Bagi peminat gusti ketika era Ruthless Agression dan Attitude Era, nama Chris Benoit tidak akan luput dari bibir peminat-peminat gusti. Walaupun memiliki tubuh yang kecil, namun tetap diminati oleh para peminat gusti dek kerana penyudahnya yang padu.
Segalanya tampak indah sehinggalah pada 24 Jun 2007, beliau dipercayai menamatkan nyawanya sendiri dan turut menjadi mangsa, anak dan isterinya. Tragedi ini cukup memberi tamparan hebat kepada pihak WWE kerana sejurus selepas itu, tiada lagi memori Benoit terpahat di dalam sejarah syarikat gusti itu.
Chris Benoit atau Christopher Daniels Benoit memulakan debut sebagai penggusti profesional di Stampede Wrestling yang dimiliki oleh keluarga Hart pada tahun 1985. Setelah syarikat itu ditutup pada 1989, Benoit berpindah ke New Japan Pro Wrestling selama beberapa ketika sebelum berhijrah ke WCW dan ECW.
Di Jepun, Benoit berjaya mendakap sabuk kejuaraan pertamanya, iaitu IWGP Junior Heavyweight Championship. Kemudian, Benoit menyertai World Championship Wrestling (WCW) selama setahun dan berhijrah ke Extreme Championship Wrestling sebelum pulang semula ke WCW.
Di WCW, Benoit berjaya mendakap beberapa sabuk kejuaraan dan yang paling tertinggi ialah sabuk kejuaraan heavyweight WCW menewaskan Psycho Sid. Walaubagaimanapun, sehari selepas itu, Benoit meninggalkan WCW dan berhijrah ke WWE kerana faktor politik dalaman yang didalangi oleh New World Order. (Bukan Freemason).
Di WWE, nama Chris Benoit terus menyinar dan sering diangkat di pertunjukan-pertunjukan utama syarikat tersebut. Pada tahun 2005, setelah pemergian sahabat baiknya, Eddie Guererro, kehidupan Chris Benoit seakan serba-serbi tak kena sehinggalah pada hari pemergiannya. Apakah yang berlaku sebenarnya?
Ketika hari kejadian, Benoit mula mula dipercayai membu-nuh isterinya terlebih dahulu. Kemudian, Benoit membu-nuh anaknya, Daniel dengan menggunakan Xanax. Selepas itu, Benoit menggantung dirinya di mesin angkat berat dengan menggunakan bebanan yang paling berat. Di komputer Benoit, kelihatan dua pencarian terakhir di Internet Benoit, iaitu mengenai ayat Bible dan cara paling cepat untuk ma-ti.
Sejak pemergian Benoit yang begitu tragis itu, ramai rakan taulan dan peminat Benoit membuat andaian dan teori mengapa Benoit bertindak sedemikian.
Menurut rakan penggusti Benoit, Bob Holly, alkohol menyumbang peratusan terbesar terhadap kes itu. Holly yang sering bersama-sama Benoit mengatakan bahawa Benoit selalu mabvk apabila menghadapi masalah bersama isterinya.
Menurut Chris Jericho, Benoit juga sering menggunakan steroid ketika aksi perlawanan.Namun, Benoit menggunakan penggunaan steroid selepas kema-tian Eddie Guererro di mana WWE mula memperketatkan polisi mengenai penggunaan steroid. Pemilik WWE, Vince Mcmahon menafikan bahawa Benoit mengalami ketagihan steroid.
Bagi bekas penggusti, Christopher Nowinski yang merupakan graduan Universiti Harvard, setelah mengkaji mengenai otak Benoit, beliau mendapati bahawa otak Benoit bersamaan dengan otak seorang pesakit Alzheimer yang berusia 80 tahun.
Kemungkinan, ini merupakan kesan daripada aksi-aksi Benoit di atas gelanggang. Di atas gelanggang, kepala Benoit sering dijadikan sebagai sasaran sehingga menyebabkan beliau ce-dera. Tambahan pula, dengan aksi penyudah Headbutt yang banyak menggunakan kepala memburukkan lagi kesihatan kepalanya itu.
Teori yang terakhir ialah kema-tian Eddie Guererro yang memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan Benoit. Guererro dan Benoit merupakan sahabat rapat sejak mereka berkelana di Jepun.
Setelah kema-tian Eddie, Benoit sering berhubung dengan anak saudaranya, Chavo. Chavo jugalah merupakan individu terakhir yang dihubungi oleh Benoit sebelum Benoit membu-nuh diri. Malah, Benoit turut mengatakan “I Love you, Chavo.”
Faktor-faktor ini lah yang menyumbang kepada Benoit lalu beliau bertindak sedemikian rupa. Chris Benoit yang selama ini disanjung oleh WWE kini hilang terus dari sejarah WWE akibat perbuatannya itu walaupun diketahui, tidak semuanya berpunca dari tindakan Benoit sendiri.
RUJUKAN:
161385360554578. (2020, April 01). Chris Benoit was an icon until shockingly murDring his family and life. Retrieved January 22, 2021, from https://talksport.com/sport/wrestling/689459/chris-benoit-tragedy-family-son–wwe-documentary/
Madera, A. (n.d.). Chris Benoit – The Man Who Almost Destr0ye Wrestling. Retrieved January 22, 2021, from https://gothictimes.net/10361/arts/chris-benoit-the-man-who-almost-destro30-wrestling/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih