“Syakila indahnya namamu
Seindah syair purba lama tapi berharga
Syakila anggunnya wajahmu
Tiada taranya tiada yang serupa”

 

Sesiapa yang tahu dengan lagu ini pasti akan mengingati rocker nan satu ini. Rahim Maarof, antara rocker bersuara emas yang telah berada dalam industri muzik di Malaysia lebih 40 tahun.

 

Perjalanan seni Rahim sebenarnya bermula sejak di bangku sekolah lagi. Beliau yang dilahirkan di Kelantan dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor pernah menubuhkan kumpulan rock Meets ketika usia remajanya. Malah, selepas tamat persekolahan, beliau juga pernah menyertai band Friends dan Upsetters.

 

Pada era 70-an inilah beliau banyak melakukan persembahan di majlis keramaian dan kelab muzik di sekitar Kuala Lumpur dan boleh dikatakan bermula sebagai satu grup indie. Walaupun begitu, Rahim juga mempunyai pekerjaan lain ketika itu, iaitu terlibat dalam kerja pemasangan kereta dan pernah menjadi penyambut tetamu di sebuah hotel.

 

Kerjayanya sebagai artis rakaman bermula pada era 80-an, iaitu ketika usianya 25 tahun. Rahim membaca sebuah iklan bahawa syarikat Hup Hup Music sedang mencari penyanyi baharu lagu Melayu. Ini kerana syarikat ini terkenal dengan penerbitan lagu Inggeris dan lagu Cina sahaja, dengan kumpulan terkenal mereka, The Strollers.

 

Iklan itu mahu peserta uji bakat untuk menghantar demo tape, tapi Rahim bertindak berani dengan pergi sendiri ke syarikat rakaman dan bertemu komposernya. Melihat kesungguhannya, komposer Indonesia itu, Ben Supranto menjalani uji bakat dan menerima Rahim sebagai artis rakaman.

 

Namun, genre album yang dirakamnya waktu itu, bukanlah rock kerana permintaan pasaran pada masa itu. Beliau sempat merakamkan empat album di bawah syarikat ini. Tahun 1986, Rahim menubuhkan kumpulan Whitesteel dan merakamkan lagu bersama kumpulan lain dalam album Battle of The Bands.

 

Ketika ini Rahim telah menunjukkan sisi minatnya yang sebenar dalam muzik rock. Kumpulan Whitesteel lebih cenderung kepada speed metal, hard rock dan rock ballad. Rahim semakin popular sebagai penyanyi rock dengan imej bertenaga serta rupa yang digilai oleh peminatnya.

 

Kemuncak kerjayanya bermula dengan kerjasama ikonik antara Rahim dan komposer M.Nasir. Lagu Rahim dimuatkan dalam album M.Nasir berjudul Falsafah Cinta pada 1989, sebelum album susulan Sensitif turut memuatkan kerjasama mereka. Album ini meledak dengan jualan platinum, dengan lagu hits Istana Menanti, Sensitif dan Layang-layang.

 

Album ini adalah permulaan populariti Rahim yang memuncak. Ia dianggap album terbaik pada era 90-an, malah Rahim dijulang menjadi Penyanyi Lelaki Popular ABPBH menewaskan Jamal Abdillah.

 

Memasuki era 2000-an, kerjaya Rahim agak eksklusif dan hanya muncul dalam album khas komposer tertentu sahaja. Sebagai contoh, album Semangat Zaman yang dirakam bersama kawan-kawan artis rock yang lain sebagai penghargaan untuk komposer LY.

 

Pada hari ini, Rahim Maarof kekal sebagai rocker legenda di Malaysia. Malah, para peminat beliau turut menggelarnya sebagai The Godfather of Rock kerana sumbangannya dalam bidang muzik rock yang mengubah landskap industri muzik Malaysia.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply