Krisis kedaulatan Ukraine menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Taiwan.

Mana tidaknya – sementara dunia teralih perhatian ke Eropah Timur, sembilan buah jet pejuang China didapati masuk dalam ruangan udara mereka.

Maka kami ingin menjelaskan pucuk kepada konflik di antara China dan Taiwan, berdasarkan lembaran sejarah geopolitik.

Konflik ini berputik sejak tahun 1911, apabila Dinasti Qing diguling gagasan pimpinan Sun Yat-sen.

 

Sun Yat-sen menubuhkan Republik China sebagai “pewaris negara” (successor state)

China pada ketika itu jauh untuk dibandingkan dengan kekayaan sekarang.

Sempadan mereka siap dijajah pihak Jepun, yang membina sebuah wilayah jajahan iaitu Manchukuo.

Secara politik pula, China berpecah belah dengan kerajaan Kuomintang di Beijing seolah-olah tiada kuasa langsung (Hutchings, 2003).

Walaupun menang dalam Perαng Dunia Kedua, pihak China terkena teruk dari segi ekonomi.

Perkara ini mengundang musibah politik terhadap Kuomintang, yang berdepan dengan kebangkitan komunisme pimpinan Mao Zedong.

Bermula 10 Ogos 1945, dua pihak ini berantakan selama empat tahun. Dan perαng saudara ini berpihak pada komunis, yang mengambil Tanah Besar China.

Pihak Kuomintang pun lari meninggalkan tanah besar ke bumi Taiwan.

Inilah sebab kenapa sekarang ada “People’s Republic of China” (kerajaan China sekarang) dan “Republic of China” (kerajaan Taiwan sekarang).

Peperαngan saudara mereka secara hakikat (de jure) masih berlangsung sampai hari ini. PRC berkata ROC tidak wujud dan pulau Taiwan adalah milik mereka. Manakala ROC pula mendakwa tanah besar China masih milik mereka.

Kezαliman Kerajaan ROC

Jika berbicara pasal pertembungan PRC dan ROC, mesti ada yang fikir pasal arus demokrasi dan komunis.

Pertemuan Chiang Kai-shek dan Mao Zedong dikatakan “End of One China”

Sebenarnya ROC mengamalkan sistem Dang Guo yang mana Taiwan hanya berkerajaan tunggal iaitu Kuomintang sahaja.

Kerajaan Taiwan mengisytiharkan darurat politik selama 38 tahun, sekali gus memberi kuasa mutlak kepada Kuomintang.

Dan selama 38 tahun itulah, kerajaan Kuomintang menumbangkan sesiapa saja dianggap penentang negara (Golley & Jaivin, 2018). Konsep mereka mudah: “menentang Kuomintang adalah menentang ROC”.

 

Gambaran Pengalaman Anti-Kuomintang Demikian Hari

Seramai 140,000 orang diheret ke penjara (ada yang dihukum mati) kerana anti-Kuomintang. Sangat melampau kerana rakyat marhaen dipenjara dan disiksa kononnya bekerjasama dengan komunis… padahal berbeza pandangan politik sahaja.

Mendefinisikan Sistem Kewarganegaraan

Dalam masa beberapa dekad, mungkin kerajaan ROC sudah terima hakikat bahawa kuasa mereka terhad di bumi Taiwan sahaja. Mereka takkan kembali ke tanah besar.

Kerajaan ROC selama ini memberi hak penuh kepada “waisheng ren” (penduduk yang berhijrah ke Taiwan selepas kekalahan Jepun).

Tetapi kerajaan Chiang Ching-kuo mengubah kedudukan dan mula memberi hak kepada “bensheng ren” (penduduk tersedia di Taiwan semasa zaman Jepun).

Sebelum Ching-kuo meninggal dunia, pentadbiran beliau membuat satu perkara yang betul.

Mereka membatalkan undang-undang darurat, sekali gus buat julung kalinya mengharumkan politik negara dengan wangian demokrasi.

Akhirnya rakyat diberi peluang untuk memilih kerajaan sendiri. Dan pihak Kuomintang selepas pemergian Ching-kuo memilih Lee Teng-hui, yang menyambung legasi pasal bensheng ren.

Sini semua boleh nampak yang ROC sedang membentuk identiti tunggal di bumi Taiwan. Pembaharuan pan-Taiwanisme diteruskan tanpa henti hinggalah hari ini.

Sementara itu, pihak PRC di tanah besar juga mengharungi pembaharuan tidak terhingga dibawah kepimpinan Deng Xiaoping.

Mereka mengimarahkan pemikiran pro-perdagangan, sekali gus membuatkan dunia bergantung pada produk mereka.

Sama ada satu hari PRC dan ROC akan beradu, hanya masa saja akan menentukan.

RUJUKAN:

Golley, J., & Jaivin, L. (2018). Prosperity. ANU Press Halaman 315.

Hutchings, G. (2003). Modern China: A Guide to a Century of Change. Harvard University Press. Halaman 459.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply