada milik Sepanyol dan epidemik demam malaria. Ini memaksa Scotland meninggalkan koloni tersebut beberapa tahun kemudian. Cubaan untuk membangkitkan semula koloni menerusi skim Darien juga gagal disebabkan sekatan perdagangan yang dikenakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dan Sepanyol serta masalah malaria.

Akibatnya, ini menyebabkan Scotland dibelenggu hutang. Ini memaksa Britain kemudiannya mengambil alih hutang lapuk mereka selepas Perjanjian Penyatuan dikuatkuasakan. Dengan memasukkan Scotland sebagai sebahagian daripada Britain, ini mengurangkan peluang persaingan dengan satu lagi kerajaan Eropah dan mengukuhkan kedudukannya untuk jangka masa panjang.

Ketiga, impak perdagangan hamba. Sebelum perdagangan hamba dimansuhkan pada 1807, ia merupakan enjin ekonomi utama Britain. Kuasa Eropah itu bertanggungjawab mengangkut lebih 3.5 juta orang hamba dari Afrika ke benua Amerika dengan satu pertiganya dihantar merentasi Lautan Atlantik. Bagi memastikan perdagangan sebegini berjalan lancar, kubu-kubu dibina di wilayah-wilayah Afrika yang dikawal mereka seperti Accra (Ghana) dan Bunce Island (Sierra Leone).

Ilustrasi aktiviti perdagangan hamba di mana hamba dibawa dari Afrika ke benua Amerika termasuk Amerika Utara dan Selatan.

Aktiviti perdagangan hamba menjadikan ramai pelakunya kaya-raya. Malah, ia turut menjadi nadi kehidupan bandar-bandar pelabuhan penting Britain ketika itu seperti Liverpool dan Bristol. Tetapi bagi mereka ini, nyawa mereka tak penting pun dengan purata kematian satu daripada tujuh hamba bagi setiap perjalanan.

Aktiviti perdagangan hamba turut berkait rapat dengan aktiviti perladangan terutama di sebelah Amerika. Tanpa hamba-hamba, kerja di ladang takkan berjalan termasuk tuai tanaman komoditi seperti tembakau, kapas dan tebu. Disebabkan jalinan antara kedua-dua sektor ini, tidak hairanlah mengapa ia menyumbang lebih 5% kepada kekayaan Britain sebelum Revolusi Perindustrian tercetus.

Keempat, fokus kepada perdagangan di Asia terutama membabitkan rempah-ratus dan tekstil. Persaingan antara kedua-dua kuasa Eropah membabitkan rempah-ratus bukan perkara baru terutama sebelum 1688. Tetapi selepas William III menaiki takhta, pembahagian komoditi dibuat bagi menjamin keuntungan SHTI dan pesaing mereka, Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).

Bagi memastikan kedua-duanya tidak bertindih dalam soal perdagangan, hak perdagangan rempah-ratus dipegang oleh Belanda. Sementara hak perdagangan tekstil pula dipegang oleh SHTI. Lama-kelamaan, nilai perdagangan tekstil jauh lebih lumayan daripada rempah-ratus. Dan ini juga turut menyumbang kepada kemerosotan perbendaharaan Belanda.

Britain yang sedar potensi komoditi ini memilih meninggalkan Surat yang ketika itu menjadi hub perdagangan rempah-ratus India. Beberapa wilayah India kemudiannya menjadi milik mereka seperti Fort St. George (kini Madras), Bombay (kini Mumbai/diserahkan Portugal kepada Charles II sebagai mahar perkahwinan untuk Catherine de Braganza) dan Sutanuti (kemudiannya digabungkan dengan dua lagi kawasan yang membentuk Calcutta).

Seterusnya, mengatasi cabaran Perancis pada abad ke-18. Pada masa ini, Perancis dianggap pencabar Britain yang paling rapat. Hal ini turut disumbang dengan wasiat Raja Charles II (Sepanyol) yang mahukan Sepanyol dan seluruh jajahan takluknya diserahkan kepada Philippe of Anjou, cucu Raja Perancis ketika itu Raja Louis XIV. Tetapi tindakan Charles II bakal menggugat keseimbangan kuasa-kuasa Eropah sekaligus membawa kepada Perang Hak Pewarisan Takhta Sepanyol (War of the Spanish Succession) pada 1701.

