Korang tahu atau tidak, Vlad Drakula yang menyula mati lebih 23,884 orang Turki dan Bulgarians, ada seorang saudara lelaki. Namanya Radu Si Hensem. Bapak diorang berdua serahkan adik beradik ini kepada Turki Uthmaniah sebagai tanda taat setia kepada Khilafah. Mereka berasal dari House of Drăculeşti (Naga).
Apabila terjadi krisis, Vlad memilih untuk memberontak, manakala saudaranya Radu III of Wallachia memilih untuk setia dengan Uthmaniah. Apatah lagi, dia sudah masuk Islam dan menjadi muslim yang baik.
Apa yang menarik, Radu terlibat sama dalam penaklukan kota Constantinople. Boleh jadi ini adalah jasa terbesarnya buat Sultan Mehmet al-Fateh II. Selain itu, dia membantu peperangan Uthmaniah dengan Safavids, Serbs, Romanians dan Hungarians.
Radu telah dilatih sebagai seorang Janissaries. Dia belajar kitab suci al-Qur’an, bahasa Arab, bahasa Turki, bahasa Parsi, akidah Islam dan Feqh. Dia juga belajar seni dan taktikal peperangan bangsa Turki. Pencapaiannya begitu memukau sehingga mengatasi tentera elit Sipahi. Radu pernah mengalahkan Ak Koyunlu yang hampir menghuru-harakan Khilafah.
Atas kemampuan ini, Radu dipanggil ke kampung halamannya, Wallachia. Lawannya tidak lain dan tidak bukan, saudaranya sendiri iaitu Vlad the Impaler.
Kengerian daripada kekejaman Vlad telah tersebar. Hutan neraka dari ribuan pacakan kayu yang menyula ribuan warga kampung di Wallachia telah mencipta suasana menakutkan. Sultan Mehmet al-Fateh menghantar Radu Si Hensem untuk mengalahkan Vlad. Dengan gerombolan tentera Janissary dan Sipahi, mereka mengambil alih kota Târgoviște setelah Vlas melarikan diri.
Radu sempat memerintah Wallachia dengan pemerintahan Islam selama 11 tahun. Dia meninggal dunia pada tahun 1473 dengan dua kalimah syahadah. Sementara itu, Vlad telah dipenjarakan oleh Raja Corvinus yang tak tahan menyaksikan kekejamannya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih