Kalau ikut hukum ekonomi, semua perniagaan perlu menggunakan wang dan berdagang dalam pasaran global. Hukum ini menyebabkan kemajuan dan juga peperangan di segenap alam.

Ada sebuah empayar walau bagaimanapun yang memberi jari tengah terhadap hukum ini. Terletak nun jauh terpencil di Amerika Selatan, Empayar Inca menjana kekayaan tanpa unsur kewangan (Gullberg, 2020).

Tanpa wang, maka tiadalah istilah kaya dan miskin. Segala keperluan asas rakyat berjaya dipenuhi Sapa Inca (anak Matahari) yang memimpin seperti seorang raja.

Mereka menggunakan sistem pertukaran barangan yang tidak praktikal untuk diamalkan dalam dunia ini.

Mungkin dalam sebuah ekosistem yang penuh dengan sumber, ia boleh dibuat. Tetapi sebuah empayar yang tidak menggunakan wang itu barangkali perkara biasa. Kerana empayar ini wujud pada zaman dulu.

Cuma macam mana sebuah empayar berfungsi… andai bangsanya tidak tahu menulis?

Inca tidak mempunyai sebuah sistem penulisan khusus seperti Cyrillic, Jawi dan Rumi misalnya Namun ia selamba bertahan hampir 100 tahun… barangkali lebih lama andainya Sepanyol tidak pergi membuat hal di bumi orang.

Cuma ada satu perkara yang perlu diketengahkan. Memang benar Inca tidak pandai menulis. Kerana Inca mempunyai sistem tersendiri yang sangat jauh berlainan untuk dibandingkan dengan penulisan lain.

Simpulan Benang Yang Membawa Ayat

Inca jauh sekali sebuah bangsa gasar. Bangsa yang tidak bertamadun takkan mungkin boleh meninggalkan seni bina agung seperti Machu Picchu yang lengkap dengan jambatan dan jalan begitu cantik.

Cuma sayangnya, bangsa ini tidak mengajar cara untuk belajar penulisan mereka. Barangkali kerana tamadunnya wujud secara menyendiri tanpa mengganggu orang lain. Dan barangkali juga kerana tamadunnya dibinasakan Sepanyol, yang membawa fikrah ketuanan bangsa (Levy, 2001).

Kejatuhan Inca memang amat merugikan, kerana tiada siapa sekarang faham kemanisan bahasa di sebalik simpulan-simpulan benang yang ditemui.

Setiap utas dan simpulan benang ini membawa maksud tersendiri. Inilah bahasa yang memenuhi setiap inci tanah daripada Chile ke Ecuador, yakni 5,000 kilometer.

Dan benang bersimpulan ini dipanggil khipu, bagaikan abacus tetapi mengandungi perkataan dan penerangan perihal kisah, mitos dan lagu. Simpulan benang ini mengandungi suku kata. Tetapi segala maklumat masih tersembunyi dan tidak dapat difahami sesiapa.

Memang tidak adil sebenarnya. Kalau orang tidak faham, bermakna orang tidak dapat mendalami ilmu tentang Inca melainkan melalui arkeologi. Tetapi arkeologi adalah dapatan moden. Ia tidak mewarnai sebuah bangsa dengan keindahan budaya. Tiada kisah dongeng boleh dikorek keluar daripada arkeologi.

Jadi bahagian sejarah (bukan saintifik) Inca adalah misteri, melainkan apa yang diceritakan bangsa Sepanyol yang kedatangannya hanya untuk memusnahkan.

Persepktif Inca itu sendiri kekal tenggelam dalam kegelapan sejarah, seolah-olah mereka adalah sebuah bangsa tidak bertamadun. Padahal inilah empayar yang menaungi 10 juta orang dalam sebuah sistem bermirip persekutuan pun.

Saintis sekarang sedang cuba menebus dosa Sepanyol dengan cara mengenal pasti maksud di sebalik simpulan benang. Mereka mendapati ada banyak jenis simpulan. Dan jenis-jenis simpulan ini juga berulangan. Ia membawa sesuatu maksud, bagaikan huruf dalam satu ayat.

Contohnya: “Saya suka makan nasi.”Dalam ayat di atas, huruf “a” digunakan sebanyak enam kali. Jadi bayangkan ada satu simpulan khas untuk huruf “a”.

Tetapi ada satu masalah di sini. Orang Malaysia faham bahasa Melayu. Jadi mereka faham maksud “saya suka makan nasi”. Sekarang cuba suruh orang Malaysia terangkan maksud “das ist nicht mein Bier.”

Mesti terciduk. Sebab itu bahasa Jerman; tiada pertemuan budaya langsung. Kalau boleh terjemah sekalipun, semua faham “itu bukan bir saya”. Tetapi dari segi konteks, ia tiada kena mengena dengan minuman keras pun. Sebab maksudnya sama dengan “that’s not my cup of tea.” Ataupun “oh, ni memang makanan aku lah.”

Ini masalah dalam kerja penterjemahan tanpa mengenali bangsa tersebut. Dan bahasa Inca yang sudahpun lenyap sekarang berdepan dengan risiko sama.3

RUJUKAN:

Gullberg, S. (2020). Astronomy of the Inca Empire: Use and Significance of the Sun and the Night Sky. Springer Nature. Halaman 56.

Levy, M. (2001). Bolivia. Oxfam. Halaman 9.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.