Pertempuran Cape Passaro merupakan salah satu pertempuran sengit yang berlaku dalam Perang Hak Pewarisan Takhta Sepanyol (War of the Spanish Succession)

Perang tersebut menyaksikan Britain, Portugal dan Belanda dengan sokongan Paus di Rom menentang Perancis dan Sepanyol. Perang ini berlanjutan selama 13 tahun sebelum ia ditamatkan menerusi Perjanjian Utrecht pada 1714. Menerusi perjanjian itu, Sepanyol perlu menyerahkan Menorca dan Gibraltar kepada Britain dengan Perancis terpaksa menyerahkan Newfoundland dan Acadia. Sepanyol juga terpaksa menyerahkan hak perdagangan hamba di benua Amerika kepada Britain.

Dari satu segi, ia kelihatan seperti menjaga muka kuasa-kuasa Eropah yang kalah. Tetapi hakikatnya, Britain yang paling untung dengan meraih tanah jajahan baru dan meningkatkan penguasaannya dalam perdagangan hamba. Sepanyol dianggap lemah walaupun masih mempunyai jajahan takluk di benua Amerika dan Filipina. Tetapi Perancis masih belum berputus asa dan terus berusaha menyaingi kedudukan Britain.

Semua orang menyangka perang yang berlangsung pada skala global ialah Perang Dunia Pertama (WWI) dan Perang Dunia Kedua (WWII). Hakikatnya, Perang Tujuh Tahun (Seven Years War) merupakan perang pertama berskala global membabitkan Perancis dan Britain. Ia berlaku di Eropah, Kepulauan Carribean, pesisir pantai Afrika, Filipina, India dan Amerika Utara.

Perang ini berakhir dengan pemeteraian Perjanjian Paris pada 1763. Seperti Sepanyol, Perancis menjadi lemah. Ini kerana negara itu terpaksa melepaskan Kanada dan sebahagian Louisiana kepada Britain. Selain itu, Perancis perlu mengiktiraf pemerintah-pemerintah India yang bersekutu dengan Britain dan tidak mencampuri urusan pemerintahan mereka. Ini secara tidak langsung membuka ruang kepada penaklukan India di tangan Britain pada abad ke-19.

Selepas bergelar empayar, Britain perlu mempertahankan apa yang dimiliki walau dengan apa cara sekalipun. Salah satu taktik yang digunakan ialah perang keganasan ke atas pejuang-pejuang tempatan dari akhir abad ke-19 hingga WWI. Bagi menghapuskan orang gasar ganas yang menentang mereka, Britain menghantar tentera untuk memusnahkan kampung-kampung dan membunuh sesiapa saja yang menentang tanpa mengira mereka itu pemberontak atau orang awam.

Hal ini bukan sekali berlaku di semua tanah jajahan mereka termasuk Tanah Melayu. Contoh paling mudah, kisah perjuangan Mat Kilau dan Tok Janggut. Di Pahang, taktik ini membawa kepada pembunuhan beramai-ramai di Kampung Budu pada 1892. Peristiwa ini menyaksikan pihak British membunuh 300 orang penduduk dan membakar rumah-rumah di situ sampai hangus. Sementara di Kelantan pula, jenazah Tok Janggut digantung secara terbalik selama tiga hari sebagai amaran kepada penduduk tempatan agar tidak memberontak seperti pejuang Kelantan itu.

Selain taktik keganasan, Britain turut menggunakan taktik pecah dan perintah. Caranya ialah memastikan kaum tertentu melakukan kerja yang dikhususkan untuk mereka sahaja dan hanya bercampur sesama sendiri. Bagi orang tempatan, mereka tidak dibenarkan keluar dari luar bandar. Dengan berbuat demikian, ini menjadikan mereka mundur dan mudah diperlakukan seperti lembu yang dicucuk hidung. Dan itu malangnya berlaku kepada orang Melayu dan penduduk asli lain di wilayah dan negara yang pernah dijajah mereka.

RUJUKAN

Yung, A. (2020, 3 November). The British Empire’s Five Tactics to Conquer the World. History of Yesterday.

Baker, K. (2010, 31 Mei). 4 Reasons why Britain conquered the World. Schools-History.com


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply