Itulah kisah pelik tapi benar di sebalik kewujudan Tentera Terracotta, penemuan arkeologi paling gempak abad ke-20 dan ya, semua ni berlaku sebab seorang maharaja obses nak hidup abadi.
Kisah ni bermula secara tak sengaja. Tahun 1974, beberapa petani kat wilayah Shaanxi, China tengah korek perigi sebab kemarau panjang. Tiba-tiba, bukan air yang keluar, tapi serpihan kepala patung askar bersaiz manusia!
Bila pakar arkeologi datang, barulah dunia tahu yang mereka sebenarnya jumpa makam Qin Shi Huang, maharaja pertama China lengkap dengan ribuan askar tanah liat yang kita kenal hari ini sebagai Tentera Terracotta.
Qin Shi Huang ialah orang yang satukan China buat kali pertama tahun 221 Sebelum Masihi. Dialah orang yang cipta gelaran “maharaja” yang standardkan duit, ukuran, jalan dan mula bina Tembok Besar China.
Tapi dia juga dikenang sebagai raja yang kejam, paranoid dan gila kuasa. Banyak cendekiawan dibunuh, buku dibakar dan orang yang lawan dibisukan sebab semua tu dianggap ganggu “kesatuan”.
Tapi satu benda yang betul-betul ganggu dia ialah… kematian.
Shi Huang percaya kalau dia tak boleh hidup abadi, dia kena cipta dunia abadi untuk diri dia. Jadi, awal-awal lagi dia dah mula projek gila iaitu membina makam terbesar dalam sejarah China yang katanya seluas hampir 60 kilometer persegi.
Dia pindahkan puluhan ribu keluarga ke satu daerah khas untuk bina kompleks ni dan kerah ratusan ribu buruh termasuk banduan dan artisan mahir.
Apa yang paling gila, dia bukan setakat bina kubur. Dalam makam tu, dia suruh hasilkan peta dunia penuh dengan sungai perak merkuri yang mengalir sendiri, langit bintang atas siling dan perangkap panah automatik macam Indiana Jones. Siapa berani masuk, panah meletup kena batang hidung.
Dan di sekeliling makam tu? Dia letak ribuan patung tentera lengkap berpakaian, senjata, dan rupa berbeza. Ya, semua muka askar tu unik, ada misai, ada rambut panjang, ada yang muka bengis, ada yang nampak cool.
Dari tentera biasa sampai pegawai tinggi, semua ada. Siap dengan kuda dan pedang gangsa sebenar.
Tujuan dia satu je, supaya roh-roh musuh tak boleh kacau dia dalam alam barzakh. Patung-patung ni bukan main-main.
Tinggi lebih dua meter, berat beratus kilo dan dicat dengan warna terang macam merah, hijau dan kuning.
Tapi malangnya, lepas Qin Shi Huang mati, China terus bergolak. Ada pemberontakan petani, ada perang saudara. Ramai rampas dan bakar kompleks makam ni.
Banyak patung askar yang rosak, senjata dicuri dan khazanah ghaib pun hilang entah ke mana.
Satu lagi perkara yang pelik, makam sebenar Shi Huang sendiri tak pernah digali sampai hari ni. Pakar kata, sebab takut perangkap masih aktif atau merkuri masih ada dalam tanah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





