Sabtu, 17 Oktober 202617 Okt 2026
Puisi: Bahasa Kita Sedang Membisu
Alam Melayu

Puisi: Bahasa Kita Sedang Membisu

Wahai putera-puteri bangsa

Pasang telinga kalian sebenar-besarnya

Aku mahu melipurkan sebuah ceritera

Semoga ia tidak akan jadi lara

Yang membarah dalam jiwa

Dulu bahasamu dijulang seperti kalimah tuhan

Yang jatuh bercucuran dari syurgawi

Untuk anak bangsa yang mendiami kepulauan Ini

Setiap aksaranya dipahat pada kulit, pokok bahkan batu

Mensyairkan keagungan yang tidak terganti seribu zaman

Dari Kedah Tua dan besi-besi yang menjadi lagu perang

Atau Srivijaya yang menakluk seluruh kepulauan jadi satu bangsa

Atau Melaka yang kayanya tidak terbayang dek akal manusia

Bahasa inilah yang tetap menjadi saksi

Sebuah keagungan yang menyembah kaki Melayu

Kita sudah lupa

Bagaimana bahasa ini dipuja oleh penghuni dunia

Dari tempat bersemayam Izanagi

Ke tempat Sungai Kuning menyimpan seribu legenda raja agung dari kayangan

Atau terjulang di bumi Mahabharata yang menjadi latar sebuah cerita para dewa

Tetap harum di tanah arabia tempat lahir nabi akhir zaman

Kekal terpasak di tanah para nabi, tempat kononnya tersalibnya seorang “Isa”

Tetap bersemayam di hujung Eropah

Bumi dua anak kembar yang dijaga serigala lalu membina empayar

88 bahasa ditutur dipelabuhannya, namun bahasamu tetap menjadi raja!

Hey, dulu kau bukan intelektual, kalau bahasa ini tidak sebati dengan lidahmu – itu kata seorang pendeta Belanda

Wahai puluhan ribu manuskrip ilmu

Aku sedang mendengar jeritan bisumu

Tangismu begitu bergema pada jiwa setiap pejuang anak bangsa

Lukamu semakin berdarah apabila anak bangsa yang kononnya merdeka

Menelanjangkan bahasa ilmu yang memahatkan khazanah alam

Dalam kertas-kertas kuning yang sedang keronyok ditelan zaman

Berilusikan alasan paling banjingan

Ini demi sebuah permodenan! – kononnya…

Ini demi sebuah kemajuan! – kononnya…

– Helmi Effendy, 2017

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet