Manuskrip ini telah ditulis sekitar tahun 1500, oleh seorang bernama Kim Yu semasa pemerintahan Raja Jungjong. Soowoonjapbang ialah buku masakan yang tertua mengandungi 121 resipi hidangan Joseon.
Kim Yu, penulis buku masakan ini adalah daripada keturunan Kim dari Andong. Cucunya, Kim Ryeong telah meneruskan kerja penulisan dengan menambah butiran pada resipi tradisional.
Soowoonjapbang terdiri daripada dua jilid—yang pertama ditulis oleh datuk dan yang terakhir oleh cucunya. Artifak budaya ini telah disimpan di rumah ketua Seolwoldang selama lebih lima abad.
Buku masakan ini yang dianggap tertua dalam ratusan manuskrip yang masih wujud di Korea, mempunyai arahan masakan yang teliti tentang segala-galanya daripada penggunaan bahan-bahan hingga kaedah memasak. Ia menunjukkan gambaran budaya makanan Andong dan sekitarnya pada masa itu.
Buku masakan tertua ini menyediakan sumber terperinci tentang makanan dan minuman yang digunakan oleh orang Korea pada sekitar tahun 1500-an. Ia merangkumi 121 jenis resipi, termasuklah 17 untuk kimchi, lima untuk herba dan 59 untuk minuman keras, ditambah dengan kaedah untuk membuat mi dan membuat manisan dan konfeksionari.
Teks yang ditulis dalam aksara Cina purba ini agak sukar untuk difahami, justeru terjemahan yang betul memerlukan penyelidikan akademik yang meluas. Universiti Kebangsaan Seoul, Universiti SungKyunKwan dan Universiti Kebangsaan Andong mengambil bahagian dalam proses penterjemahan, dan Pusat Kemajuan Pengajian Korea di Andong meneruskan penyelidikan selanjutnya manuskrip ini.
Secara keseluruhannya, Soowoonjapbang mengandungi resipi para yangban (bangsawan) yang dihidangkan kepada tetamu kehormat mereka. Buku ini mengambil masa yang lama untuk ditulis, hasil daripada pemikiran, rakaman dan penyiapan hidangan kreatif untuk melayani tetamu.
Sebagai contoh, seseorang yang mengalami masalah kesihatan semasa perubahan musim telah dihidangkan makanan yang mengandungi bahan-bahan yang baik untuk merawat keadaan tersebut. Setiap kes direkodkan dengan teliti dan jika orang itu melawat lagi, hidangan yang sama dihidangkan.
Di Andong, sebuah institut yang dinamakan Institut Penyelidikan Soowoonjapbang dtelah menyediakan semula hidangan Soowoonjapbang untuk tetamu. Badan pemikir ini telah menghidupkan semula set meja yang ditawarkan kepada tetamu terhormat lebih 500 tahun lalu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih