• Sekumpulan saintis Rusia telah berjaya menemui sebuah markas rahsia milik tentera Nazi di sebuah pulau yang berada 600 mil dari Kutub Utara, iaitu Pulau Alexandra.

• Para penyelidik menemui objek yang dikenal pasti sekitar 500 buah & dokumen-dokumen penting milik pasukan Nazi.

Mereka juga menemui bekas peluru berpandu & beberapa butir peluru yang digunakan pada zaman Perang Dunia Kedua.

• Mengikut catatan para penyelidik, markas ini dbina oleh pihak Nazi pada tahun 1942 setahun selepas pasukan Nazi mengalahkan pasukan Soviet Union & sebelum berlaku Perang Dunia Kedua.

Pulau ini sangat penting bagi kedua belah pihak ( Nazi & Soviet Union ) kerana tempatnya yang strategik untuk memberikan laporan cuaca – Menurut Daily Mail.

• Markas ini dipanggil dengan nama ‘Schatzgraber’ atau ‘Treasure Hunter’.

Pendapat lain mengatakan, nama ini diberikan kerana pasukan Nazi membina markas ini bukannya semata-mata mahu mengukuhkan strategi tetapi juga ingin mencari harta karun atau benda-benda yang misteri yang tertanam di pulau ini (kemungkinan harta peninggalan bangsa Nisnas).

• Para penyelidik mengatakan bahawasanya, markas ini ditinggalkan atau dikosongkan oleh pasukan Nazi selepas beberapa orang tentera Nazi & ilmuwan mereka mati diserang penyakit misteri setelah memakan daging beruang Kutub.

Mereka juga mengatakan, pihak musuh sengaja meracuni kesemua beruang Kutub yang berada di sekitar pulau itu untuk membunuh tentera di pihak Nazi, kerana mereka tahu bekalan makanan pasukan Nazi yang berada di markas itu hanya bergantung pada daging beruang Kutub.

• Setelah itu, para tentera Nazi yang masih terselamat dibekalkan dengan bekalan makanan yang dijatuhkan melalui pesawat perang mereka.

Akhirnya pada tahun 1944, virus penyakit ini merebak sehingga menyebabkan pasukan Nazi terpaksa menghantar beberapa buah German U-Boat ke pulau ini untuk menyelamatkan pasukannya yang masih terselamat & markas ini pun ditinggalkan.

• Markas ini masih kosong setelah pengunduran pasukan Nazi dari pulau ini & pasukan Soviet Union yang pada mulanya berniat ingin merebut pulau ini, akhirnya terpaksa membatalkannya.

– TAMAT –


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Leave A Reply