“Amboi, hang ternak kerang ka dalam mulut?”
Tak lama setelah ayat ini diutarakan, saya baru perasan sesuatu. Mulut saya, fuuuh…harum! Mana taknya, sibuk memanjang buat kerja assignment semua, urusan diri pun jadi kelam kabut sampai terlupa nak gosok gigi.
Sementelah gigi digosok, saya kembali buat kerja-kerja assignment yang tertangguh, dan selepas tiba masa maghrib, saya perasan yang saya tak makan lagi dalam hari tersebut. Ya, saya sudah menggosok gigi, tapi mulut saya mengeluarkan satu lagi bauan kasturi sewaktu perut kosong. Ya, bau mulut lapar. Pada mulanya, saya menyangka bau ni berpunca daripada gastrik perut yang tak berbuat apa-apa, sampailah saya diberitahu bahawa mulut orang diabetes pun berbau macam tu walaupun baru lepas makan.
Jadi, kenapa orang diabetes pun mempunyai mulut berbau sekalipun perut sudah dipenuhi makanan? Untuk memahami perkara ini, kita kena fahami dulu kenapa mulut orang lapar, sama ada berpuasa atau terlupa makan, berbau pelik.
MEKANISME REGULASI GULA DARAH
Sebelum kita bermula jauh, saya perlu cerita dulu tentang kanji dan gula. Setiap makanan berkimia kompleks akan dipecahkan menjadi unit terkecil untuk kegunaan badan. Bagi daging, zat protein akan dipecahkan menjadi asid amino. Bagi kes kanji (beras, gandum, ubi etc.), zat kanji akan dipecah hingga menjadi glukosa, unit gula terkecil. Glukosa ini kemudiannya akan digunakan untuk kegunaan sel-sel badan kita sebagai bahan api untuk hidup dan bekerja.
Sekiranya kesemua sel badan kita berada dalam keadaan seimbang dalam menggunakan glukosa, lebihan gula ini akan ditukar menjadi lemak glikogen melalui hormon insulin dan disimpan di hati dan sel lemak. Pernah dengar tentang foie gras tak? Makanan Perancis berasaskan hati itik yang penuh lemak? Ya, untuk menghasilkan hati berlemak tersebut, itik-itik ini dipaksa untuk memakan makanan tinggi kanji sepanjang masa.
Sekiranya kita berada dalam keadaan lapar, kadar kandungan glukosa dalam badan menjadi rendah. Untuk menyeimbangkan kadar glukosa ini, hormon glukagon dirembeskan untuk menukar lemak-lemak sebelum ni menjadi glukosa kembali. Badan kita akan automatik keluarkan hormon ini berdasarkan parameter ini:
- Kadar glukosa dalam darah adalah tinggi à perubahan dikesan oleh sel beta di organ hati à hormon insulin dirembeskan à oleh kerana kadar insulin menjadi tinggi, sel alfa dinyahaktif/glukagon tak dirembeskan
- Kadar glukosa dalam darah adalah rendah à perubahan dikesan oleh sel alfa di organ hati à hormon glukagon dirembeskan à oleh kerana kadar glukagon menjadi tinggi, sel beta dinyahaktif/insulin tak dirembeskan
Untuk memudahkan pemahaman, kedua dua jenis sel hati ini bertanggungjawab dalam mengesan perubahan kadar glukosa dalam darah dan merembeskan hormon untuk menstabilkan kadar gula darah. Sel alfa merembeskan merembeskan glukagon dan sel beta merembeskan insulin.
- Glukagon: menukar lemak glikogen menjadi gula
- Insulin: menukar gula menjadi lemak glikogen
Namun, sekiranya kadar gula darah dalam badan kita adalah sangat rendah, glukagon akan menggunakan sumber lemak lain untuk dipecahkan menjadi gula dan di sinilah kisah kita bermula.
KETOSIS
Apabila kita melakukan kerja yang berat atau berpuasa lama, kadar gula darah kita akan menjadi sangat rendah. Dek keluputan lemak glikogen, insulin menggunakan asid lemak sebagai pengganti. Oleh kerana bahan yang berbeza, maka hasil outputnya adalah berlainan:
- Ransangan glukagon (glikogen)à lemak glikogen + enzim à glucose-6-phosphate + sisa glikogen
- Ransangan glukagon (asid lemak) à asid lemak + enzim à acetyl-CoA
Sekalipun berlainan, berbanding gluocose-6-phosphate (G6P), acetyl-CoA adalah lebih kecil dan lebih efisien. Walau bagaimanapun, keadaan lapar melampau memaksa badan kita memecahkan lebih banyak asid lemak daripada biasa, menyebabkan lebih banyak molekul acetyl-Coa dihasilkan.
Berbanding G6P, acetyl-CoA ni kurang stabil. Apabila jumlah/kepekatan acetyl-CoA adalah tinggi, molekul-molekul acetyl-CoA (aduh, berapa banyak kali nak ualng sebut ni) akan bergabung untuk membentuk molekul yang lebih stabil, yakni acetoacetyl-CoA, dan akan berpecah menjadi acetoacetate dan B-hydroxybutarate:
- 2 molekul acetyl-CoA à acetoacetyl-CoA à acetoacetate dan B-hydroxybutarate
Dua produk hasil output inilah yang menyebabkan mulut kita berbau. Mereka ni dalam bahasa sains kimia, dikenali sebagai jasad keton. Selalunya, jasad keton berbau seperti penanggal cat minyak (yang diperbuat daripada acetone, sejenis jasad keton). Semakin lapar kita jadi, semakin kuat bau jasad keton ni dalam mulut.
Cop! Sekiranya lambakan jasad keton menyebabkan mulut berbau busuk, kenapa waktu kadar gula darah kita tinggi, mulut kita tak berbau manis sebab banyak gula? Untuk perkara ni, kita kena lihat dulu sifat gula dan jasad keton.
Apabila kita masukan gula ke dalam air, dia akan terlarut. Tapi, kalau kita masukkan dalam minyak masak, gula tu takkan terlarut. Manakala bagi kes minyak masak, mereka takkan larut dalam air, tapi akan larut dalam minyak petrol. Ya, minyak larut dalam minyak.
Buat pengetahuan semua, sel badan kita diperbuat daripada fosfolipid, dan lipid merupakan sejenis lemak minyak. Bagi bahan yang larut dalam air seperti gula, alua mereka nak masuk dalam sel badan, mereka perlu melalui pori-pori dan ‘pagar’ sel sebelum dapat masuk. Tapi, disebabkan jasad keton dan lipid ni merupakan keluarga minyak, jasad keton boleh tembus masuk terus ke dalam sel.
Oleh sebab sifat jasad keton ni yang larut minyak, mereka boleh keluar masuk sel ikut sesuka hati. Bagi kes bahan yang tak larut minyak macam gula, mereka perlu bergantung kepada budi bicara sel tu untuk keluar masuk. Hal ini menyebabkan jasad keton ni terbebas di dalam mulut terkeluar dari sel. Hasilnya, voila! Mulut berbau.
Ingat, ini hanya untuk kes orang tahan lapar/berpuasa.
Bagi kes diabetes, ia berlainan sedikit. Sebagai selingan, jenis diabetes yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah Type 1 Diabetes mellitus
Type 1 diabetes berpunca daripada masalah sel beta tak mampu hasilkan insulin. Hasilnya, kandungan gula darah sentiasa tinggi dalam badan. Walau bagaimanapun, nilai kepekatan insulin yang rendah dalam darah menyebabkan sel alfa bertindak balas. Kalau anda dapat ikut apa yang saya dah tulis di atas:
- Insulin kurang, glukagon akan dirembeskan
- Glukagon kurang, insulin akan dirembeskan
Insulin yang rendah menyebabkan sel alfa merembeskan glukagon. Keadaan kritikal insulin kurang juga menyebabkan sel alfa beranggapan bahawa badan kita memang tak cukup gula dan glikogen. Ini menyebabkan banyak asid lemak digunakan, sekaligus menyebabkan lambakan acetyl-CoA, yang menyebabkan lambakan acetoacetate.
Ini menyebabkan walaupun si pesakit diabetes ni baru lepas makan, dan makanannya tinggi kanji, ia tetap menyebabkan mulutnya berbau. Lambakan jasad keton dalam mulut.
Tak apa lah. Biar mulut busuk, jangan busuk hati je.
RUJUKAN:
- Stryer; et al. (2015). Biochemistry(8th ed.). Palgrave Macmillan. ISBN 1464126100. Retrieved 16 October 2015.
- Goldacre, Ben (2009). Bad Science (Fourth Estate pbk. ed.). London: Fourth Estate. ISBN 9780007284870.
- Kitabchi AE, Umpierrez GE, Murphy MB, Kreisberg RA (December 2006). “Hyperglycemic crises in adult patients with diabetes: a consensus statement from the American Diabetes Association”. Diabetes Care. 29(12): 2739–48. doi:2337/dc06-9916. PMID 17130218.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih