1) Portugis hanya berjaya memperoleh 1/3 daripada harta kekayaan Melaka yang sebenar. Sebanyak 2/3 harta kekayaan Melaka yang lain dipercayai masih tersimpan di sekitar kota dan negeri Melaka di ruang-ruang bawah tanah dengan dinding kebal dan kukuh. Pemerintah Melaka sebelum kejatuhan Sultan Mahmud Syah tidak pernah mengalami kemelesetan ekonomi. Menerusi setiap pemerintahan, harta kekayaan Melaka yang terkumpul adalah melalui ufti yang dihantar, transaksi perdagangan dan juga rampasan perang yang didapati dari kerajaan sekitar yang menentang Melaka. Setiap Sultan Melaka mempunyai bilik simpanan harta yang berbeza. Ini menjadikan khazanah harta Melaka sentiasa meningkat dan bertambah. Terdapat catatan yang mengatakan bilik simpanan harta Sultan Alauddin Syah Melaka mempunyai tiga tan emas selain harta-harta lain. Harta ini telah dirampas oleh Portugis dan menjadi sebahagian daripada harta yang dibawa balik ke Portugal. (Lendas da India)

2) Di bawah Istana Melaka terdapat gedung bawah tanah. Gedung ini cukup besar untuk digunakan bagi menyimpan emas dan perak Sultan Melaka. Bangunan bawah tanah ini tidak musnah selepas istana tersebut hangus terbakar. Pihak Portugis telah menemuinya di sebalik runtuhan kebakaran Istana Melaka. Pembinaan Istana Melaka bukan sekadar sebagai tempat kediaman dan juga pentadbiran, tetapi juga tempat penyimpanan harta peribadi sultan. Istana Melaka bukan sahaja melibatkan pembangunan di permukaan tanah malah turut melibatkan pembinaan di bahagian bawah lantai istana itu sendiri. Setiap Istana Melaka dipercayai mempunyai ruang bawah tanah yang sama. Setiap Sultan Melaka mempunyai simpanan harta yang berbeza-beza. Walaupun pembinaan ruang ini tidak disebutkan oleh Tun Seri Lanang dalam pembinaan kompleks Istana Melaka, namun pihak Portugis telah mengesahkan perkara ini. Ruang ini merupakan sesuatu yang praktikal dan turut dibina oleh kebanyakan bangunan penting pentadbiran di seluruh dunia. Ia mengurangkan kos menyelenggara keselamatan harta simpanan dan juga mengawal kerahsiaan lokasi sebenar harta Sultan Melaka. (Lendas da India)

3) Setiap bangunan di Kota Melaka penuh dengan harta. Semasa Sultan Mahmud Syah Melaka berundur, harta yang terdapat di rumah ini menjadi habuan kepada Portugis yang menjarah seluruh kota. Kebanyakan barangan berharga yang ditemui semasa penggeledahan ialah kapur barus, kasturi yang disimpan di dalam belanga, peti-peti yang menyimpan sutera, kain satin, kain taf, sutera putih, kapur, kayu cendana, jongkong emas, mutiara, tembikar dan kayu gaharu. Barangan ini telah menjadi harta rampasan kepada askar Portugis yang menawan Kota Melaka. Mereka mengambil masa beberapa hari bagi mengambil semua harta ini. Sebahagian harta yang terlalu besar dan sukar dibawa dikumpulkan di kawasan tengah laluan-laluan di Kota Melaka. Harta yang ditemui ini mencerminkan struktur ekonomi penduduk Melaka yang aktif dalam kegiatan ekonomi perniagaan dan perdagangan berbanding kegiatan ekonomi lain. (Lendas da India)

4) Istana Melaka mempunyai peti berkaki bertatahkan permata. Semasa Portugis menawan Istana Sultan Mahmud Syah Melaka, mereka mendapati istana ini memiliki sebuah peti besar berkaki dan dipenuhi dengan permata yang bernilai 60,000 cruzado. Selain itu juga, terdapat empat balang emas yang mengandungi minyak wangi, bekas emas yang mengandungi butiran mutiara selain gadis cantik yang bertugas sebagai dayang istana. Ini menunjukkan Istana Melaka pada masa itu dihiasi dengan perabot mahal dan mempunyai kualiti kesenian yang tinggi. Kepelbagaian barangan mewah di Istana Melaka menunjukkan tahap kemewahan dan kemampuan materialistik Kesultanan Melaka adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kerajaan Portugal itu sendiri. Sekaligus situasi ini menolak pandangan sesetengah pihak yang menggambarkan masyarakat Melayu pada masa lalu adalah mundur dan tidak bertamadun. Citarasa yang mewah juga menunjukkan masyarakat di Melaka telah melepasi tahap masyarakat primitif dan menjadi masyarakat yang bertamadun. (Lendas da India)

Untuk mengetahui lebih banyak tentang kehebatan tamadun Melayu Melaka, dapatkan dalam buku keluaran kami yang terbaru iaitu RAHSIA AGUNG MELAKA.

Pembelian di buat di: http://patriotspublication.com/product/tasjil-anis-salatin-rahsia-agung-melaka/ 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.