Semasa Chris Martin, penyanyi Coldplay bercerai, puisi-puisi Rumi telah memotivasi hidupnya. Korang mesti lagi terkejut bila dapat tahu Brad Pitt cacah tatoo puisi Rumi. Apa yang tertulis di lengan Brad Pitt?

Korang kena tahu, pada tahun 2014 dan 2016, Rumi telah dinobatkan sebagai penyair paling laris di Amerika. BBC News menamakan Rumi sebagai The Most Popular Poet. Mungkin barat tidak kenal Mutanabbi atau Jami’, tetapi sebut sahaja Rumi terus bergegar satu Hollywood.

Bukan itu sahaja, selebriti terkenal seperti Beyoncé namakan anaknya Rumi. Madonna masukkan deklamasi puisi Rumi gubahan Deepak Chopra ke dalam albumnya. Apa yang lagi gila, Playboy masukkan puisi Rumi dalam majalahnya.

Apa sudah jadi pada Rumi?

Puisi-puisi Rumi meletup di Hollywood setelah sampai ke tangan Coleman Barks. Dia telah mengubahnya dari terjemahan Nicholson dan Arberry. Bila pertama kali Barks baca puisi Rumi, dia kata: “Kita kena bebaskan puisi-puisi ini dari sangkarnya!”

Puisi apa yang Brad Pitt pilih?

Selebriti Hollywood ini telah memetik puisi Rumi dari The Essential Rumi, sebuah karya terjemahan Coleman Barks dan John Moyne. Ia bertajuk “A Great Wagon”.

Tatoo yang berada di lengan kanan Brad Pitt itu berbunyi: “Out beyond ideas of wrongdoing and rightdoing, there is a field. I’ll meet you there.”

Terjemahan ini salah.

Sebenarnya, Rumi menulis: “Melampaui iman dan kufur, ada sebuah padang. Aku akan menemuimu di sana.”

Apa maksudnya?

Dengan mudah, kita akan dapat memahami bahawa padang yang dimaksudkan adalah padang mahsyar atau padang menghijau yang menjadi taman-taman syurga. Seperti ulama lain, Rumi mahu bersama-sama pengikutnya masuk ke dalam syurga.

Apa maksud ‘melampaui iman dan kufur’.

Maknanya di akhirat esok sudah tiada lagi ujian keimanan dan kekufuran kerana semua manusia sudah bertemu Allah di padang mahsyar. Ujian iman hanya ada di dunia. Jadi, orang yang baru nak beriman di akhirat sudah tidak berguna.

Apa kesan terjemahan Barks?

Puisi-puisi Rumi yang diterjemahkan Barks telah membuang nilai Islam dari Mathnawi seperti ayat al-Quran, hadis, sirah, kisah nabi, kisah sahabat dan kisah wali-wali. Hasilnya, penyelewengan puisi Rumi telah mencipta fenomena kerohanian tanpa agama.

Sebab ini, kita kena selamatkan puisi Rumi dengan membaca dan memahaminya secara sahih!

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 20% untuk pembeli-pembeli terawal!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply