Qin Shi Huang diperakui sebagai salah seorang maharaja terhebat China. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa beliau juga seorang pemerintah yang sangat kejam. Apapun, sifat itulah yang membolehkannya menyatukan China sekaligus menamatkan zaman Negara-Negara Berperang.
Walaupun Qin Shi Huang banyak menabur sumbangan dan meninggalkan legasi-legasi yang berpanjangan dalam sejarah China, namanya tidak dikenang sebagai seorang pemerintah budiman yang prihatin akan kebajikan rakyatnya. Sebaliknya, beliau lebih lazim dipandang sebagai seorang pemerintah tirani.
KEHIDUPAN AWAL QIN SHI HUANG
Qin Shi Huang dilahirkan pada tahun 259SM dan merupakan putera kepada raja negara Qin. Menurut catatan purba (karya Sima Qian yang berjudul Shiji), Qin Shi Huang sebenarnya bukanlah putera raja Qin, Zhuangxing. Sima Qian mendakwa bahawa pada penghujung Dnasti Zhou Timur (yang bersamaan dengan penghujung zaman Negara-Negara Berp3rang), Yiren si Putera Qin (kelak memakai gelar Zhuangxiang) berkawan dengan seorang pedagang kaya yang bernama Lu Buwei.
Lu Buwei mengatur supaya Yiren bertemu dengan isterinya, Zhao Ji. Yiren kemudian jatuh cinta dengan Zhao Ji dan mengambilnya sebagai gundik. Tanpa pengetahuannya, Zhao Ji sebenarnya sudah pun mengandungkan anak Lu Buwei.
Memandangkan beliau masih kecil, maka hal-ehwal negara diuruskan oleh pemangku raja, iaitu Lu Buwei selama beberapa tahun. Namun, Lu Buwei risau kalau-kalau Ying Zheng dapat tahu tentang identiti bapa sebenarnya dan tentang hubungannya dengan Zhao Ji. Justeru, Lu Buwei menjauhkan diri daripada Zhao Ji dan mendapatkan seorang lagi pegawai di istana, iaitu Lao Ai untuk menemaninya.
Ketika Zhao Ji melahirkan putera pada tahun 259SM, bayi itu diperkirakan sebagai putera kepada Yiren dan diberi nama Ying Zheng. Ying Zheng membesar di istana Qin dan menjadi raja Qin pada usia 13 tahun selepas kemangkatan ayahandanya.
Lao Ai menyamar sebagai sida-sida istana dan sering menemui Zhao Ji tanpa membangkitkan sebarang syak-wasangka. Mereka kemudiannya menjalinkan hubungan sulit sehingga Zhao Ji melahirkan dua orang putera tanpa identiti sebenarnya diketahui sesiapa, kecuali Lu Buwei.
BERMULANYA PEMERINTAHAN YING ZHENG
Sebaik sahaja Ying Zheng meningkat dewasa, Lu Buwei berpandangan bahawa beliau berpeluang untuk mengekalkan kuasa andai salah seorang puteranya itu diangkat sebagai raja Qin. Beliau juga tidak lagi khuatir jika identitinya sebagai bapa sebenar Ying Zheng terdedah. Justeru pada tahun 238SM, sebuah rampasan kuasa dilakukan oleh Lao Ai semasa Ying Zheng keluar. Lao Ai menggunakan meterai cincin Zhao Ji bagi menghasut tentera untuk melakukan pemberontakan.
Namun, pasukan pemberontak ini berjaya ditewaskan oleh pasukan tentera diraja. Lao Ai dan keluarganya dihukum bvnuh. Zhao Ji dikurng dalam rumah tahanan dan Lu Buwei pula membvnuh diri dengan meminum racun. Dengan menundukkan cubaan merampas kuasa ini, Ying Zheng berjaya meneguhkan kedudukannya sebagai raja Qin sekaligus membolehkannya untuk menumpukan perhatian pada urusan luar.
Sejarahwan berpendapat bahawa salah satu sebab kejayaan Qin adalah kecenderungan Qin Shi Huang kepada falsafah Legalisme. Dalam pep3rangan di zaman China purba, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Namun berdasarkan prinsip-prinsip Legalisme, peraturan-peraturan tersebut boleh dikesampingkan demi mencapai kemenangan ke atas musuh.
Pada waktu itu, China terbahagi kepada tujuh buah negara utama – iaitu Qin, Han, Wei, Chu, Zhao, Yan dan Qi. Satu demi satu negara tersebut tumbang ke tangan Qin. Sebahagiannya menyerah secara rela sambil ada yang melakukan penentangan. Secara bertahap tetapi pasti, penyatuan ini berjaya diselesaikan pada tahun221SM, hanya sembilan tahun selepas Qin men4kluk negara pertama, iaitu Han.
Pemerintahan Qin Shi Huang sebagai maharaja juga dapat dijalankan dengan lancar menerusi pengaruh prinsip-prinsip Legalisme ini. Misalnya, beliau melupuskan sistem feudal yang sejak sekian lama diamalkan di China dan menggantikannya dengan pentadbiran autokratik berpusat. Selain itu, undang-undang digubal dan rakyat yang tidak mematuhinya dikenakan hukuman.
Dicadangkan bahawa salah satu sebab kejayaan negara Qin ke atas seterunya adalah kecenderungan Qin Shi Huang kepada falsafah Legalisme. Misalnya, ditudingkan bahawa dalam p3rang China purba, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.
Namun berdasarkan prinsip-prinsip Legalisme, peraturan-peraturan ini boleh diketepikan demi mencapai kemenagan ke atas musuh. Sistem tulisan, mata wang syiling, serta ukuran berat dan jarak yang sebelum ini berbeza-beza di setiap negara turut diseragamkan pada zaman pemerintahan Qin Shi Huang.
Selain itu, Qin Shi Huang turut memerintahkan pembinaan Tembok Besar China yang masyhur itu. Tembok ini dipercayai dibina bagi tujuan menandakan sempadan utara empayar dan melindungi China dari ser4ngan bangsa gasar. Walaupun projek-projek sebegini bertujuan memberikan kemanfaatan kepada rakyat, sejarah lebih mengenang kekejaman yang berlaku apabila rakyat, banduan dan tentera dikerah bagi mengerjakan pembinaan berskala besar tersebut.
Qin Shi Huang mangkat pada tahun 210 Sebelum Masihi. Dinasti yang beliau tubuhkan runtuh hanya empat tahun selepas kemangkatannya, disebabkan oleh beberapa faktor yang antaranya termasuklah penggantinya yang tidak cekap dan ketidakpuasan hati rakyat yang membawa kepada pemberontakan.
Apapun, reformasi-reformasi yang dilakukan oleh Qin Shi Huang kekal berpanjangan dan pengaruhnya dapat dirasai sehingga ke hari ini.
Sejarahwan turut mencatatkan bahawa Qin Shi Huang menginginkan kehidupan yang abadi. Beliau obsess terhadap pencarian air mauhulhayat. Eliksir tersebut hadir dalam bentuk pil yang mengandungi merkuri. Pil ini dihasilkan oleh ahli-ahli alkimia diraja. Dipercayai bahawa pil-pil inilah yang mengakibatkan kemangkatan Qin Shi Huang.
TERJEMAHAN:
Wu Mingren. (10 Mac 2016). The Ruthless Chinese Emperor Qin Shi Huang: How He Unified and Tyrannized His Subjects. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/ruthless-chinese-emperor-qin-shi-huang-how-he-unified-and-tyrannized-his-020762
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih