Robert Mugabe, bekas PM (1980-1987) dan presiden (1987-2017) Zimbabwe baru saja meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Sebut pasal Zimbabwe, orang akan ingat hyperinflasi yang tak masuk akal, sampai nilai sekeping duit kertas boleh cecah 100 trilion. Dan orang pun akan ingat Mugabe sebagai orang yang gagal menguruskan ekonomi Zimbabwe sampai bila-bila.

Tapi Mugabe sebenarnya ialah bapa kemerdekaan Zimbabwe, atau nama lamanya Rhodesia. Dari 1976-1979, Mugabe bersama-sama Joshua Nkomo mengangkat senjata menentang elit Rhodesia berkulit putih yang mewakili hanya 5% daripada populasi keseluruhan. Perjuangan Mugabe akhirnya membawa kepada Perjanjian Lancaster House yang menamatkan konflik dan mengadakan PRU pada 1980.

Parti Mugabe menang, kuasa pemerintahan kembali kepada peribumi berkulit hitam yang merupakan majoriti. Nama Zimbabwe menggantikan Rhodesia yang merujuk kepada nama penjajah, Cecil Rhodes.

Sementara itu di Afrika Selatan, Nelson Mandela masih terperuk dalam penjara kerana melawan rejim pemerintah berkulit putih. Kejayaan Mugabe justeru menjadi inspirasi kepada negara jiran itu dalam perjuangan pembebasan peribumi.

Dunia luar pun memandang tinggi kat Mugabe. Tengok gaya dia dalam gambar yang diambil pada tahun 1976 di Geneva, memang promising habis. Ramai beranggapan Zimbabwe yang dikenali sebagai “Jewel of Africa” akan bertambah maju di bawah Mugabe. Pemimpin-pemimpin dunia berbangga dapat melawat Zimbabwe dan menjalin hubungan diplomatik dengan Mugabe.

Malangnya, Mugabe lebih kepada seorang “fighter “, bukan seorang “administrator” yang bagus. Di bawah Mugabe, Zimbabwe hilang kedudukan sebagai ekonomi ke-2 besar di selatan Benua Afrika selepas Afrika Selatan.

Antara kesilapan terbesar Mugabe ialah mengamalkan dasar ekonomi bersifat “austerity” dan pro-neoliberal dalam 5 tahun pertama merdeka. Mugabe mengisytiharkan diri sebagai sosialis, tapi mengamalkan dasar pro-kapitalis yang tak sesuai bagi negara yang baru merdeka.

Bila ekonomi gagal, Mugabe enggan serah kepada yang lebih arif, malah jadi semakin defensif dan memerintah dengan kuku besi. Idea Mugabe untuk menyelesai masalah ekonomi adalah dengan merampas tanah petani berkulit putih untuk dibahagi semula kepada kaum berkulit hitam. Itu bukan saja tak membantu ekonomi malah membuat Zimbabwe huru-hara, dipulaukan oleh komuniti antarabangsa, dan dikenakan sekatan.

Akhirnya, ekonomi Zimbabwe runtuh sekitar tahun 2007. Tu yang jadi wang bernilai bertrilion-trilion. Walaupun ekonomi fail, Mugabe masih dapat bertahan atas sokongan rakan seperjuangan suatu ketika dahulu dan tentera yang setia. Tapi apabila Mugabe naik gila cuba menggantikan naib presiden Emmerson Mnangagwa (salah seorang komrad yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan) dengan bini dia, akhirnya dia digulingkan oleh tentera pada November 2017.

Orang Zimbabwe masih kenang jasa Mugabe sebagai bapa kemerdekaan, tak adalah sampai nak merejam dia atau nak melokapkan dia, cuma mintak dia jangan terlibat dalam politik lagi. Dan dia pun dapat hidup aman dan mendapatkan rawatan kesihatan di Singapura.

Dari seorang “hero”, Mugabe menjadi “zero”. Kalau Mugabe lepaskan kuasa lebih awal, reputasi dan legasi dia akan dapat dijaga, dan Zimbabwe pun tak akan mengalami kerosakan ekonomi. Tapi bukan semua manusia dapat melepasi godaan kuasa.

Sejarah akan mengadili Mugabe dengan seadilnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.