Puisi-puisi Jalaluddin Rumi bukan sahaja mengasyikkan dengan cinta dan kerinduan, namun juga membuahkan hidayah kepada seorang jeneral Mongol yang ganas! Apa yang orang Mongol tu baca?
Ghazan Khan (1271-1304M) adalah cicit kepada Hulagu Khan dan penguasa Empayar Mongol Ilkhanate yang ke-7. Pada zamannya, Mongol sudah menawan wilayah Anatolia dan berlaku pertembungan dengan kaum sufi yang mendiami kawasan berkenaan.
Walaupun dibesarkan sebagai seorang Kristian, Ghazan sering terdengar tentang keindahan agama Islam. Oleh itu, dia memutuskan untuk pergi ke kota Anatolia. Dia ingin bertemu dengan Amīr ʿĀrif Čelebī, cucu kepada Jalaluddin Rumi yang terkenal.
Pada asalnya, Amīr ʿĀrif merasa keberatan untuk bertemu penguasa Mongol itu kerana keganasannya dalam peperangan. Namun, setelah Iltirmish Khatun iaitu isteri Ghazan mengadakan majlis zikir besar-besaran, cucu Rumi itu sudi untuk bertentang mata dengannya.
Dalam majlis sama’ tersebut, Amīr ʿĀrif mengambil kesempatan ini untuk berdakwah kepada jeneral Mongol yang beragama Kristian itu. Syeikh tersebut membacakan puisi-puisi Rumi dari Diwan Shams Tabriz yang sungguh menyentuh hati. Di antaranya berbunyi:
“When from the friends’ vat I draw a cup of manliness
I put wholly out of action both world and ‘the hidden’.
You fear the Tatrs because you don’t know God
But I raise against the Tatars two hundred banners of faith.”
terjemahan:
“Kuhirup secangkir kekuatan dari kolah persahabatan,
Gerak-geriku bukan mencari nikmat duniawi atau syurgawi, dan gerak geriku berpunca dari rohani yang tersembunyi;
Tartar menggerunkan dek jahilmu pada yang Satu,
dengan Dua ratus panji tauhid kubangkit menyerbu.”
Ghazan Khan mengatakan, “Maulana Rumi menyusun puisi ini untuk aku, kerana pada hari ini, akulah yang akan menegakkan panji tauhid di kalangan Mongol, dan bangsaku sekarang masuk Islam!”
Setelah mendapat hidayah, Ghazan Khan menukar namanya kepada Mahmud Ghazan. Setelah menaiki takhta pada 4 Oktober 1295, dia menggunakan syiling emas dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah” untuk kerajaan Ilkhanate.
Mahmud Ghazan juga pernah bertemu Ibnu Taimiyah pada tahun 1295. Dia turut mengamalkan pendekatan diplomasi dengan membenarkan sami Buddha untuk berhijrah ke Tibet, Kashmir atau India bagi mengamalkan agama mereka dengan lebih terbuka. Dia juga menghukum ekstrimis agama yang memusnahkan gereja dan sinagog pada tahun 1298.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
kredit kepada: Siti Zuraima Bujang & tim Square (sQQr).
…
Terokai alam cinta yang mengasyikkan dari puisi-puisi Rumi! Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Diskaun istimewa untuk pembeli-pembeli terawal! Boleh dapatkan segera sementara Jualan Akhir Tahun ini siap boleh dapat Kalendar Tamadun 2024 lagi. Klik: https://shp.ee/e6n9puy




No comments yet