Kekejaman Israel tak mengenal bangsa atau agama. Amerika Syarikat yang bukan main back-up Israel, mungkin terlupa pada 20 tahun lepas ada seorang rakyatnya yang mati terbunuh di tangan Israel.
Siap aktivis Amerika tu?
Rachel Aliene Corrie baru berumur 23 tahun ketika dia dengan berani membela nasib rakyat Palestin di Rafah, Genting Gaza. Dia telah mengambil setahun cuti dari The Evergreen State College demi misi kemanusiaan.
Untuk apa Rachel Corrie mati?
Di saat pemimpin Amerika berjabat tangan dan berpelukan tubuh dengan Israel, perempuan muda ini ada prinsip tersendiri. Dia tak rela keadilan dan kemanusiaan diinjak-injak Israel. Pada 16 Mac 2003, Israel mahu merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin. Sudahlah kena halau, rumahnya nak dirobohkan pulak. Malang betul nasib orang Islam di sana.
Rachel Corrie tidak berpeluk tubuh!
Dengan nekad, dia melutut di hadapan rumah-rumah penduduk Palestin untuk menghalang jentolak Isrel yang sedang meluru ke hadapan. Dia rela menjadi perisai manusia dan mempertaruhkan nyawa!
Apa jadi pada Rachel Corrie?
Tindakannya langsung tak diendahkan Yahudi Israel. Tanpa perikemanusiaan, tubuh Rachel Corrie dilenyek hancur oleh jentolak Israel yang enggan berhenti. Sekarang, siapakah sebetul-betul pengganas? Hamas atau Israel? Orang awam pun terbunuh begitu sahaja!
Apa respon Amerika?
Seperti biasa, penguasa Amerika dah kena pegang telur dengan Israel. Darah dan air mata rakyatnya sendiri tumpah pun dipersetankan. Ibu bapa Corrie menfailkan saman ke atas kerajaan Israel kerana mengakibatkan kematian anaknya yang tidak berdosa. Apa kata mahkamah?
Mahkamah Haifa memutuskan jentolak yang digunakan Israel Defense Forces (IDF) tidak bersalah. Kononnya, mereka tak nampak Rachel Corrie yang sedang melutut proses di hadapan rumah-rumah yang nak dirobohkan. Dalam hal ini, Uncle Sam memang diam membisu. Nak tau apa lagi menyakitkan?
Kononnya, situasi ketika itu boleh disamakan dengan pertempuran dan kematian Rachel Corrie dianggap sebagai korban sampingan yang tak disengajakan. Korang rasa logik ke? Demonstrasi tanpa senjata dianggap seperti pertempuran?
Cakap la apa pun kat Israel, tetap diorang jugak yang betul. Kalaulah Nabi-Nabi pun Yahudi sanggup bunuh, inikan pulak rakyat biasa Amerika.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih