Sejak dahulu, punk dipandang dengan konotasi yang agak negatif oleh sesetengah pihak di Malaysia. Katanya perangai budak-budak punk ni tak senonoh sebab suka sangat makan sampah. Budak-budak punk juga dituduh suka buat kacau dan melakukan pelbagai jenayah. Oleh sebab imej mereka yang agak pelik, terus orang kita anggap bukan-bukan.

Padahal punk muncul di Britain bukan sebab nak makan sampah ataupun buat jenayah. Deme semua muncul sebagai satu isyarat ketidakpuashatian anak-anak working class terhadap penindasan yang dilakukan oleh kapitalis dan kerajaan Britain. 

Persoalannya kenapa anak-anak muda ni tak puas hati dengan kapitalis dan kerajaan Britain?

Semuanya bermula apabila Britain mula dilanda kemelesetan ekonomi menjelang akhir era 1960an. Ketika itu kadar inflasi telah meningkat dengan sangat mendadak di Britain. Secara tak langsung harga barang turut naik melambung-lambung. Britain pun pergi naikkan tangga gaji dengan harapan rakyat mampu hadapi inflasi.

Sayangnya kenaikan tangga gaji itu tidak memberi kesan kepada rakyat. Malah harga barang pulak yang semakin naik. Hal ini membuatkan keadaan negara semakin tidak stabil. Buktinya British telah bertukar perdana menteri sebanyak empat kali dalam masa 10 tahun. Bukan itu sahaja, PRU juga terpaksa dilangsungkan 4 kali bagi memilih kerajaan yang mampu selesaikan masalah kemelesetan ekonomi.

Sayangnya tak ada satu kerajaan pilihan rakyat dan perdana menteri pun yang mampu lawan kemelesetan ekonomi. Sebab masalah ini menjadi semakin buruk hingga menyebabkan Britain hampir muflis. Mahu tak mahu Britain terpaksa membuat pinjaman dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk kemandirian negara dan rakyat. 

Bila dah dapat pinjaman ni, Britain tak boleh suka hati membelanjakannya. Jadi Britain buat dasar penjimatan. Deme arahkan stesen televisyen beroperasi dengan waktu minimum untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Paling kesian sekali adalah rakyat terutamanya working class ataupun B40. Sebab semua benda termasuk makanan asas macam ayam dan telur telah dicatu oleh kerajaan. Tujuannya adalah untuk memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan harga barang dapat dikawal dengan mudah. 

Walau bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh Britain masih tidak cukup sebab deme tak dapat keluar pun daripada masalah kemelesetan ekonomi. Untuk itu Britain telah bergerak ke ekonomi yang berasaskan pasaran bebas. Katanya biar rakyat sendiri yang tentukan harga barang. Kerajaan tidak akan sesekali masuk campur dalam kawalan harga barang.

Bagi meringankan beban kerajaan, Britain telah menyerahkan beberapa syarikat multinasional kepada syarikat swasta. Beberapa cukai seperti cukai pendapatan juga telah dikurangkan untuk meringankan beban rakyat. Sebagai galang gantinya, cukai VAT telah dinaikkan sedikit bagi memastikan sumber kewangan negara tidak terjejas.

Masalahnya Britain ni cuma meringankan beban golongan elit dan pertengahan je. Working class pulak tetap miskin macam biasa. Tambah lebih teruk lagi kadar pengangguran di Britain meningkat sebanyak 2 kali ganda. Golongan yang paling terkesan pastinya adalah anak muda. Sebab mereka sangat sukar nak cari kerja dan terpaksa hadap harga barang yang tinggi melangit. 

Tiba masanya untuk melawan ketidakadilan

Apa-apapun segala kesalahan tak boleh diletak di atas bahu Britain sahaja. Omputih ni terutamanya anak muda suka berbelanja di luar kemampuan deme. Kebetulan pulak ketika itu budaya Amerika sedang menjajah dunia termasuklah Britain. Anak-anak muda Britain ni pun jadi sangat taksub untuk kelihatan seperti orang Amerika.

Deme semua pun pergi beli semua barang Amerika Syarikat yang dijual di Britain. Katanya mereka mahu kelihatan cool dan barulah demo kena bare. Apa reaksi Britain terhadap fenomena ini?

Jawapan adalah tiada reaksi dan kerajaan nampak macam tak peduli langsung dengan working class. Tindakan Britain ini sebenarnya telah meningkatkan  tahap kemarahan rakyat. Tapi masalahnya anak muda tak berani nak memberontak. Sebab kali terakhir mereka memberontak pun pada 10 tahun lepas. Tak kan nak suruh orang-orang dari 10 tahun lepas lead deme.

Bermula dari situ anak-anak muda Britain ni menjadikan muzik sebagai medium utama untuk meluahkan kritikan terhadap kapitalis dan kerajaan. Sebab paling teruk pun lagu kena banned dan dikecam. Tak lah deme kena dakwa ataupun tidur dalam lokap. Sedikit demi sedikit, budaya punk mula muncul daripada tindakan British yang tidak peduli dengan working class dan hanya peka kepada kapitalis. 

Maka bercambahlah puluhan band punk yang banyak menghasilkan lagu berunsur melawan kapitalis dan kerajaan. Nasib baik satu negara dekat Uganda ni tetap rilek. Sebab rakyat dia masih lagi layan lagu sendu walaupun sering kali dakwa diri tu ditindas kerajaan. Padahal inilah waktunya untuk jadi punk dan gunakan muzik sebagai kritikan.

RUJUKAN

Brooks, A. (n.d). To what extent did class politics distinguish the punk rock movements of Britain and the United States in the 1970s? Beats to Big Brother.

BBC. (2013, April 10). What is Thatcherism? Dipetik daripada https://www.bbc.com/news/uk-politics-22079683

Ingram, S. (2022, Julai 1). What was punk – and why did it scare people so much? National Geographic. Dipetik daripada https://www.nationalgeographic.co.uk/history-and-civilisation/2022/07/what-was-punk-and-why-did-it-scare-people-so-much

IvyPanda. (2021, October 26). Punk movement versus popular culture: Background and development. Dipetik daripada https://ivypanda.com/essays/punk-movement-versus-popular-culture/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply