Ini kisah tentang pye. Ya, anda tak salah membaca. Ini adalah kisah tentang satu pastri yang sangat terkenal hari ini, iaitu pai, atau dahulunya disebut sebagai pye. Apabila cerita tentang pai, pasti ramai yang ingat pai ini berasal dari Eropah. Tapi, tahukah anda, yang sebenarnya, pai pertama dunia telah dicipta ketika zaman Mesir purba?
Sejarah penghasilan pai ini membawa kita ke asal usulnya yang pertama di bumi Mesir iaitu lebih kurang 9500 SM. Pai pertama yang dicipta oleh orang Mesir ini hanya menggunakan bahan-bahan tempatan yang mudah diperoleh ketika itu. Kulit pai diperbuat daripada campuran bijirin yang dikisar seperti barli, gandum dan oat dan digaul bersama air. Doh ini kemudiannya dibentuk menjadi bulat atau bujur dan diisi dengan pelbagai bahan yang lain, terutamanya madu.
Tapi, apa buktinya yang orang Mesir mula-mula mencipta pai?
Resipi bagi pai ayam telah ditemui pada tablet yang diukir kira-kira 2000 SM. Orang Mesir purba ini biasanya letak inti pai yang berbeza daripada pai yang dihasilkan oleh orang Eropah. Orang Mesir mengisi pai mereka dengan bahan-bahan yang mudah tersedia ketika itu seperti madu, kekacang dan adakalanya daging. Paling utama, setiap inti pai ini ada kaitan dengan acara istimewa tertentu.
Pai berinti daging dibuat untuk acara istimewa dan dianggap suatu hidangan mewah kerana daging yang agak sukar diperoleh waktu itu. Peranan pai purba ini juga penting kerana ia menjadi satu cara untuk mengawet makanan serta menjadi hidangan mudah dibawa bagi para pekerja dan pengembara.
Kemahiran membuat pai orang Mesir inilah yang akhirnya tersebar ke tamadun purba yang lain. Oran Yunani, yang ada hubungan perdagangan dengan Mesir purba, dapat ilmu pembuatan pai, menerima konsep pai dan membaiki resepinya. Kemudian, orang Rom pula belajar mengenai pai daripada orang Yunani. Mereka ini terus bereksperimen dengan resipi asal pai dan menghasilkan pelbagai jenis inti. Dan begitulah seterusnya, sehingga pai merentasi benua Eropah.
Semasa era kesatria di England, pai adalah hidangan utama dalam jamuan mewah. Orang British jugalah yang mencipta versi pai seperti yang kita lihat pada hari ini. Sekitar awal abad ke-19, mereka mentakrifkan pai dengan inti berperisa (savoury) sama ada daging atau ayam. Malah, sebutan serta ejaan orang British bagi pai ini ialah ‘pye.’
Selama bertahun-tahun, Britain terus menghasilkan pelbagai jenis pai. Di Scotland, mereka ada pai Scotch (atau pai kambing). Seperti pai dengan inti stik, pai daging kambing sering diperisakan dengan lada putih yang banyak. Kadangkala, ada juga intinya yang dimasukkan kentang, telur, kacang panggang atau kuah untuk melengkapkan rasa daging.
Hari ini, hampir seluruh dunia menikmati pai yang telah divariasikan dalam pelbagai jenis, daripada pai epal yang klasik hinggalah pai shepherd yang berperisa. Tapi, walau bagaimana sekalipun pai ini berubah dan berevolusi, ia tetap bermula di sebuah tamadun purba di padang pasir!
Oh ya, saya juga patut tukar tajuk artikel ini. Ia adalah “Pai: Dari Mesir Purba ke Seluruh Dunia.”
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih